Makan Malam di Restoran Italiano Capricciosa Pasta & Pizza Bersama Pengomen Tegar

Beberapa hari sebelum puasa iaitu tanggal 5 Julai 2013 (Jumaat), DN telah menjemput 5 orang top pengomen tegar bagi bulan Januari sehingga Jun 2013 untuk makan malam bersama DN. Bagaimana mereka terpilih? Mereka terpilih dengan kekerapan nama mereka naik setiap bulan seperti berikut :-

Ladfeamir.com - 5 bulan
Ezadskytech.com - 5 bulan
Broframestone.com - 4 bulan
Hazmanfadzil.com - 4 bulan
Unclezuan.com - 3 bulan

Memang tak sangka mereka sangat rajin dan istiqamah untuk terus menyokong DN menulis di sini. Tanpa kawan-kawan seperti kalian, pastinya DN tidak seperti kini. Semakin ramai rakan-rakan DN di alam maya ini. Alhamdulillah, terima kasih semua.


Lokasi makan malam adalah di Restoran Italiano Capricciosa Pasta & Pizza Sunway Pyramid. Kami berkumpul jam 8 malam di sini dan masing-masing memilih makan malam mereka sendiri mengikut kesukaan masing-masing. Semua dapat hadir kecuali blogger Hazman Fadzil tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.


DN dan adik DN telah memilih makan malam seperti di atas.

Drinks
Creamy Coffee Jelly - RM9.90
Espresso Con Panna - Rm6.90

Foods
Creamy Clam Chowder  - RM5.90
Smoked Salmon Salad - RM11.90
Rawr! - RM39.90

Nak tahu lebih lanjut menu dan harga makanan di restoran ini, boleh ke website berikut :-

www.capricciosa.com.my


Selesai makan malam dan bersembang dengan rakan blogger yang hebat dan awesome ini, DN memberikan sedikit cenderahati kepada mereka. Ini sahaja yang mampu DN lakukan untuk kalian sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga. Maaf jika ada kekurangan dan kelemahan sepanjang pertemuan kita ini. Harap tidak serik untuk terus menyokong DN menulis di sini.

Mereka sudah menulis entry pertemuan kami lebih awal dari DN tau. Apa lah penganjur ni. Lambat... Hehe... Jom terjah entry-entry mereka! ^_^

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. Murah juga kat sini.. lepas ni boleh la try makan.. hehehe.. jumpa nanti ahad ni... tak sabar nk jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aina... Jumpa ahad ni ye.. InsyaAllah.. ^_^

      Delete
  2. tak dapat jumpa korang hari ahad

    ReplyDelete
  3. Mungkin jodoh kita untuk makan BERDUA la gamaknya kan...nanti le bila free kita set yea....

    ReplyDelete
  4. wah murah rezeki belanja makan tau. bagusnya :)

    ReplyDelete
  5. akak x ajak adik pon.. :( nnt kita gi sama2 tau...

    ReplyDelete
  6. good idea for buka. tapi nie dah duduk jauh..sgt rindu kan KL..

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  7. @Zuan xde rezeki.. lain kali boleh jumpa lg.. :)

    ReplyDelete
  8. @cha alhamdulillah... rezeki untuk dikongsi bersama.. :)

    ReplyDelete
  9. @Nadia Gee best gak berbuka disini.. salam ramadhan.. :)

    ReplyDelete
  10. wah semuanyer lelaki..untgla..hehe

    ReplyDelete
  11. untunglah diaorang ni kan. ada awek comel belanja makan.

    nak jadi pengomen terbanyak jgklah mcm ni

    ReplyDelete
  12. @Nadia Johari nk camne nadia.. lelaki je yg rajin mengomen di sini. hee...

    ReplyDelete
  13. @Bro Framestone 2nd round bayar sendiri ler lepas ni. keh3! :p

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^