Smashies Burger kini di Setapak, Kuala Lumpur. Smashies Burger mendapat nama dari kaedah pembuatan burger ini. Ia bermula dengan memecahkan satu bola daging lembu kisar tulen, digril dan kemudian dibakar bagi menghasilkan jus semulajadi untuk menghasilkan rasa yang benar-benar berbeza.
Smashies Burger cawangan Setapak ini terletak di :-
Lot 126-G-5, Metro Genting, Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Acara dimulakan dengan pengacara majlis menjemput Smashies Founder & CEO, Mr Will Soh memberikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan cawangan Setapak ini. Apa yang menarik, perasmian ini dihadiri oleh seseorang yang sangat istimewa. Siap dikawal ketat oleh 2 orang body guard lagi.
Individu istimewa ini adalah 'Mr Barrack Obama'. Kami sangat terpegun melihat kehadiran beliau sehingga rasanya kebanyakan yang hadir tidak bertepuk tangan. Mungkin mereka juga seperti DN, tergamam melihat individu yang keluar dari kereta tersebut diiringi dengan 2 orang body guard berkaca mata hitam.
Selesai perasmian, setiap seorang dari kami menuju ke kaunter dan order makanan yang kami hajati. Banyak juga pilihan burger di Smashies Burger ini. Ermmm... Jadi apa pilihan DN?
DN memilih 'I am Single' beef. Rotinya berwarna hitam tetapi rasanya tetap roti biasa. Rakan-rakan lain order burger yang berbeza. Gambar atas dengan roti berwarna hijau adalah 'Watch Your Back', roti berwarna merah adalah 'Red Moo', Roti berwarna kuning adalah 'Chicken Run' manakala di sebelahnya adalah 'Lord of The Mess'. Kami juga ada memilih side order iaitu Portobello Fries.
Keseluruhannya, Smashies Burger ini mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri. Memang berbeza dengan kedai burger lain yang ada di Malaysia ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Smashies Burger ini, boleh ke Facebook Page : Smashies Burger
Yang roti hitam tu nampak macam menyelerakan..nyum2
ReplyDeletePersoalannya...
ReplyDeleteKenapa DN order I am Single?
sedapnya tengok menu semua tue.
ReplyDeleterasanya pernah gak publish entry promosi diskaun diorang.... cuma tak kesempatan nak rasa je lagi
ReplyDeletemakan satu pun kenyang ek tapi bro leh makan 2 biji..
ReplyDeleteHi Deq NOOR, i ve been at jakarta again right now....thanks for togetherness....hope we can meet again in other event...congratulation for Smashies! Ilham "OBAMA" Anas
ReplyDelete@Hafiz Rahim memang menyelerakan.. cuba lh nanti.. :)
ReplyDelete@Bro Framestone Sbb nak beritahu semua yg "I am single" ;)
ReplyDelete@fyna kalau perut ni mampu memang nak rasa semua burger dlm menu tu. hihi..
ReplyDelete@hazman aka species1980 yeke.. jom kita g makan burger ni... :)
ReplyDelete@kak ina kl tengok perut lh kak... opss! hihi..
ReplyDelete@Anonymous :o wahhh! thanks for dropping by here.. i'm speecless. hope to see u soon somewhere and some other time.. ^_^
ReplyDeletetak pernah try, tapi burger dia nampak yummy :)
ReplyDeletePerghhh sampai presiden luar negara pun mai tu!!! hebat niiii... wahhhhh
ReplyDelete@Zuan cuba lh nanti.. baru tahu yummy ke x.. :)
ReplyDelete@✿AINAA ROSEBERRY✿ hihihi... xtahu bila dpt jumpa lagi..
ReplyDeleteobama betul atau pelanduk dua serupa tu.. hehehe
ReplyDeletehye deq noor, salam perkenalan...
ReplyDeletebest event ni... ;)
@Myvitrd rasa-rasanya? ;)
ReplyDelete@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr salam kenal.. best kan dpt mkn burger ni... :)
ReplyDeleteBurger dia memang sedap..hehe
ReplyDeleteuntunglah dapat makan burger dengan 'Obama'
ReplyDeleteboleh terjah restoren ni nanti lepas puasa. dekat sangat dengan office
@boni kacak kan boni... rasa nk pegi mkn lg je ni
ReplyDelete@azwan dah dekat tu mmg kena pergi cuba burger ni... dh cuba, boleh dtg lg.. ;)
ReplyDeletesmashie burger dirasmikan barrack obama..uuuuuuuu...terbaikla..hehe
ReplyDeletehebat tau penangan entri ni. bila saya buat entri pasal DN, siap keluar sekali SPAMMER yang sebut nama DN dan restoran ni
ReplyDelete@Nadia Johari kan nadia.. best sbb beliau sgt peramah.. :)
ReplyDelete@Ladfe Amir really? DN pun baru tahu. haha... :D
ReplyDelete