Movie Review : Odd Thomas

Maaf agak terlewat untuk membuat review filem yang DN tonton baru-baru ini. Terima kasih kepada Nuffnang kerana masih memberi peluang kepada DN untuk menonton special screening Odd Thomas yang sudah berada di pawagam pada 24hb Oktober 2013 yang lalu.
Filem ini mengisahkan tentang Odd Thomas (Anton Viktorovich Yelchin) yang mempunyai keupayan untuk melihat mereka yang sudah mati serta dapat merasai kuasa ancaman yang gelap. Keupayaan ini menyebabkan beliau dikenali sebagai seorang yang pelik dan misteri. Beliau mempunyai seorang kekasih yang telah ditakdirkan bersama untuk selamanya, Stormy (Addison Timlin). Stormy memahami apa yang dialami Odd dan sentiasa berada disampingnya. Walaupun begitu, terdapat satu mimpi dan misteri yang perlu dirungkai oleh Odd sehingga menyebabkan beliau tidak keruan. Apakah mimpi yang mengganggunya? Adakah ia melibatkan kekasih hatinya Stormy? Benarkan Odd dan Stormy ditakdirkan bersama untuk selamanya? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini.

Filem ini telah diadaptasi dari novel seram 'Odd Thomas' penulisan Dean Koontz. Novel ini telah diterbitkan pada tahun 2003. Kepada mereka yang sudah membaca novel ini pasti dapat memahami cerita ini kerana bagi DN genre filem ini agak berat untuk difahami dan DN sukar untuk menghubungkaitkan antara satu sama lain. Mungkin selepas DN membaca novel tersebut baru DN dapat memahami dengan lebih senang apa yang berlaku di dalam filem ini. Oleh itu, DN berikan 3/5 untuk filem ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. citer hantu rupanya,,, ingat citer Aksi :)

    ReplyDelete
  2. dah lama giler tak tengok movie ngan NN nie... n one day nak tengok wayang berdua gak ngan DN

    ReplyDelete
  3. Cite seram tapi berat. Mesti mengantuk pastu terkejut sekejap pastu mengantuk balik

    ReplyDelete
  4. try juga join contest ni kat Nuffnang...takde rezeki nak dapat layan premier screening...tapi bila tengok trailer, macam susah nak faham...bila da keluar kat pawagam pun ezad malas nak tengok...hee

    ReplyDelete
  5. @Rosmadi Shakri xde la nak kata cite hantu tp seram juga la...

    ReplyDelete
  6. @Farah Waheda Wahid menarik tp mcm xsesuai utk ibu mengandung je. hee...

    ReplyDelete
  7. @Blogger Babyface blogger babyface sgt memahami lah... betul tu.. :D

    ReplyDelete
  8. @Ezad Skytech hihihi... boleh je nk tengok ezad tp better baca buku ni dulu.. mungkin baru mudah nak faham cerita ini

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^