Salam Maal Hijrah.. Rasa lama DN tidak bercerita disini. Tiba-tiba semangat untuk menaip hilang. Hmmm... DN sedang mencari semangat yang hilang itu. Harap ianya tidak berlarutan. Sebab itu DN paksa diri untuk mulakan bercerita tentang aktiviti makan-makan bersama housemate.
Tiada yang istimewa untuk dikongsi bersama semua. Hanya ingin bercerita DN pertama kali makan di kedai Little Taiwan ini walaupun sudah banyak kali lalu di depan kedai ini. Kedai yang terletak di e@Curve Damansara dengan lokasi yang strategik sementara menanti wayang bermula di Cineleisure Damansara.
Housemate balik kerja dan lapar katanya jadi kami sepakat untuk makan di sini. Housemate memilih Spicy Hot Ramen RM10.90 manakala DN memilih Creamy Sweet Corn Pancake RM5.90.
Minuman pula DN telah memilih Crystal Magic Coffee RM8.90 manakala housemate memilih Cream Milk Mango with Pearl RM5.90.
Rata-rata makanan di sini ok sahaja bagi DN. Mungkin sebab DN tidak memilih maindish maka DN tidak dapat menilai makanan disini keseluruhannya.
Apapun, layan sahaja drama queen kami yang bosan menunggu makanan dan minuman yang agak lama untuk sampai, bosan menunggu wayang kami yang perlu menunggu hampir sejam lagi dan bosan melihat drama queen sebenar di kaunter yang sepertinya ingin makan free. Sebab kamu lah order kami lambat sampai. Huh...
Ok lah. Kalau rajin DN bercerita lagi ye. Daaa!!
semoga semangat yang hilang itu datang kembali DN...
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid tq darling... ^_^
ReplyDeletekalau da lama sangat tinggalkan blog..nak start balik tu memang susah sikit kan DN...ezad selalu da merasainya bila betul2 busy sampai blog pun tak buka da...hee...
ReplyDeletesejujurnya...banyak lagi kedai makan kat e@curve ni ezad belum pernah cuba makanannya ni...banyak sangat..hee
ReplyDeletenyum2..laponye tgk gambo ni...
ReplyDelete@Ezad Skytech tahu xpe.. dh xkisah dh apa nk jadi dgn trafik kan.. hee...
ReplyDeletesama la kita ezad.. byk sgt kedai mkn yg kena dicuba kt sana
@noorkhamisah makan je.. bila nk diet??
ReplyDeleteamboi muka masing-masing... happy dan enjoy jee....
ReplyDelete@hazman aka species1980 bukan selalu boleh hang out & borak sambil makan camni....
ReplyDelete