Thistle Kids In Charge! Advisory Board Members (Malay Version)


Pada Jun 2013 yang lalu, Thistle Port Dickson Resort telah melancarkan satu inisiatif untuk meningkatkan penawaran perkhidmatannya kepada kanak-kanak. Mereka tidak menyangka telah mendapat penyertaan yang sangat memberangsangkan apabila mendapat kembali beratus-ratus borang penyertaan dari kanak-kanak seluruh Malaysia yang berumur antara 7 hingga 12 tahun. Setelah mengkaji dan melalui proses saringan dari 6 panel hakim, seramai 16 peserta telah disenarai pendek. Mereka ditemuramah oleh panel hakim dan akhirnya 10 kanak-kanak dipilih untuk membentuk Lembaga Penasihat Thistle Kids In Charge pertama tahun ini.

Inilah 10 orang Lembaga Penasihat Thistle Kids In Charge. Mereka terdiri daripada :-
dari kiri atas
1. Chong Yung Xian - 9 tahun (SJKC Kwong Hon)
2. Tan Kah Hong - 12 tahun (SJKC Pin Hwa 1)
3. Christopher Nantha - 12 tahun (SJI International KL)
4. Fong Jin, Louis - 11 tahun (SJKC Lai Chee)
5. Adam Mrani - 12 tahun (SK Seri Mega Kuala Lumpur)
6. Anitej Palur - 8 tahun (ELC International School)
dari kiri bawah
7. Ng Zhang En - 9 tahun (Home Schooled)
8. Nur Jannah Lee - 8 tahun (SJKC Subang)
9. Ella Morris - 8 tahun (Alice Smith School Kuala Lumpur)
10. Aisyah Batrisyia - 12 tahun (SK Bukit Jelutong Shah Alam)

Kesemua 10 orang Ahli Lembaga Penasihat ini menerima 4 kali 3D/2N untuk keluarga (4 orang) di Thistle Port Dickson Resort sepanjang mesyuarat lembaga berlangsung. Selain itu, mereka juga menerima kelengkapan Lembaga Penasihat Kids In Charge yang terdiri daripada satu Apple iPad Mini, fail perniagaan dan buku nota, satu Thistle blazer yang ditempah khas, kemeja-T Thistle dan sehelai tali leher disamping beberapa cenderahati lain.


Mereka telah melalui 2 mesyuarat sebelum ini dan Sabtu lepas merupakan mesyuarat Lembaga Penasihat Kids In Charge #3. DN berpeluang melihat mereka bermesyuarat dan DN sangat kagum menyaksikan kesungguhan dan maklumbalas yang diberikan di kalangan mereka. Tidak disangka dalam usia semuda mereka, mereka mampu memberi pendapat, menyampaikannya dan menjawab segala soalan yang diajukan dengan baik.

Setiap seorang daripada mereka perlu memberikan pendapat untuk meningkatkan perkhidmatan kanak-kanak di Thistle Port Dickson Resort ini mengikut tugasan yang diberikan. Pada mesyuarat Lembaga Penasihat Kids In Charge #3 baru-baru ini, mereka perlu memilih 3 pendapat yang mereka rasakan terbaik di antara semua pendapat yang dibentangkan sebelum ini di mesyuarat #1, #2 dan #3. Pemilihan pendapat tersebut adalah mengikut kategori berikut :-
1. Arrival
2. Pool
3. Dining / Food
4. Outdoor Fun
5. Evening / Night
6. Family
7. Activities / Sport
8. Educational
9. Health Safety

Setelah Lembaga Penasihat Kids In Charge memilih 3 pendapat mereka yang ingin diketengahkan, mereka perlu membentangkannya kepada panel hakim yang terdiri daripada :-
1. John Murphy - General ManagerThistle Port Dickson Resort
2. Irene Wong - PA to GM Thistle Port Dickson Resort
3. Elsy Tan - Senior Brand Director GO Communication

Ketiga-tiga panel hakim berbincang dan memilih hanya 1 sahaja pendapat terbaik di antara 3 pendapat yang diberikan oleh setiap Lembaga Penasihat untuk dibentangkan pada mesyuarat Lembaga Penasihat Kids In Charge #4. Mesyuarat ke-4 nanti merupakan mesyuarat terakhir dan penentuan idea siapakah yang dianggap kreatif dan munasabah untuk dilaksanakan di Thistle Port Dickson Resort ini. Setelah melalui 4 mesyuarat, seorang Lembaga Penasihat dengan paling banyak konsep kreatif dan persembahan terbaik keseluruhan akan menerima hadiah utama berikut :-
- 6D / 5N di Thistle London untuk sebuah keluarga (empat orang)
- penerbangan balik Sri Lankan Airlines

Selesai mesyuarat, mereka kembali seperti kanak-kanak normal lain. Ceria, manja dan mesra dengan rakan-rakan lain. Walaubagaimanapun, mereka sebenarnya menggalas tanggungjawab besar untuk membentangkan dan mengolah idea yang telah dipilih pada mesyuarat akan datang. Siapakah antara mereka yang akan berjaya memenangi hadiah utama ke Thistle London? Sama-sama kita nantikan mesyuarat akhir yang akan diadakan pada bulan Disember ini.

Selamat maju jaya DN ingin ucapkan kepada semua Lembaga Penasihat Kids In Charge. Buat yang terbaik nanti. Anda sememangnya terbaik dikalangan yang terbaik. Good Luck!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. Bayangkan kalau dekat Samudera, bebudak ini pun ada sama...


    gamaknya dorang mesti ingat DN sebaya dorang he...23x

    ReplyDelete
  2. bagusnya kecik2 dah dapat pendedahan macam ni.semoga berjaya sehingga ke dewasa.

    ReplyDelete
  3. ada program rupanya... ingatkan memang dapat relaks santai je... hehehehe

    ReplyDelete
  4. hebat mereka semua ni...bukan senang nak jumpa...self confidence kena tinggi...caya lah..:D

    ReplyDelete
  5. @Salma Tayo Betul tu... Peluang sebegini tidak dtg selalu & mereka menggunakan peluang ini sebaiknya...

    ReplyDelete
  6. @hazman aka species1980 program separuh hari je.. & sgt best program ini.. :)

    ReplyDelete
  7. @Ezad Skytech betul tu... DN pun kagum dgn mereks...

    ReplyDelete
  8. He...23x Kalau la Samudera nak ambil dorang kerja kan...

    Yang muda sangat nie pun susah nak jaga... sekejab meeting sana kejab meeting sini.

    kalau tambah lagi.. mahu haru..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^