Keperluan Yang Dibawa Ketika Melancong

Bulan Oktober sama seperti bulan-bulan yang lain. Sibuk dengan kerja, bersosial bersama rakan, aktiviti berblog dan pelbagai lagi rencana yang pasti memenuhkan jadual harian DN sepanjang bulan ini. Walaubaimanapun, aktiviti melancong atas urusan kerja atau bercuti tetap tidak akan lengang dari DN. Maka, dalam pada DN membuat persiapan untuk melancong apa kata DN kongsikan tips atau keperluan yang akan DN bawa ketika melancong. Ini DN, orang lain tidak pasti pula bagaimana persiapan mereka.
  1. Passport - Buku merah jangan lupa bawa jika melancong keluar dari Malaysia. Di dalam Malaysia, IC pun dah cukup. Tapi jika keluar dari Malaysia, tidak membawa IC bukan menjadi satu masalah. DN biasa tinggalkan IC dan hanya membawa pasport apabila keluar dari Malaysia.
  2. Wang Tunai - Duit yang mencukupi perlu dibawa. Jangan lupa tukar duit dahulu sebelum ke negara yang ingin dilawati. Wang Malaysia bawalah sedikit untuk keperluan di airport. Mana tahu nak makan atau membeli beberapa keperluan lain sedikit sebelum berangkat.
  3. Kamera - Ini penting untuk mengabadikan kenangan di tempat orang. Ada yang selesa hanya membawa phone berkamera dan ada yang suka membawa DSLR dengan lens yang berbeza-beza tetapi DN lebih selesa membawa kamera kecil yang mudah dibawa ke mana-mana ini selain dari telefon. Habis bateri telefon, sekurang-kurangnya ada kamera dan begitu juga sebaliknya.
  4. Universal Adapter - Kenalpasti di negara yang ingin dilawati menggunakan adapter yang bagaimana tetapi jika tidak pasti, lebih selamat membawa universal adapter ini apabila melancong.
  5. Buku nota - Ada yang merasakan buku nota dan pen tidak perlu dibawa kerana segalanya boleh disimpan di dalam telefon tetapi DN lebih suka mencatatkan apa yang perlu sebelum ke sesebuah negara seperti tempat-tempat yang ingin DN lawati, tempat makan halal dan banyak lagi. Apabila di sana pula, DN akan menggunakannya untuk menulis perbelanjaan DN di sana supaya budget mencukupi untuk sepanjang hari DN di sana, tempat-tempat lain yang terlintas untuk dilawati, bahan untuk DN menulis di blog dan banyak lagi.
  6. Payung - Sebelum ke sesebuah negara, pastikan cuaca di sana terlebih dahulu. DN kerap melakukannya seperti di entry ini : http://www.deqnoor.com/2013/03/seoul-dn-datang.html DN suka menggunakan payung sebegini kerana bekas payung tersebut boleh digunakan untuk mengisi air apabila ingin ke tandas. Ada negara yang tidak mempunyai pili air di dalam tandas, jadi perlu membawa air dari luar sebelum masuk ke tandas. Bekas payung ini sangat membantu DN sepanjang DN melancong ke mana-mana. 
  7. Bag plastik - Banyak kegunaan bag ini ketika melancong. Selain untuk mengisi barang yang dibeli ketika bershopping, DN sering menggunakannya untuk mengisi baju yang telah digunakan. Asingkan dengan baju yang masih bersih untuk dipakai.
  8. Buku / Novel - Ini bergantung kepada individu. DN lebih suka membaca sementara menunggu flight atau sebelum tidur. Oleh itu, DN akan membawa paling kurang satu buku untuk bacaan DN.
Untuk keperluan toiletries seperti syampu, sabun mandi, berus dan ubat gigi serta ubat-ubatan seperti panadol, minyak angin, Yoko-yoko dan plaster luka DN akan letakkan di dalam bag kecil di atas. Selain itu, barang make-up DN seperti bedak, lipstik, eye liner dan maskara juga DN letakkan di dalam bag ini.
 Keperluan di atas ada yang DN simpan di dalam handbag dan ada juga di dalam bagasi di atas. Pastikan membawa pakaian yang mencukupi atau jika ingin membeli baju di sana, tidak perlulah membawa pakaian yang banyak. Pakaian juga perlulah mengikut musim. Selain itu, DN biasanya membawa pakaian yang tidak memerlukan DN menggosok pakaian tersebut sebelum gunakannya. Masa itu emas lagi-lagi jika terikat dengan jadual yang telah ditetapkan.

Keperluan lain yang DN bawa selain dari semua di atas adalah cermin mata, tisu basah dan makanan seperti coklat dan gula-gula. Jika tempat yang DN pergi sukar untuk mendapatkan makanan halal, lebih banyak makanan yang akan DN bawa. Hmm... Apa lagi ye? Itu sahaja rasanya yang DN bawa apabila melancong ke mana-mana. 

Owh, DN sedang mencari bag untuk menyimpan pelbagai barang seperti selipar, pakaian dalam dan lain-lain. Hendak asing-asingkan sebelum masukkan di dalam bag besar. Nak jalan-jalan cari di shopping mall memang masa yang DN ada tidak mengizinkan DN berbuat demikian. Maka, DN memilih online shopping. Guess what? DN jumpa bag yang DN cari di Butik Online Zalora Malaysia. Weee! Jimat masa DN untuk mencari di shopping mall. Ada banyak pilihan warna lagi. Haruslah DN memilih warna pink. Heee...

Ok lah. DN nak bershopping online di Zalora Malaysia sebelum DN melancong ke destinasi yang akan DN beritahu kelak. Harap perkongsian keperluan disini dapat membantu mereka yang tiba-tiba blur tidak pasti apa yang perlu dibawa apabila melancong. Ada ke orang sebegini? Ada... DN pernah jumpa tau. Hehe...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. den klu travel memang suka bawak buku.. dah susah nak terpisah..hehe kadang2 bawak beg, tapi bukan ada pe pun dlm beg tu, ada buku n kamera je..hehehe

    ReplyDelete
  2. whoaaa... siap ada payung Astro lagi tue.....

    ReplyDelete
  3. thanx for sharig... bila agaknya dpt p melancong ke oversea ni.. ermm.. lum pernah ke sana... huk huk

    ReplyDelete
  4. @Zuan sama lah kita.. 2 benda yg tak boleh dipisahkan, buku & kamera. hee..

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 apa guna dapat tp xgunakan sebaiknya... hehe..

    ReplyDelete
  6. @Pn Sheila welcome! harap membantu... insyaAllah, rezeki ke oversea akan ada satu hari nanti. sabar ye... :)

    ReplyDelete
  7. saya punya list kena tambah earphone dan mp3!

    ReplyDelete
  8. setakat ni kalau pergi melancong..item no 6 tu memang ezad tak pernah bawa...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak aje payung. boleh guna untuk belasah orang.

      tapi kalau Babyface takde sapa nak kacau. sebab nampak mcm baby

      Delete
  9. @Ezad Skytech hee.. mcm lawak plak lelaki bawa payung kan.. :D

    ReplyDelete
  10. bukan DN rajin shopping2 gak ke? tapi still takde masa kan

    ReplyDelete
  11. @Blogger Babyface bila nampak mcm baby lagi la org suka nak kacau.. :D

    suka shopping & sentiasa ada masa utk itu walau sibuk mcm mana pun. hee...

    ReplyDelete
  12. @deq noor : nampak pelik pun ada kalau lelaki bawa payung...hehe

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^