Selamat berhujung minggu! Apa aktiviti hujung minggu kalian? DN akhir-akhir ini memang penuh jadual dengan kursus jadi kurang masa untuk bersosial bersama rakan-rakan. Walaubagaimanapun, aktiviti makan tetap tidak DN lupakan. Hee... Kali ini DN nak share makan malam DN di Restoran Thai Tomyam Kung yang bertempat di Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15, Putrajaya.
Rata-rata menu yang disediakan adalah dari masakan Thai. Apabila teringatkan masakan Thai, pastinya kesedapan tomyam Thai menjadikan lidah mereka yang teringatnya terus terliur. Itulah yang DN rasai semasa memilih Tom Yum Kung bersaiz kecil yang berharga RM7.90 ini.
DN juga memilih sayuran Kangkung Crispy yang berharga Rm6.90. Rangup dan sangat sedap apabila dimakan dengan dicicah sos cili Thai masam manis pedas ini.
Pilihan lain selain dua menu di atas adalah Ikan Siakap Stim Limau bersaiz kecil yang berharga RM17.90. Ikan ini dihidangkan panas dengan api masih berada di bawah mangkuk ini. Oleh itu, memang kami sangat puas hati dengan rasa dan persembahan makanan ini.
Sekadar makan berdua, cukuplah hanya menu di atas dipilih. Pilih banyak-banyak, tak habis pula makan nanti. Minuman pula DN telah memilih Jus Oren manakala teman DN pula memilih Air Serai Wangi sejuk yang berharga Rm3.90 sahaja.
Pasti mereka yang berada di Putrajaya familiar dengan kedai makan ini. Apa yang telah menarik DN ke sini adalah kerana logo kedai ini yang seakan-akan Thai Airways. Hihi... Apa lagi yang sedap di sini? Ada cadangan? Lain kali bila ke sini DN boleh mencuba menu yang lain pula. (Makan sahaja DN ni kan. Hihihi...)
Kita pernah makan kat sini jugak DN. Best ! Siakap stim dia tu sedapppp. :D
ReplyDeleterasanya kid pun tak sampai lagi walaupun dia orang putrajaya... by the way ikan masak stim limau nie bagus la kan selain menu tiga rasa orang sweet sour....
ReplyDeletemakan berdua? hehee fewitt
ReplyDelete@Nuriesya Nadia sedap kan! tetiba terliur nak makan kat sini lagi. huhu...
ReplyDelete@hazman aka species1980 really? abg man kena ajak kid makan sini ni. hehe.. sometimes makan lain dari kebiasaan memang sedap.. :)
ReplyDelete@Zuan berdua lebih baik.. :p
ReplyDeleteoh. bolehlah belanja kita orang makan kat sini nanti lepas gaji (copy n paste). ikan tu memang nampak sedap
ReplyDeleteLama jugak rasanya ezad tak pekena masakan thai ni DN...kan da teringin sekarang ni..hee
ReplyDelete@hazman aka species1980 dekat dengan rumah aku. rumah aku area roundboard tu. tapi aku sendiri pun tak pernah sampai.
ReplyDeleteDN dah review, lepas ni boleh lah terjah
@Blogger Babyface bila nak belnja DN pula? :p
ReplyDelete@Ezad Skytech hahaha.. Mmg DN suka buat orang teringin pun.. pegi la makan makanan Thai nanti.. :p
ReplyDelete@azwan terjah, pastu share makan apa lagi yang sedap. DN pula g terjah. hee...
ReplyDeleteKeluar makan dengan housemate ke?
ReplyDeleteTak pernah pergi sini lagi... ikan siakap bersaiz kecil? macam ikan siakap setengah je?
@Bro Framestone err... dgn teman tetapi mesra.. hihihi... :p
ReplyDeletexingat dah kecil ke separuh.. makan je org nk belanja.. ;)
Nice information, valuable and excellent design, as share good stuff with good ideas and concepts, lots of great information and inspiration, both of which I need, thanks to offer such a helpful information here. วิตามินซี
ReplyDeleteDownload All Movie Subtitles Here for Hollywood, Bollywood and all kinds of movies. Download English SRT Subtitles Here subtitleplanet.com
ReplyDeleteThanks for posting this info. I just want to let you know that I just check out your site and I find it very interesting and informative. I can't wait to read lots of your posts. หนัง hd
ReplyDeleteI appreciated your work very thanks ดูหนังใหม่ฟรี
ReplyDeleteInteresting topic for a blog. I have been searching the Internet for fun and came upon your website. Fabulous post. Thanks a ton for sharing your knowledge! It is great to see that some people still put in an effort into managing their websites. I'll be sure to check back again real soon. ดูหนังhd
ReplyDeleteI recently found many useful information in your website especially this blog page. Among the lots of comments on your articles. Thanks for sharing. ดูหนัง
ReplyDeleteWe are constantly pushing the envelope and working hard to create new strains. Cali plug cartridge
ReplyDelete