Etiqa Sambut Ramadhan dengan Berbuka di atas Ais

Satu pengalaman yang sangat menarik dan mengujakan apabila DN diberi peluang untuk bersama-sama dengan Etiqa Insurance dan Takaful menyambut bulan Ramadhan di Pyramid Ice, Sunway Pyramid jumaat lalu.


Tidak diduga, kami berbuka di tengah-tengah gelanggang luncur ais ini dengan dihadiri seramai 60 orang tetamu jemputan. Selain daripada menyahut kempen 'Etiqa Ramadhan Pop Up Cafe', acara ini juga bertujuan untuk memberi satu pengalaman Ramadhan yang unik kepada tetamu di bulan yang mulia ini.

 

Acara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh En. Ahmad Rizlan, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful Berhad. Beliau sangat teruja dengan majlis ini kerana diberi peluang berbuka puasa bersama masyarakat dalam cara unik yang mencerminkan landasan jenaman etiqa iaitu menginsankan insuran dan takaful. Selesai ucapan, azan dilaungkan di tengah-tengah gelanggang luncur ais ini.


Inilah menu berbuka kami disini. Tidak perlu ke mana-mana, kerana makanan dihidangkan oleh pelayan. Kami hanya duduk sambil menikmati makanan dengan suasana sejuk di luncur ais ini.


Setiap yang hadir diberi sticker 'I berbuka on ice' ini. Perasaan teruja, segan dan gembira dapat DN rasai semasa di sini. Ini kerana makanan yang dihidangkan sedap, lain daripada yang lain dan agak segan kerana ramai yang memerhati kami berbuka puasa di tengah-tengah gelanggang luncur ais dari tingkat-tingkat atas Sunway Pyramid. Walaupun begitu, ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk buka puasa pada tahun ini.

Terima kasih Etiqa di atas acara berbuka puasa yang hebat ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. wah lain dari yang lain :D

    ReplyDelete
  2. hehe tebal tak karpet dia? menggigil? best best.. pengalaman sekali seumur hidup ^^

    ReplyDelete
  3. makan terketar-ketar tak..hhehee

    ReplyDelete
  4. @cha kan cha.. segan org tengok je dr atas

    ReplyDelete
  5. @Zuan xtebal sgt.. masih terasa sejuk kaki ni.. tp best lah.. :)

    ReplyDelete
  6. @Nadia Johari xterketar sgt tp sejuk je.. xberpeluh langsung.. :)

    ReplyDelete
  7. cara unik macamni memang susah nak dibuang dalam kenangan. boleh ingat tiap kali sambut ramadan di tahun2 akan datang

    ReplyDelete
  8. @Ladfe Amir betul tu.. harap tshun depan dpt jemputan lg. hee...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^