The Gurney Resort Hotel & Residence Penang

18, Persiaran Gurney, 10250 Georgetown, Penang Malaysia
Tel : 604 - 370 7000
Fax : 604 - 370 5000

Baru-baru ini DN berpeluang menginap di sini. Studio Suite berharga RM327.12 semalam sangat luas dan sangat selesa untuk seorang dengan panorama pemandangan laut.
 Inilah bilik yang DN dapat semasa berada di sini. Masuk sahaja sudah terdapat meja makan untuk dua orang di sebelah kiri laluan masuk. Di hujung berhampiran dengan tingkap terdapat sofa panjang dan meja kecil. Kelihatan LCD TV di sudut tepi katil yang mana boleh dipusingkan sama ada untuk menonton TV sambil duduk di sofa atau berbaring di atas katil. Di sudut tepi tingkap pula terdapat meja kerja yang dilengkapi dengan telefon di atasnya.
 Apabila gambar diambil dari sofa, kelihatan pantry di sebelah pintu masuk. Peti ais mini disediakan di bawah pantry tersebut. Cermin panjang pula terletak di tepi pintu masuk ke bilik mandi. Berbeza dengan hotel lain yang pernah DN pergi, di sini almari pakaian terletak di dalam bilik mandi. Di dalam almari disediakan iron, iron board, peti simpan duit, selipar dan arah kiblat. Berhadapan dengan almari pakaian terdapat bath tub dan shower. Boleh pilih nak mandi dalam bath tub atau shower. Kalau tanya DN, dua-dua DN guna. Hehe...
Ruang untuk meletak barang mandi agak kecil tetapi cukuplah untuk barang DN yang tidak seberapa ini. Cermin muka turut disediakan walaupun sudah ada cermin besar di depan basin. Hair dryer juga turut disediakan di dalam bilik mandi ini.

Apabila diperhatikan betul-betul, rasanya tiada apa yang pelik dengan katil ini. Tetapi tahukah anda bahawa katil tersebut adalah 2 katil single yang dirapatkan dan selimut tersebut juga adalah selimut untuk katil single yang disatukan? Maka, jika datang berdua tilam ini boleh diasingkan jika tidak mahu tidur satu katil bersama.

Memandangkan DN merupakan ahli kelab Swiss Garden International Vacation Club, bilik studio ini hanya berharga RM150 semalam sahaja. Jimat separuh daripada harga biasa. Inilah salah satu faktor kenapa DN dapat bercuti atau bekerja dengan senang hati. Setakat ini DN berpuas hati dengan servis mereka.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. lepas gurney, senang nak bershopping..

    ReplyDelete
  2. DN, cerita skit pasal Swiss Garden International Vacation Club, kelebihan, macam mana nak apply

    ReplyDelete
  3. @Al Kisah boleh ke website swiss garden international vacation club untuk join club... :)

    ReplyDelete
  4. whoaaa....memang dah murah la harga member tu.... tapi kalau tido sensorang agak sunyi la kan...hahahaha

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 betul tu abg man... harap ada yg sudi menjadi teman seumur hidup DN satu hari nanti.. ;)

    ReplyDelete
  6. wah...dapat separuh harga...biliknya pun not bad la...memang untung bila jadi ahli...hee :D

    ReplyDelete
  7. @Ezad Skytech betul tu... sbb tu bila kerap travel, lebih berbaloi jd ahli.. :)

    ReplyDelete
  8. seronok kalau daapt tidur dalam bilik bersendirian.
    bagaikan bilik itu ana yang punya

    ReplyDelete
  9. @Blogger Babyface kan... terapi tau.. boleh merehatkan minda... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^