Salam Ramadhan sahabat-sahabat DN yang setia membaca di sini. Maaf, kesibukan DN menyebabkan DN sudah beberapa hari tidak berkesempatan untuk bercerita di sini. Oleh itu, hari ini DN kembali dengan membawa cerita yang sudah diceritakan oleh rakan-rakan blogger lain.
Apa lagi kalau bukan Iftar Blogger 2013 yang telah diadakan di Restoran Tupai-Tupai Seksyen 13 Shah Alam pada hari Ahad yang lalu. Secara jujurnya, DN hanya kenal beberapa blogger yang kerap DN jumpa di mana-mana event. Berdebar juga hendak bertemu muka dengan blogger yang kita tidak pernah kenal tetapi bila difikirkan semula, masa ini lah kita hendak kenal lebih ramai lagi blogger di Malaysia ini. Oleh itu, dengan tekad DN mengesahkan kehadiran DN tanpa berfikir dua kali.
Mula-mula sahaja masing-masing malu-malu kucing. Tak sampai sejam, dah macam kenal lama dah. Bergurau senda, berbual mesra dan bergelak ketawa macam kita dah lama kenal. Suasana beginilah yang menjadikan kami cepat mesra dan tidak kekok untuk melakukan apa yang kami suka. Buktinya boleh dilihat pada video di bawah hasil kerja keras daripada team Iluvtour
Tahniah kepada Syukri Tahir dan Ainaa Roseberry di atas kejayaan penganjuran iftar tahun ini. Teruskan usaha kalian untuk terus mengumpulkan para blogger di bawah satu bumbung seperti ini.
Kredit picture to Ainaa Roseberry
owh, Aina ke yang organize
ReplyDeletepernah jumpe dia skali time event genting
Syukri jupe time bowling dulu
meriah kan dpt buka pose ramai-ramai camni
Assalamualaikum.. baru nampak button post a comment. hehehe. thanks DN sudi hadir. dapat gak berjumpa ye. hihi :)
ReplyDeleteDah macam perjumpaan budak2 sekolah je.. Semua nampak memuda he..23x
ReplyDeletetak dapat join aritu.huhu
ReplyDeletedeq noor nampak lawa bile depan mata..=)
ReplyDeleteYup betul tu....
ReplyDeleteSemua cepat mesra... =D
pergh.. memang best.. sayang tak dapat nak join hari tu.. sedih je
ReplyDeleterajin dn ke gathering iftar even bz..hee
ReplyDeletesalam ramadhan dn...
assalamualaikum deqnoor....seronoknya dpt berbuka bersama2 mereka semua...:)
ReplyDeleteiftar slissian bile nak update..nak tau cite jugak.
ReplyDeleteDN..wida dah email yer..tq
@penaberkala mmg best.. join lh lain kali.. :)
ReplyDelete@Sheila Salim w'salam... first time jumpa kan.. harap dpt jumpa lagi next time.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone eh, mmg muda lg apa.. :p
ReplyDelete@Zuan xde rezeki.. next time kita jumpa ye.. :)
ReplyDelete@Nadia Johari yeke... biasa je nadia.. bukan muda lg pun DN ni..
ReplyDelete@AyueJean AJ kan... memang happening haritu..
ReplyDelete@boni kacak xde rezeki nk buka puasa sama.. lain kai ada lg join ye.. :)
ReplyDelete@Juliet_iRa~" salam ramadhan ira.. alhamdulillah, diberi kesempatan untuk join gathering iftar walaupun busy.. :)
ReplyDelete@Mas Zull w'salam.. memang seronok.. :)
ReplyDelete@mamawaiz dalam proses.. sabar ye wida..
ReplyDeleteemail dh dapat.. nanti DN pos ye. thanks.. :)
wah best2!! bila berkumpul ramai2 malu lama2 hilang kalau sekepala
ReplyDelete@Yan Ty betul tu... seronok dpt kumpul camni..
ReplyDeletebestlah dapat jumpa blogger ramai2. tak dapat join tempoh hari. tapi tak ingat kenapa
ReplyDelete@Ladfe Amir xde rezeki nk join sama ye.. lain kali boleh join lg.. :)
ReplyDelete