Longkai "Lu Berani, Lu Mari!"

 
Longkai, sebuah filem aksi terbaru terbitan MIG merupakan filem ke-84 dari MIG. Filem ini merupakan tanggungjawab pengarah Hashim Rejab untuk meneruskan kebolehan beliau menggarap filem dengan baik dan mengarahnya mengikut acuan aksi segar yang menjadi trend dan pilihan penonton kini. Antara pelakon hebat yang terlibat di dalam filem ini adalah Faizal Hussein, Erra Fazira, Dira Abu Zahar dengan dibarisi pelakon muda berbakat seperti Niezam Zaidi, Wawa Zainal, Atikah Suhaime, Azwan Kombos, Mikail Andre, Epy Kodiang dan ramai lagi.
Filem ini mengisahkan tentang Bada (Faizal Hussien) dan Eddie (Niezam Zaidi) yang bekerja sebagai pemandu towtruck. Kenderaan yang ditarik oleh mereka akan dihantar ke bengkel milik Rima (Dira Abu Zahar). Mereka mempunyai musuh, Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) yang berdendam dengan mereka sejak dari dahulu akibat perebutan bisnes longkai mereka. Apabila projek jahat Mojo tergendala disebabkan oleh geng Eddie, Mojo meminta bantuan Naga (Zul Suphian) yang merupakan seorang taiko terkenal untuk membalas dendam.
 Walaubagaimanapun, adik Mojo, Suraya (Wawa Zainal) telah menjadi tebusan disebabkan barang Naga hilang kerana dicuri. Eddie sangat cintakan Suraya walaupun bermusuh dengan Mojo. Mereka telah berpakat dan bersatu untuk menyelamatkan Suraya. Hal ini telah sampai ke telinga Bada yang pada ketika itu sedang berbincang dengan Zarina (Erra Fazira) mengenai hubungan mereka. Hubungan mereka yang mengundang cemburu Rima ini menjadi tanda tanya semua pihak termasuk Eddie sendiri. Apabila mengetahui Eddie dalam bahaya, Bada terus menuju ke tempat Naga untuk menyelamatkan Eddie.
 
 Dapatkah Eddie diselamatkan? Bagaimana nasib Suraya di tangan Naga? Siapakah Zarina di dalam hidup Bada dan Eddie? Dapatkah Bada menyelamatkan hubungannya dengan Zarina? Atau adakah Rima berjaya memenangi hati Bada? Segalanya terjawab dengan menonton filem Longkai yang kini sudah berada di pawagam bermula 10 Oktober 2013.
Lihat trailer pun sudah best kan. DN berikan 4.5/5 untuk filem dari pengarah Hashim Rejab ini. Bagi DN, beliau telah menggarap filem ini dengan kemas dan penceritaan juga menarik serta menghiburkan. Lakonan yang dipersembahkan oleh semua pelakon juga sangat baik dan menyentuh hati penonton. Memang filem melayu yang perlu ditonton oleh semua. Lebih-lebih lagi dengan penampilan Faizal Hussein di dalam filem ini. DN sanggup untuk menonton kali kedua.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. menarik...boleh ditonton ni... :)

    ReplyDelete
  2. jalan cerita macam best tu deq noor..

    ReplyDelete
  3. @Kisah Si Dairy mmg best jln ceritanya.. g lh tengok.. :)

    ReplyDelete
  4. owwhh... kalau gitu jom tengok ngan abang nak...? isnin free tak ? hehehehhe....

    ReplyDelete
  5. pepatah orang cina cakap..

    Berani Mati Tak Mati... so..bila berani, tiada siapa yg berani mari-mari

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^