Nuffnang FoodFest #NNFoodFest

Hi all! Sabtu lepas telah berlangsungnya FoodFest Nuffnang bertempat di Blue Entrance Sunway Pyramid. Siapa yang pergi sila angkat tangan? Ok... Mestilah DN tak nampak kan. Tahniah kepada diri sendiri kepada yang datang. Kepada yang tidak dapat hadir itu, jangan bersedih hati. Kalian boleh pergi ke kedai atau membeli produk mereka dengan membayar sendiri. Tiada lagi makanan atau minuman percuma.
Memang diakui, acara ini hanya benefit untuk mereka yang mempunyai telefon yang dilengkapi dengan twitter, FB atau Instagram akaun. Untuk pengguna ios, mereka boleh download apps Nuffnang Food Fest 2013 dan menggunakannya di sini. Hanya perlu tweet atau like atau letak gambar di dalam instagram, tunjukkan kepada vendor di booth, akan dapat makanan dan minuman percuma. 

Mudah untuk mereka yang mempunyai telefon dilengkapi dengan data plan. Mereka yang tidak mempunyai telefon canggih atau memang sudah canggih tetapi tiada data plan, tetap tidak dapat untuk menikmati apa yang tersedia di sini. Wifi percuma? Setakat DN di Sunway Pyramid belum pernah mendapat wifi percuma kecuali di tempat yang tersedia wifi percuma. 

Memandangkan DN tergolong dalam mereka yang mempunyai telefon dilengkapi dengan data plan walaupun sudah limit, DN berjaya menikmati beberapa makanan dan minuman yang tersedia di sini. Jom DN kongsikan dengan semua apa yang DN rasa di #NNFoodFest ini.
Booth pertama yang DN pergi adalah Maggi. Dapatlah DN merasa maggi semangkuk selepas DN tunjukkan tweet yang telah DN kongsikan.
Kemudian DN ke booth Absolute Thai ini. Kongsikan di twitter untuk mendapatkan Thai Fish Skewers ini. Sedap.. DN pernah makan di sini dan DN akui makanan di restoran ini memang sedap.
Seterusnya bersebelahan dengan Absolute Thai adalah booth Nandos. Sama seperti tadi, kongsikan di twitter, tunjukkan kepada mereka, dapat sudah ayam Nandos ini. 
Ok, lepas makan tekak dah mula perit untuk dilancarkan dengan air. Maka, DN ke booth Yakult. Kongsikan di twitter, DN dapat satu Yakult ini. Bersebelahan dengan booth Yakult adalah booth Juice Works. Sekali lagi kongsikan di twitter, DN dapat air tembikai dari Juice Works yang menyegarkan.
Rehat sebentar... Nampak orang sedang beratur untuk mendapatkan New Zealand Natural aiskrim ini. DN pun turut sama beratur sambil kongsikan di twitter. Dapatllah aiskrim strawberi yang sedap ini.
Kemudian ke booth Chatime. Tak ramai orang pula. Rupanya lain dari yang lain di mana perlu bergambar dengan instagram chatime yang disediakan, kongsikan di instagram, tunjukkan pada mereka barulah dapat air Chatime. Apa ada hal.. DN buat sahaja dan dapatlah air Chatime DN.
Booth terakhir yang DN pergi adalah waroeng Penyet. Kongsikan di twitter, DN dapat ayam penyet dan jus alpukat ini. Sedap! DN memang suka jus alpukat. Makan sekejap maka berakhirlah aktiviti jalan-jalan sambil makan percuma di sini bersama housemate.

Memang kenyang walaupun hanya makan sedikit-sedikit dari booth yang berbeza-beza. Dah kenyang, kami beredar meninggalkan tempat ini dan sambung bershopping sebelum ke destinasi seterusnya iaitu berkaraoke bersama sahabat DN. 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. Sedih ! Tak dapat attend. Jelessss. Y____Y. Hahaha

    ReplyDelete
  2. So berapa berat DN sekarang ek...

    Ada data plan tapi sudah limit pun xde pe2 makna juga sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. hurmm.... DN datang awal lagi kan...tak dapat jumpa la aritu....btw nanti submit link untuk giveaway nuffnang fest yea

    ReplyDelete
  4. tweet dan dapat makan free
    memang ohsem la event ni
    first in Malaysia
    moga taun depan ada lagi

    ReplyDelete
  5. @Nuriesya Nadia hoho... tunggu #NNFoodFest next year ye kalau ada.. :)

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone entah.. xberani nk timbang lh bro. hihi..

    masih boleh guna tp slow lah.. setakat tweet ok lg.. kalau suruh like FB bagai mmg xmampu lah bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Berat dah naik pun tetap ada orang suka.. hoho

      Delete
  7. @hazman aka species1980 awal.. pkl 3 dh smpai.. ok abg man. DN submit.. :)

    ReplyDelete
  8. @penaberkala betul tu... harap next year akan ada lg.. :)

    ReplyDelete
  9. @Mysara Ab Rahman xsempat ye.. xpe, next year harap Nuffnang buat lg event sebegini.. :)

    ReplyDelete
  10. wowww tak tahu pun pasal event ni..huhuhu

    ReplyDelete
  11. @thenunu owh, like FanPage Nuffnang... Mesti dapat tahu pasal event sebegini.. :)

    ReplyDelete
  12. @noorkhamisah siap nak terlajak sampai non-halal kan.. mujur xsebat gak. hee...

    ReplyDelete
  13. rugi tak dapat nak turun event ni masa tu...memang nampak meriah...meriah dengan makanan...hee

    ReplyDelete
  14. smartphone tanpa data plan umpama macam botol kosong tanpa air...hee...

    ReplyDelete
  15. @Ezad Skytech kenyang bila makan free camni. hee...

    tahu xpe.. tp even dh limit, data slow still boleh up status.. masih xterasa seperti botol kosong tanpa air lg.. ;)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^