Pertama Kali ke Kafe Coffee Planet Seksyen 13 Shah Alam

Pssttt! DN nak cerita ni. DN jumpa tempat lepak baru yang best di Seksyen 13 Shah Alam sambil minum kopi. Nama kedai tersebut adalah Kafe Coffee Planet. Dah lama kedai ini bertapak disini, tetapi entah kenapa selama ini DN jeling-jeling manja sahaja. Baru-baru ini DN baru tergerak untuk masuk, melihat dan merasa sendiri apa yang disediakan di kedai ini. 
  DN ambil gambar ini dari FB Coffee Planet - Seksyen 13 Shah Alam. Kelihatan gambar ini diambil semasa hari pembukaan kerana penuh bunga di depan kedai ini. Semasa DN ke sini, bunga-bunga ini sudah tiada. Haruslah kan... Kalau dah setahun masih cantik bunga ini di depan kedai, rugi lah kedai bunga. Tak boleh nak buat bisnes nanti. Hehe...

Pertama kali ke sini, DN perhatikan orang keliling apa yang mereka buat dahulu. Mereka beratur untuk order makanan, jadi DN pun turut sama beratur. Lepas itu mengambil makanan di kaunter berhampiran, DN pun ambil makanan yang DN order tadi dan menuju ke meja yang kosong. Apa yang DN order?
 Untuk menguji kesedapan kopi sebenar, semestinya DN memilih Americano. Kopi hitam pekat dengan aroma kopi yang memikat mereka yang menghidunya. Tambah satu sachet gula, ok cukup untuk DN. Sebab DN memang suka minum kopi yang pekat dan pahit. Kopi di sini kena dengan selera tekak DN. Sedap!
Makan pula DN telah memilih lasagna ini. Tengok rupa memang lah tidak secantik mana tetapi baru sesuap masuk dalam mulut... Sedapnya! Cukup rasa masam manis lasagna ini. Roti yang diberi juga rangup. Memang habis satu pinggan ini DN makan. Tak sangka penuh satu pinggan lasagna ini dan hasilnya, licin pinggan ini. Hehe....

Menarik lagi, tiada servis cas atau tax dikenakan kepada pelanggan. Pastinya ianya sudah dikira sekali di dalam makanan jadi DN tidak terasa perlu membayar tambahan yang banyak. Harga pun tidak mahal sangat sebab DN makan tidak sampai RM30. (Lupa nak simpan bil untuk beritahu harga) Lepas ini pasti DN akan ke sini lagi untuk mencuba menu yang lain pula. Siapa nak teman? Jom! ^_^

 Coffee Planet - Seksyen 13 Shah Alam
Lokasi : Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam
Waktu Operasi : 9.00am - 12.00am
No. Tel. : 03-55239512
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. tengok kopi dia..hitam pekat..mcm best je rasa dia

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum deq noor, terliur sheila tengok lasagna. belanja kita ehh. ehhehehe. nak buat sendiri takda oven. adoyaii nak makan luar malas. aptb kan. hihi ;p

    ReplyDelete
  3. Kedai baru sangat nei...Kalau diorang tahu DN nie blogger confirm dapat makan free laa....

    ReplyDelete
  4. suke lepak cni jugak.. kopi dia sedap

    ReplyDelete
  5. nanti bolehlah belanja kita orang bila dapat gaji nanti

    ReplyDelete
  6. Macam best je kafe ni DN...boleh la nak try lepak kat sini sambil layan Americano..hee

    ReplyDelete
  7. @Sheila Salim w'salam.. boleh je nak belanja... ada area sek.13 roger la DN ye.. :)

    ReplyDelete
  8. suhaila_samsudidinJanuary 4, 2015 at 3:21 AM

    Assalamualaikum seksyen 13 area mne ha...???

    ReplyDelete
  9. @suhaila_samsudidin kalau baca sampai habis ada dinyatakan di laman seri... :)

    ReplyDelete
  10. Macam pelik je, bila scroll dari atas sampai bawah, xde komen dari bro pada artikle nie...

    Pelik sangat...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^