'Best of Malaysia : Seafood Buffet Dinner' di Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur

 
 Baru-baru ini DN berpeluang untuk menikmati makan malam Seafood Buffet di Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur.
 
 Berada di tingkat bawah dari lobi utama, susunatur dan pemilihan makanan di sini sangat teratur. Ia dibahagikan kepada beberapa station iaitu Grilled Seafood, Fried Chilli Crab, Japanese Selection, Live Tiger Prawn, BBQ Whole Fish dan Fish Carvery Station. Ditengah-tengah ini ditempatkan segala makanan yang boleh diambil untuk terus dimakan, di hujung sebelah kiri gambar ini terdapat pelbagai jenis salad manakala di sebelah kanan gambar ini pula tersedia pilihan makanan seafood mentah untuk dipanggang dan dimasak panas.
Inilah antara seafood yang terdapat di sini. Lebih dikenali sebagai Seafood on Ice, terdapat pilihan seafood seperti udang, ketam, kupang dan tiram serta pilihan makanan jepun seperti sushi, sashimi dan maki. Segalanya segar dan boleh dipilih sebanyak mana yang ingin dimakan. Yang penting, apa yang dipilih untuk dimakan perlu dihabiskan supaya tidak berlaku sebarang pembaziran.
Terdapat juga pelbagai makanan lain selain seafood yang telah dimasak, seafood mentah yang boleh dipilih untuk dipanggang dan juga pilihan sos yang pelbagai mengikut selera sendiri.
Ini pula merupakan sejenis makanan seperti polish salmon turnover atau dikenali sebagai kulebiak. Di luarnya seakan-akan seperti pastry tetapi di dalamnya terdapat salmon yang dibalut dengan nasi lalu dimakan dengan sos krim ini. Sangat sedap dan menyelerakan.
 
 Bersebelahan dengan tempat makanan utama terdapat pelbagai jenis buah potong segar.
 
Dan di sebelah buah-buahan potong tersebut pula terdapat pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek dan kuih muih.
 
 Di satu sudut yang lain pula, terdapat buah-buahan segar yang boleh dipilih mengikut citarasa sendiri lalu disatukan menjadi jus yang sedap, unik dan menyegarkan.
 
Berikan sahaja pilihan buah-buahan tersebut kepada mereka, jus pilihan kita sendiri akan disiapkan oleh mereka. Jika tidak mahu membuat pilihan jus sendiri, air sejuk yang lain seperti jus oren dan soya juga tersedia di sini.
Inilah antara makanan yang DN pilih untuk dimakan semasa berada di sini. Seafood yang fresh dengan sayur-sayuran segar memang membuka selera mereka yang makan di sini. Pilihan sos yang banyak di sini juga sedap belaka.
 
DN memilih mangga, epal dan asam boi sebagai pilihan sendiri untuk jus pilihan DN. Sedap dan menyegarkan. Lebih-lebih lagi apabila diminum selepas makan seafood serta pelbagai manisan pencuci mulut. Rasanya yang masam manis memang memenuhi citarasa tekak DN.

Berminat untuk mencuba dan menikmati 'Best of Malaysia : Seafood Buffet Dinner' di Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur, maklumat di bawah dapat membantu anda:-
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 6.30pm - 10.30pm
Harga : RM98++ (dewasa) ; RM49++ (kanak-kanak)
Untuk tempahan, boleh hubungi di talian 03-21470088 ext.6350 atau email di chatz.prkul@parkroyalhotels.com
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^