Maggi Kari Ketam Miss Pah di Bucida Court

 
Bucida Court di Jalan Damansara menjadi destinasi DN dan rakan blogger lain untuk makan malam. Kami dijemput untuk menikmati maggi kari ketam istimewa yang terdapat di sini. 
Maggi Kari Ketam ini boleh didapati di Miss Pah Hot Pot's. Gambar di sebelah kiri merupakan pemilik kedai ini yang sedang menyediakan sweet and sour seafood platter kepada pelanggan. Harga sweet and sour seafood platter ini adalah RM 12 sahaja.
 
 Inilah Maggi Kari Ketam Nipah Special yang dapat DN rasa. Memang terasa kuah kari yang sangat menyengat dengan rasa isi ketam yang manis. Harganya dalam lingkungan RM20 - RM28 kerana mengikut harga pasaran ketam. Terdapat juga menu lain seperti meehon kari seafood/ketam special, chicken mushroom mee, hotplate dan banyak lagi.
 
Segala kelengkapan ini disediakan untuk makan Maggi Kari Ketam Nipah Special. DN cuba juga menggunakan segala kelengkapan yang diberi, tetapi DN kalah untuk control ayu maka DN memilih meratah ketam dengan menggunakan tangan sahaja.
 "Saya tidak makan seafood"
Ada juga keluhan sebegini yang sampai kepada DN. Tidak mengapa, terdapat pilihan makanan lain seperti masakan western dari Uncle Ron's Cafe.
Terdapat juga masakan ayam bakar dan steamboat dari gerai Sentap.
 Juga masakan sup kambing dan masakan kampung dari gerai Rahsia Mak.
 Serta ada juga waffle, kopi dan ice blended di Bucida Court ini. Banyak lagi makanan lain yang boleh didapati di sini sebenarnya. Pasti ada yang kena dengan selera dan tekak anda. Keseluruhannya terdapat 10 kedai makanan dan minuman yang terdapat di Bucida Court buat masa ini.
Beginilah suasana di Bucida Court Jalan Damansara. Pencahayaan di sini agak malap menyebabkan suasana kelam. Selain itu, skrin besar disediakan untuk pengunjung makan sambil menonton siaran yang ditayangkan.
Untuk mengetahui lokasi yang lebih tepat Bucida Court ini, boleh dilihat pada peta di atas. Mudah sahaja untuk ke sini kerana lokasinya hanya di tepi jalan LDP. Cuma, jika tidak biasa melalui jalan ini, boleh terlepas dan perlu membuat U-turn berhampiran One Utama.
Para blogger bergambar bersama pemilik Miss Pah Hot Pot's di Bucida Court. Boleh 'LIKE' FB page mereka di sini :-
Terima kasih kerana sudi menjemput kami ke sini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

31 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum deqnoor! sheila dah terima penyertaan deqnoor. nantikan review, tapi ikut giliran ye. hehe sheila pernah makan sini rasanyalah.. konfius pula >___<'
    *makin membesar la badan, dapat review makanan sedap, heeeee. terliur sheila tengok segala gambar tu

    ReplyDelete
  2. Baek punya maggi kari ketam..nyum2.

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim dh semakin membesar ni sheila. makan je. huhu...

    lain kali dtg ke bucida lagi, cuba lah maggi ketam ini tau. sedap...

    thanks sudi terima penyertaan DN... :)

    ReplyDelete
  4. @hafizrahim xboleh control ayu langsung nak makan ketam ni kan. hee...

    ReplyDelete
  5. occay ketam adalah favourite farah... he he he...

    ReplyDelete
  6. tetiba rasa nak bela ketam lak.. hahahaa.. nyum nyummmmm.. Maggi kari ketam!!

    ReplyDelete
  7. Kari nyer sedap, boleh repeat, tak sangka betul nie kedai member masa belajar dulu... sesama terkejut.

    ReplyDelete
  8. bukan DeqNoor makan dua mangkuk Maggi Ketam ke?

    ReplyDelete
  9. FAKTA

    Sangkin teruja baca headline tu terteguk liur taw! lepas tu scroll jap tengok gambar2 syeeedapnya! hehehe..

    ReplyDelete
  10. Nampaknya kita kena dating makan berdua kat sini laa... dont worry abang boleh belanja DN makan2x....

    ReplyDelete
  11. x bleh tahan tgok mee ketam ni..harus terjah ni..

    ReplyDelete
  12. Teringin gak nak tengok keayuan DN tercalar he..23x

    ReplyDelete
  13. @KiD nak buat bisnes supply ketam ke kid. hihi..

    ReplyDelete
  14. @YaNa Yassin kan.. memang sedap. ooo.. kawan dengan owner kedai ye.. pasni boleh makan free lagi.. :p

    ReplyDelete
  15. @Rosmadi Shakri eh? DN tolong pegangkan abg man nye megi ketam je.. :p

    ReplyDelete
  16. eh. tak eloklah makan maggi ngan ketam. nanti kena buasir

    ReplyDelete
  17. pergh!

    sedapnya kak.. terliur ni.. help me.. huhu

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. tu jawapan kacau dari orang yang tak makan seafood...:)

      Delete
  19. @NURSHAKIRA ABDUL HALIM memang sengaja nak buat terliur. hahaha!!! :D

    ReplyDelete
  20. geram pulak tengok maggi kari KETAM yang besar gedabak tu DN...huhhh

    ReplyDelete
  21. banyaknya makanan sedap2...kalau ezad, pening nak makan mana satu ni DN..hee

    ReplyDelete
  22. @Ezad Skytech besar kan.. puas makan ketam kt sini.. byk pilihan makanan lain juga.. ada peluang, datang la ke sini ezad.. :)

    ReplyDelete
  23. @Blogger Babyfaceowh.. no wonder jeles terlebih... :p hihi..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^