New York Hotel Johor Bahru

New York Hotel merupakan hotel yang kerapkali DN kunjungi suatu ketika dahulu sehingga kini. DN sering menginap di sini kerana lokasinya yang strategik berhampiran dengan pusat bandar, Jalan Tebrau, exit ke Woodland dan tempat-tempat makan yang sedap di Johor Bahru.
Baru-baru ini DN telah menginap sekali lagi di New York Hotel ini dan memilih bilik Deluxe berharga RM170 per night. Bilik yang mempunyai katil queen ini dilengkapi dengan kemudahan lain seperti sofa, meja kecil, TV, dan meja solek. Lebih menarik lagi, bilik ini mempunyai pemandangan kota Johor Bahru.
Selain itu, bilik ini juga menyediakan ruang pantry dan peti ais kecil di bawah pantry ini. Almari bertutup juga tersedia di sebelah pantry. Di sudut lain sebelah katil pula terdapat satu control panel yang mengawal segala lampu, aircond, TV serta alarm di dalam bilik ini.
Apabila menjengah ke dalam bilik mandi, kelihatan bath tub dengan mempunyai kedua-dua air sejuk dan panas. Bilik air ini selesa kerana mempunyai cermin yang besar dan ruang basin yang luas. Kemudahan hair dryer juga terdapat di dalam bilik air ini. Selain itu, arah kiblat di atas siling berhampiran dengan meja solek tersedia untuk kemudahan bersolat di dalam bilik.

Serba serbi lengkap walaupun bilik ini agak lama tetapi masih dijaga dengan rapi. Seterika tiada di dalam bilik. Jika memerlukan perkhidmatan tersebut, boleh menghubungi room service mereka. Apabila menginap di sini, DN selalu berjalan kaki untuk menuju ke tempat makan yang happening berhampiran dengan hotel ini. 
Restoran tersebut dikenali sebagai Banoffee Village yang terletak 5 minit berjalan kaki dari New York Hotel. Mempunyai pelbagai jenis masakan mengikut selera tekak sendiri dengan dihiburkan life band dari penyanyi tempatan. Memang sangat santai dan menghiburkan sambil mengenyangkan perut dengan makanan yang lazat di sini. Berikut adalah beberapa maklumat untuk mereka yang ingin menginap di hotel ini :-

 No. 22 Jalan Dato’ Abdullah Tahir
80300 Johor Bahru
Johor, West Malaysia
Tel : (607) 331 1588
Fax : (607) 331 8588


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. alaaaaa... nak pegi New York!!

    Btw, harga patut gak hotel ni..

    ReplyDelete
  2. Harga not bad...condition pun ok...thanks for the info DN....

    ReplyDelete
  3. New York dulu penah jadi hotel pilihan utama tiap kali ke JB... tp bila jadi 1 kes dimana dpt bilik yg tak memuaskan dan bila diadu kat counter bwh tu diorang siap layan tak layan jer... dari 2 malam kat situ trus tukar 1 mlm jer... cari tmpt lain... biar bilik kecik skit atau mahal skit asalkan servis terbaek... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum deqnoor. teringinnya nak jejak sini. nanti nak ajak suami sheila jejalan sini la insyallah. thanks review hotel. mudahlah nak cari hotel kat ke sana nanti :)

    ReplyDelete
  5. Bilik yang luas kalau tidor sensorang.... dan kalau ada live band tu kira okey laa... buat layan feeling dan masa kita time malam malam

    ReplyDelete
  6. Badan kecik pakai katil queen... Cuba bayangkan kalau DN makin membesar sikit. Entah2 mintak katil king terus he..23x

    ReplyDelete
  7. maybe kalau saya jalan-jalan kat Jb nanti, bolehlah saya masukkan hotel ni dalam list.

    thank DN

    ReplyDelete
  8. @careno perasan juga pelayan xfriendly tapi belum pernah dapat lagi bilik yg xelok selama ini. kesian u...

    ReplyDelete
  9. @Sheila Salim harap membantu kalau nk ke sini nanti.. :)

    ReplyDelete
  10. @hazman aka species1980 itu lh.. tido sensorang, live band, makan sedap... semua best!

    ReplyDelete
  11. @mamawaiz wish 1 hari nanti ada peluang ke sana.. :)

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone amboi! Xmo lah gedabak camtu... sobsob..

    ReplyDelete
  13. kenapa ek dia guna New York? New York hair Care punya ke?:-p

    ReplyDelete
  14. @JMR hahaha.. konon gah la tu. New York kan.. :D

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^