Iftar Portluck Blogger Coffee Talk


Pada 28 Julai 2013, jawatankuasa Blogger Coffee Talk (BCT) telah menganjurkan Iftar Portluck Blogger yang bertempat di Dataran Bawah Shah Alam. Konsep Iftar kali ini adalah setiap mereka yang hadir perlu membawa bekalan makanan sendiri dan berkongsi dengan semua yang hadir. Terpulang kepada semua sama ada ingin masak sendiri, beli di bazaar atau suruh mak ayah kalian masakkan.


Sekitar jam 6 petang, beransur-ansur blogger hadir dengan membawa makanan masing-masing. DN memilih untuk membawa air nenas, ayam dari Ayamas dan Banoffee Pie. Sekitar jam 6.45 petang, kami saling bantu-membantu menyiapkan juadah yang telah dibawa oleh semua yang hadir.


Inilah antara juadah yang dibawa oleh para blogger. Bila dikumpul dan diagihkan, memang banyak. Alhamdulillah, rezeki untuk berbuka pada hari itu dan siap boleh bungkus bawa balik lagi.


Pelbagai ragam dan aksi dapat dilihat semasa kami berkumpul di sini. Azan sahaja, masing-masing berebut minum air. Dahaga sangat ye. Hehe... Selepas berbuka, masing-masing berjalan kaki ke Masjid Negeri Shah Alam yang terletak berdepan dengan Dataran Bawah Shah Alam ini untuk menjalankan kewajipan menunaikan solat Maghrib. Selepas solat, kami sambung makan lagi. 

Rasanya kita ada ambil gambar beramai-ramai sebelum beransur pulang. Siapa yang ada gambar itu ye? Hmm.... Kepada mereka yang ingin bersama-sama mengikuti aktiviti Blogger Coffee Talk (BCT), boleh ke FB Group disini.

Kredit gambar Azman Ismail
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

24 Blue Komen:

  1. @Melastik Bintang kuat ke? angkat Mr. Ray boleh lah. hihihi... :p

    ReplyDelete
  2. @sohoque lain kali jom lh join sekali... :)

    ReplyDelete
  3. untung la pergi x hajokkkk huhu

    ReplyDelete
  4. Akan merindui you all.. hurmm.. harap dapat gather macam ni lagi

    ReplyDelete
  5. Orang kuat dan tulang belakang BCT... eh S/U

    Bro ahli hantu je he..23x

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum deqnoor, bestnya sheila tak dapat joined pun. hehehee :)

    ReplyDelete
  7. @✿AINAA ROSEBERRY✿ rindu dah dgn ainaa... harap dpt jumpa lg... :(

    ReplyDelete
  8. @Sheila Salim w'salam... lain kali boleh join lg... :)

    ReplyDelete
  9. really wanna gather with bloggers one day,, sobss,, jeles tau,,, kih3

    ReplyDelete
  10. @muja heee... ada rezeki boleh gather camni... :)

    ReplyDelete
  11. kalau la dapat join masa tu kan best..tapi ada hal lain pulak...huhu

    ReplyDelete
  12. hari tu rasa nak pergi, tapi tiba-tiba ada hal lak

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^