Kerjaya Jurutera dan Blogger

AAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

Ok, DN tidak berjaya untuk menjerit sekuat hati tetapi hanya mampu menjerit di dalam hati dan di sini sahaja. Serius DN sudah merasa penat dan rasa mahu merehatkan diri. Lepas baik dari demam Khamis yang lalu, DN tidak berhenti dari travel ke sana sini.
Ada yang kata, bestnya kerja DN dapat travel sana sini. Best? Mereka yang melihat sahaja merasakan kerja DN best. Hakikatnya, travel ini sangat memenatkan. Lebih-lebih lagi apabila travel atas urusan kerja. Badan penat, minda pun penat sebab banyak perkara perlu difikirkan dan diselesaikan. Itu belum lagi memikirkan urusan kerja yang tertangguh di pejabat. Sebenarnya, DN bukanlah seorang yang dapat menguruskan masa dengan baik seperti apa yang orang lain perkatakan. Walaupun begitu, DN cuba memberikan yang terbaik semampu DN kerana inilah tanggungjawab DN.

Jadual penuh setiap hari dan DN perlu menyusun segala aktiviti DN sebaik mungkin untuk memastikan semuanya selesai. Perlu menyesuaikan mana satu kerja yang menjadi keutamaan dan mana kerja yang masih boleh ditangguhkan untuk beberapa hari. Bukan ditangguhkan untuk jangkamasa yang lama, tetapi untuk mendahulukan mana yang perlu sebelum membuat kerja yang ditangguhkan itu. Sebab itu blog DN tidak berupdate untuk beberapa hari atas sebab keutamaan adalah kerja yang diamanahkan kepada DN.
Tempat baru DN di ofis, DN masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri. Entah kenapa kali ini DN mengambil masa yang lama untuk sesuaikan diri. Huh... Abaikan kerja DN yang berlambak dan ketika ini DN masih di ofis menyiapkan beberapa kerja. Esok, DN perlu travel lagi. Tetapi kali ini untuk urusan blog pula. 3 hari 2 malam di Port Dickson. Inilah kerja DN sebagai seorang jurutera dan blogger. DN cuba membahagikan masa yang ada sebaik mungkin.
Sejujurnya, DN tiada banyak masa untuk diri DN sendiri, jadi maafkan DN jika DN tidak prihatin atau menjadi ignorance dengan orang lain. Kadang DN cakap sepatah dua dan that's it! Sebab DN tidak suka dan tidak mahu complicatedkan fikiran DN sendiri. Orang-orang keliling yang terasa hati dengan DN, DN minta maaf. Banyak yang DN fikirkan jadi DN tidak mampu memikirkan masalah kalian apatah lagi untuk menjaga hati kalian semua. Tetapi jika ada yang memerlukan DN, DN tetap cuba memberikan sedikit waktu untuk kalian semampu DN. 

Apapun, syukurlah kerana diberi kesihatan dan kudrat yang baik untuk bekerja. Kerana ada insan yang tidak mampu melakukan kerja. Syukurlah kerana diberi keselamatan dalam setiap apa yang dilakukan kerana ada yang tidak selamat ketika bekerja. Syukur juga kerana ada yang sudi membaca coretan ini kerana tidak semua orang sudi untuk singgah dan membaca coretan orang lain.

Panjang pula DN membebel kan. Hihihi... Perempuan.. Tidak lepas daripada aktiviti membebel walaupun di alam maya. Selesai membebel, sambung kerja pula. Lepas berbincang dengan bos tadi, banyak kerja yang perlu dilakukan maka, DN chow dulu. Jumpa lagi bila DN ada masa untuk bercerita lagi.

I love engineer & blogger! <3 br="">
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. wah bestnya.. macam mane la nanti bila Dn dah jadi seorang isteri or mummy he..23x

    tengah cuba bayangkan anak dan DN orang ingat akak dengan adik he..23x

    ok larik....

    ReplyDelete
  2. Betul la.. org pandang best travel.. bab penat tak terpandang pulak kan..hehe sbb manusia mmg suka tgk yg best je.. hihi..

    Apa2pun dn hebat..
    Wanita berkerjaya. Tak sombong. Dayah kagum.

    ; )

    Moga dn terus success..

    ReplyDelete
  3. actually dua bidang yang menarik macam ni la yang mewarnai kehidupan... yang penting masing2x berikan pengalaman yang berbeza tapi menarik kan

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone ok la tu... awet muda.. xboleh disangkal lg... :p

    ReplyDelete
  5. @Hidayah hee... lama xjumpa dayah kan. alhamdulillah... thanks.. moga kita terus diberi kesihatan yg baik utk menjalankan amanah yg diberi.. :)

    ReplyDelete
  6. @hazman aka species1980 betul tu... selagi mampu, DN tidak mahu melepaskan keduanya... :)

    ReplyDelete
  7. Salam DN...

    Kie pun lama x keep in touch ng DN...

    lately kie pun bz ng assignment... kadang fokus menulis sbg blogger pun macam keliru lah :(

    blogger yg macam mana kikie ni...

    ReplyDelete
  8. Ohye... apa pun DN wanita berkerjaya...

    Bz yang tanpa henti itu akan dibalas oleh Allah swt, dan pastinya pahala bz itu pun tanpa henti membantu DN esok.. Amin..

    Semoga Sihat Selalu In Shaa Allah... DN kuat orang nya.. kalau tidak Allah tidak akan letak DN sbg engineer huhuhu...

    Take care DN...

    ReplyDelete
  9. Memang la awet muda... masalahnya orang tak boleh nak bezakan mana yang akak n mana yang adik

    ReplyDelete
  10. leks la DN, macam alkisah juga, nak update blog hari2 memang tak lepas, rabu-khamis kerja, ahad family day, isnin-selasa free time tp still banyak benda kena selesaikan.. kalau dapat update tu, kira betul2 alkisah free la tu..

    love my job too.. :D

    ReplyDelete
  11. @Zulqarnain Abu Hassan lama xjumpa kiki... apapun, utamakan apa yg lebih utama... :)

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone mana bro tahu? for sure DN akan tetap adik.. :p

    ReplyDelete
  13. @Al Kisah betul tu.. :) buat apa yg kita suka, insyaAllah semuanya akan baik.. :)

    ReplyDelete
  14. Boleh agak la... amboi, nak menang je dia ek...

    ReplyDelete
  15. kerja dan blog memang bidang yang berbeza...tapi kalau kita enjoy buat kedua2nya..pasti takde masalah kan DN...:D

    ReplyDelete
  16. kalau bekerja shift macam saya, lagi susah nak manage masa.
    tension gak dibuatnya.

    tapi..terpaksalah sentiasa bertenang. kalau tak, hilanglah raut wajah babyface

    ReplyDelete
  17. @Blogger Babyface setiap kerja yg dilakukan adalah amanah.. moga terus success dgn kerjaya.. :)

    ReplyDelete
  18. Kalau travelmemang nakbercuti memang best kan?Minda dan fizikal rehat ja...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^