Thistle Port Dickson Resort

 Thistle Hotel mempunyai 34 hotel di UK. 11 hotel terletak di kotaraya London menjadikan hotel ini adalah kumpulan hotel yang mempunyai bilangan bilik terbesar di kota London. Thistle Hotel & Resort di Malaysia adalah milik GuocoLand (Malaysia) Berhad, yang merupakan salah satu anak syarikat Hong Leong Group.
Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai Thistle Port Dickson Resort ini, jom kita saksikan video di bawah. Tahukah anda bahawa jika anda menempah bilik disini, anda akan menikmati segala kemudahan yang disediakan secara percuma? Apakah kemudahan yang ada di sini? Seronok ke? Berbaloi atau tidak dengan apa yang anda bayar? DN akan kongsikan pengalaman DN selama 3 hari 2 malam di sini dengan semua.

Thistle Port Dickson Resort menawarkan 251 buah bilik dengan keluasan bilik bermula 41.5m² untuk bilik Superior Twin dan Superior King. Setiap bilik mempunyai balkoni sama ada mengadap kolam mandi / pantai atau padang golf 9 lubang. Bilik-bilik lain yang ditawarkan di sini adalah Deluxe Queen, Deluxe King, Premium Suite dan Presidential Suite. Kesemua gambar bilik tersebut boleh dilihat di dalam video yang dikongsikan di atas.
 
 Semasa berada di Thistle Port Dickson Resort ini, DN telah ditempatkan di bilik Deluxe Twin. Buka sahaja pintu bilik, terdapat almari pakaian di sebelah kiri. Laluan untuk ke ruang kamar terdapat tempat untuk meletakkan bag yang berhadapan dengan pintu ke bilik mandi. Apabila menuju ke ruang kamar, 2 katil queen yang telah disatukan berada di sebelah kanan. Tilam yang sangat empuk dengan bantal yang lembut memang membuatkan mereka yang tidur pasti lena dengan mimpi yang indah. Berhadapan dengan katil terdapat LCD TV dengan pelbagai chanel. Walaubagaimanapun, semasa DN ke sini, Chanel Astro masih tidak semua boleh digunakan. Di sebelah kiri LCD TV pula tersedia pantry dengan peti sejuk kecil di dalam almari bawah pantry manakala sebelah kanan pula terdapat meja solek.
 Meja solek yang luas boleh digunakan sebagai ruang kerja juga. Di tepi tingkap terdapat sofa yang juga boleh digunakan sebagai tempat pembaringan. Di siling atas sofa ini terdapat arah kiblat. Ayuh kita menjenguk apa yang ada di dalam almari. Sangat mengejutkan apabila terdapat sejadah dan tafsir Al-Qur'an di almari dan diletakkan di bahagian atas sekali. Selain itu, terdapat peti keselamatan, ubat nyamuk elektronik, penyidai pakaian dan selipar kerana bilik ini tidak bercarpet.
 Selesai di almari, kita menjengah ke bilik mandi pula. Cermin yang besar dengan ruang tempat meletak tuala dan barang berasingan sangat menyenangkan. Oleh itu, barang keperluan basah boleh diletakkan di ruang basin manakala barang keperluan kering boleh disusun di rak tersebut. Selain itu, pengering rambut juga disediakan di dalam bilik mandi ini. Bilik mandi shower ditutup dengan pintu kaca berasingan dengan tandas. DN suka dengan susunatur yang selesa, kemas dan sistematik ini.
 Jom kita ke balkoni pula. Buka sahaja pintu sliding balkoni, terdapat kerusi dan meja kecil mengadap ke kolam renang. Seronoknya bila mendapat bilik mengadap kolam renang ini. Boleh duduk di kerusi sambil minum kopi dan melihat gelagat mereka mandi-manda di kolam renang bersama keluarga. Harga bilik yang DN menginap ini berharga RM571.34. Harga berubah mengikut promosi dan sila rujuk laman web Thistle Port Dickson Resort untuk mengetahui harga semasa bilik.
Selesai di bilik, DN telah dibawa melihat-lihat sekitar hotel ini. Tempat pertama yang DN kunjungi adalah restoran. Di Thistle Port Dickson Resort ini terdapat 5 buah restoran dan tempat makan seperti berikut :-
1. Fresh - Tempat makan buffet untuk breakfast, makan tengah hari dan makan malam dengan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa.
2. Glass - Menghidangkan makanan Itali dengan ruang makan terbuka dan tertutup. Ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad. Makan malam dari 6.30 pm hingga 10.30 pm manakala makan tengah hari hanya boleh didapati dari 12.00 tengah hari hingga 2.30 pm pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad.
3. Steps -Terletak berhampiran lobi utama, sangat sesuai untuk bersantai dan berbual bersama teman-teman. Disini menyediakan minuman seperti teh,kopi dan wain serta pelbagai jenis kuih muih, kek dan pastri. Pada waktu malam, suasana di sini lebih tenang dengan alunan muzik dari pemain piano sambil menikmati koktel kegemaran anda dengan berlatarbelakangkan kilauan cahaya lampu di tepi kolam.
4. Chinoise - Merupakan tempat makan yang menghidangkan makanan Kantonis dan Szechuan dengan tradisi Cina. Ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 6.30 pm hingga 10.30 pm manakala makan tengah hari hanya boleh didapati dari 12.00 tengah hari hingga 2.30 pm pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad.
5. Cumulus -Tempat makan yang santai mengadap laut seperti gambar di bawah. Ia lebih terbuka dan terdapat kolam renang peribadi jika mahu makan sambil bermandi manda di kolam renang.
Selesai melihat tempat-tempat makan yang terdapat di sini, DN diperkenalkan dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan di sini. Aktiviti di sini adalah percuma untuk semua pengunjung yang menginap di sini. DN berpeluang melakukan beberapa aktiviti di sini dan DN sangat menyukainya.
Tawaran yang disediakan di Thistle Port Dickson Resort setakat ini adalah seperti berikut :-
- Sukan Air (Jet ski, Banana Boat)
- Kemudahan rekreasi (Fish Feeding, Snorkeling)
- Wi-Fi percuma
- Akses kepada Pesta Family di kawasan laman
- Permainan Interaktif
- Tenis
- Golf
- Wayang Gambar
- Cabaran Keluarga Thistle
- Karaoke
- Pingpong
- Boules & Kroket
- Catur besar & Permainan Dam
- Ular Besar & Permainan Tangga-tangga

Pasti berbaloi dengan penginapan di sini apabila pelbagai aktiviti dapat dilakukan dengan percuma. Keseluruhannya DN berpuas hati dengan perkhidmatan dan tawaran yang diberikan di sini. Jika berminat untuk mengunjungi Thistle Port Dickson Resort, boleh hubungi mereka seperti berikut :-

KM 16, Jalan Pantai, Teluk Kemang
71050 Sri Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606 648 2828
Fax: + 606 6482868
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. Lengkap. .! Rindu thistle... ngahaha tapi mmg holiday kat thistle sangat puas hati... sangat sangat..

    ReplyDelete
  2. OMG DN..!!!

    Kie xberpeluang lagi... last 2009 ada event show menari kat sini.. haha tapi x dpt sponsored pun stay sana...

    Cuma berkesempatan jejak sana dan tinjau..

    In Shaa Allah.. one fine day... sbb Jet Ski tu fav water sport kikie.. hahah rasanya nak stay sana sbb tu je lah kowt...

    ReplyDelete
  3. Owwhh..kiranya bilik nie POOL VIEW laaa...tengok keadaan dan suasana memang sesuai la nak berehat atau holiday secara private la kan

    ReplyDelete
  4. berbaloi dengan harga biliknya...semuanya lengkap..interior design bilik pun cantik dan nampak selesa je..:D

    ReplyDelete
  5. Macam best je tempat dia :) kalau pegi PD boleh duk sini nih :)

    ReplyDelete
  6. @Montana mmg best! lagi2 bila free.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  7. @Nuriesya Nadia hahaha... mmg best pun. honeymoon kat sini pun ok.. ;P

    ReplyDelete
  8. @Zulqarnain Abu Hassan insyaallah peluang itu akan dtg... sabar ye... pasti kiki enjoy sepanjang berada di sana nanti.. :)

    ReplyDelete
  9. @hazman aka species1980 betul tu.. pantai pun private & paling besr wifi boleh dpt smpai laut tu... terbaik!

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech serba-serbi almost perfect! two thumbs up! :)

    ReplyDelete
  11. @fizafantagirO mmg best! dtg la ke sini bila turun pd.. :)

    ReplyDelete
  12. memang best kalau dapat bercuti dan menginap bersama keluarga di sini.

    juga sesuai untuk berbulan madu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^