Maaf agak terlewat untuk membuat review filem yang DN tonton baru-baru ini. Terima kasih kepada Nuffnang kerana masih memberi peluang kepada DN untuk menonton special screening Odd Thomas yang sudah berada di pawagam pada 24hb Oktober 2013 yang lalu.
Filem ini mengisahkan tentang Odd Thomas (Anton Viktorovich Yelchin) yang mempunyai keupayan untuk melihat mereka yang sudah mati serta dapat merasai kuasa ancaman yang gelap. Keupayaan ini menyebabkan beliau dikenali sebagai seorang yang pelik dan misteri. Beliau mempunyai seorang kekasih yang telah ditakdirkan bersama untuk selamanya, Stormy (Addison Timlin). Stormy memahami apa yang dialami Odd dan sentiasa berada disampingnya. Walaupun begitu, terdapat satu mimpi dan misteri yang perlu dirungkai oleh Odd sehingga menyebabkan beliau tidak keruan. Apakah mimpi yang mengganggunya? Adakah ia melibatkan kekasih hatinya Stormy? Benarkan Odd dan Stormy ditakdirkan bersama untuk selamanya? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini.
Filem ini telah diadaptasi dari novel seram 'Odd Thomas' penulisan Dean Koontz. Novel ini telah diterbitkan pada tahun 2003. Kepada mereka yang sudah membaca novel ini pasti dapat memahami cerita ini kerana bagi DN genre filem ini agak berat untuk difahami dan DN sukar untuk menghubungkaitkan antara satu sama lain. Mungkin selepas DN membaca novel tersebut baru DN dapat memahami dengan lebih senang apa yang berlaku di dalam filem ini. Oleh itu, DN berikan 3/5 untuk filem ini.

citer hantu rupanya,,, ingat citer Aksi :)
ReplyDeletewah DN menarik cerita ni...
ReplyDeletedah lama giler tak tengok movie ngan NN nie... n one day nak tengok wayang berdua gak ngan DN
ReplyDeleteSeram ke cite nie DN?
ReplyDeleteCite seram tapi berat. Mesti mengantuk pastu terkejut sekejap pastu mengantuk balik
ReplyDeletetry juga join contest ni kat Nuffnang...takde rezeki nak dapat layan premier screening...tapi bila tengok trailer, macam susah nak faham...bila da keluar kat pawagam pun ezad malas nak tengok...hee
ReplyDelete@Rosmadi Shakri xde la nak kata cite hantu tp seram juga la...
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid menarik tp mcm xsesuai utk ibu mengandung je. hee...
ReplyDelete@hazman aka species1980 jom abg man! g movie sma2.. ;)
ReplyDelete@Bro Framestone xde la seram sgt bro..
ReplyDelete@Blogger Babyface blogger babyface sgt memahami lah... betul tu.. :D
ReplyDelete@Ezad Skytech hihihi... boleh je nk tengok ezad tp better baca buku ni dulu.. mungkin baru mudah nak faham cerita ini
ReplyDeleteAir Max 270
ReplyDeleteAir Jordan 9
Yeezy boost 350 v2
Pandora Jewelry Outlet
Pandora Official Site
Red Bottom Shoes For Women
Pandora
Jordan 4
Air Max 270
Jordan 11
Latrice20181011