Hari Raya Pertama Bersama Keluarga & Sanak Saudara

 Masih lagi mood raya ke? Hehe... Kalau tanya DN, Hari Raya pertama sahaja yang meriah. Hari-hari berikutnya, duduk rumah makan, tengok TV dan tidur. Pergi rumah saudara-mara lain ikut mood kalau mama mengajak. Hehe...

Macam mana raya kalian semua? Jom DN kongsikan dengan semua Hari Raya pertama DN bersama keluarga dan sanak saudara. Jemput baca ye... ^_^
 DN beraya di rumah bonda dan ayahanda tercinta di Desa Subang Permai, Shah Alam. Selesai Solat Idulfitri, balik rumah sekejap, bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman di Sekinchan bagi bertemu dengan nenda dan saudara mara. Keluarga DN merah mengelip tahun ini. Kami tiba sekitar jam 12.30 tengah hari dan dapat bertemu dengan mak, abang dan adik-adik ayah DN di sini.
 
 Gambar di atas DN kidnap dari FB cousin DN. Jangan marah ye. Hehe... Inilah sebahagian gambar nenek, pakcik, makcik dan sepupu DN. Ramai lagi yang tiada di dalam gambar ini. Kalau dikumpulkan semuanya memang lebih 2x ganda dari gambar di atas. Selesai bergambar, kami membawa haluan masing-masing untuk menziarahi saudara-mara yang lain. Keluarga DN memilih menziarahi nenek saudara dan saudara mara lain di sekitar kawasan Sungai Besar, Sungai Leman, Sungai Limau, Simpang Lima dan kawasan sekitarnya.
 
 Dalam pada kami menziarahi saudara mara di Simpang Lima, boleh pula bertemu semula dengan sepupu-sepupu DN ini. Mereka sedang asyik bergambar di hadapan sekolah yang telah kami tinggalkan lebih 10 tahun lalu. SMKA Simpang Lima... Tetap di dalam ingatan kami. Apa lagi? DN pun join sama lah. Hehe...
 
 Dari kiri, abang DN yang merupakan senior dan pelopor yang memasuki sekolah ini dahulu sebelum kami bertiga. Kemudian diikuti DN dan sepupu DN, Izzatty seterusnya adik Izzatty, Diana bersekolah di sini. Jikalau hendak dikumpulkan sepupu-sepupu dan saudara mara DN yang bersekolah di sini memang ramai sebenarnya. Dapat berkumpul berempat pun dah cukup mengimbau kenangan di zaman persekolahan kami.

Selesai bergambar di sini, sambung beraya ke rumah saudara mara yang lain. DN kembali ke Shah Alam semula sekitar jam 10.00 malam. Selesai Hari Raya pertama DN bersama keluarga dan sanak saudara. 

Apa cerita Hari Raya kalian? Share link kalian di komen, nanti DN akan terjah dan baca cerita kalian. Mesti best kan. Tak sabar nak baca... :)

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. pewwitt... dalam gambar nie muka DN macam student jeee....

    ReplyDelete
  2. @hazman aka species1980 awet muda abg man.. xboleh disangkal lg. ngeh3! :p

    ReplyDelete
  3. Jauhnya dia berjalan he..23x

    Untung la ramai yang berlajar satu sekolah. Bro adik beradik? Entah, kalau boleh x nak sekolah sesama he..23x

    ReplyDelete
  4. wahhhh meriah sungguh dan sakkan beraya ya

    ReplyDelete
  5. @Bro Framestone jauh sgt sampai malam baru balik rumah semula. hehe... :p

    best apa sekolah sama2... xde yg berani buli adiknya... ;)

    ReplyDelete
  6. @siti rokiah alhamdulillah kak... dapat gak kumpul camni walaupun seketika... :)

    ReplyDelete
  7. Meriahnyer Raya DN..

    Selamat hari raya Dn.. Maaf zahir & batin.

    p/s: Berseri2 muka DN.. hehehe :)

    ReplyDelete
  8. @Cik Nurul Siezuka biasa2 je tahun ni nurul... seri tang mana entah nurul ni. hehe...

    Selamat Hari Raya & maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  9. hah??? SMKA SIMPANG LIMA??? haiyaaaaa...

    ReplyDelete
  10. @KiD kenapa haiyaa plak kid? haiyaaa... :p

    ReplyDelete
  11. wah..sempat jugak ke smka smpg 5 tu ye. sekolah wida jugak tu..hehe

    ReplyDelete
  12. @mamawaiz itulah... jumpa wida je belum lg ni... huhu...

    ReplyDelete
  13. @mamawaiz itulah... jumpa wida je belum lg ni... huhu...

    ReplyDelete
  14. bestnya raya DN...imbau kembali zaman sekolah dulu ye...:D

    ReplyDelete
  15. macam kanak-kanak berhari raya je

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^