Inaugural Meeting Women Engineer 2013

24 Ogos 2013 yang lepas, DN telah menghadiri Inaugural Meeting & Aidilfitri Gathering IEM Women Engineer (IEM WE) bertempat di Holiday Villa Subang Jaya. Gathering ini mengumpulkan jurutera-jurutera wanita dalam pelbagai bidang di dalam satu majlis. Hampir kesemua meja penuh dan majlis ini telah mendapat sambutan yang baik dari semua pihak. Tahniah diucapkan kepada penganjur.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, diikuti dengan pemilihan committee member 2013-2015. Tiga gambar di atas merupakan jawatankuasa tertinggi yang bertanggungjawab menggerakkan IEM WE selama ini, manakala barisan seramai 11 orang di atas merupakan jawatankuasa yang telah dilantik untuk penggal 2013-2015. Syabas diucapkan kepada barisan baru ini. Semoga apa yang diharapkan dan diperjuangkan akan dapat dilaksanakan untuk penggal berikutnya.
Majlis diteruskan dengan forum yang sangat bersemangat, berilmiah dan berinformasi dari panel berpengalaman dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Tajuk forum yang diketengahkan adalah "Women Engineer's Roles in Nation Building in the 21st Century". Forum yang banyak menyedarkan kami yang mendengarnya tentang peranan wanita terutama jurutera dalam abad ke 21 ini. Terima kasih atas kata-kata semangat, ilmu yang bermanfaat dan perkongsian yang hebat dari semua. Semoga aktiviti sebegini akan kerap dilakukan untuk manfaat kita semua.
Sebelum majlis berakhir dengan jamuan raya, acara penyampaian hadiah kepada pemenang Essay Competition bertemakan "Women in Engineering" telah berlangsung. Selain itu, terdapat juga pertandingan mengayam ketupat, mini bazaar, best-dressed award dan fashion show di dalam majlis ini. Tahukah anda, mereka yang terlibat dengan fashion show di atas adalah seorang jurutera? Jangan ingat jurutera tidak boleh cat-walk. Mereka memang serba boleh.

Kepada semua jurutera wanita di luar sana, jangan lupa untuk mendaftarkan diri dengan IEM. Banyak manfaat dan ilmu yang boleh didapati serta disediakan oleh mereka. Disini segala aktiviti IEM WE akan dimaklumkan maka sama-samalah kita memberi sokongan kepada IEM WE ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. Ramai gak engineer gadis dan wanita kat malaysia nie yea... tapi mana gambar DN....dressing apa malam tue...?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... bestnya, semoga engineer wanita lebih bersemangat untuk menceburi bidang dengan deq noor :)

    ReplyDelete
  3. Eh xnampak pun muka DN, ye ke datang nie...

    Ingatkan DN yang ada dekat depan tue...

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone DN low profile je bro.. Nanti asyik nampak muka DN je.. :p

    ReplyDelete
  5. Tak pe la nampak muka DN je...

    Atenya Datinnnnnnn Wa Na Be

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone siapa ntah nk jadi datin. tuo benor bunyinya. huhu...

    ReplyDelete
  7. boringlah takde pakwe cuci mata. kalau tak boleh tukar-tukar kad

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^