Terapi Hujung Minggu di Thai Thai Sunway Pyramid

Hujung minggu, lepas solat Subuh berkira-kira hendak sambung tidur. Maklum sahaja, hujung minggu lah masa untuk merehatkan diri daripada bebanan kerja. Rasanya macam baru sahaja nak lelapkan mata (eh? Ke dah lelap? Lupa lah. Hee...), dengar bunyi orang ketuk pintu bilik. Siapa lagi kalau bukan housemate yang ketuk. Stress katanya dan perlukan terapi. Apa lagi? Bersiap-siaplah kami menuju ke Sunway Pyramid. Pukul 11pagi sudah sampai tau.
Haruslah belum makan lagi bila lepas bangun tidur, siap-siap dan terus ke Sunway Pyramid. Perut sudah berkeroncong jadi tempat pertama yang dituju adalah mencari kedai makan. Housemate terasa hendak makan tomyam jadi kami menuju ke Thai Thai. Sementara menunggu makanan yang dipesan, sempat lagi buat aksi. Layan sahaja lah ye. Hihihi... Jadi apa makanan tengah hari kami?
Kami memilih Chinese Tea Pot berharga RM8. Sejuk-sejuk duduk di tempat ber'aircond' ini bila dapat minum air panas memang menyegarkan.
Inilah tomyam yang dipesan oleh housemate DN. Tomyam Chicken ini berharga RM12 per bowl.
DN pula memilih Chicken Cashewnuts berharga RM17.90. Rasanya memang sedap. Cukuplah dua lauk ini yang kami pilih. Kedua-dua lauk ini kami makan dengan nasi yang berharga RM3 sepinggan. Nasi mahal wei... Kena makan sampai habis walaupun nasinya agak kurang sedap. Mungkin tidak cukup masak semasa dihidangkan kepada kami. Huhu...
Akhir sekali, Mango with Sticky Rice berharga RM12 ini dipilih sebagai pencuci mulut. Walaupun mangga ini tidak sama rasanya seperti di Thailand, pencuci mulut ini tetap sedap dan boleh diterima oleh tekak DN.

Lepas makan dan perut sudah kenyang, bermulalah aktiviti terapi shopping kami. Weeee! Terapi shopping memang best kan housemate. Hehe...

Thai Thai
Lot OB-1D, Oasis Boulevard, Sunway Pyramid,
No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03-74919428
Fax : 03-74919438
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. lepas ni.. hujung minggu di siam laaah.. hehehee

    ReplyDelete
  2. ye! best! nanti kta buat lagi. bulan depan....

    ReplyDelete
  3. Hurgghh.. semuanya sedap2... AUmm...

    ReplyDelete
  4. sedapnya pulut mangga tu, teringin lah pulak (^__^)

    ReplyDelete
  5. sehati sejiwa housemate ni..bestlah

    ReplyDelete
  6. Muka cute je - Happy makan makan yea....

    ReplyDelete
  7. hujung minggu kalau ada aktiviti macam ni takde stress sangat kan DN..lagi2 kalau dapat makan2...hee

    ReplyDelete
  8. sikitnya portion mango with sticky rice tu DN...macam tak berbaloi dengan harganya...huhu

    ReplyDelete
  9. @Kisah Si Dairy lauk sedap tp nasi kurang sedap. huhu...

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech terapi di hujung minggu memang best..

    mahal kan tp rasa nk makan so bayar je lah. huhu...

    ReplyDelete
  11. sarapan ke atau makan sarapan+lunch sekali gus.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^