5footway.inn Project Bugis Singapore

 Hi! Hari ini DN sambung cerita Singapore DN. Seperti dijanjikan, DN akan kongsikan tempat penginapan DN semasa berada di Singapore.
 Nak kata hotel, memang jauh sekali tetapi tempat ini sangat selesa untuk backpackers seperti DN. Ia dikenali sebagai 5footway.inn Project Bugis. Maklumat tempat ini adalah seperti berikut :-
5footway.inn Project Bugis
8, Aliwal Street,
199901 Singapore
No. Tel : 62955458

 Terdapat pelbagai jenis bilik disediakan di 5footway.inn Project Bugis ini. Lebih daripada 10 jenis bilik jika merujuk kepada booking.com. Kenapa rujuk kepada booking.com? Sebab DN pun tempah bilik di sana. Booking dahulu, bayar kemudian. 
DN memilih Single Bed in Female Quadruple Dormitory Room yang berharga SGD32 (~RM80). Jadi, semua di dalam bilik ini adalah perempuan. Bilik ini mempunyai 2 katil double decker, maka satu bilik 4 orang. Semasa DN berada di sini, DN berkongsi bilik dengan seorang foreigner perempuan dari Australia. Lagi dua katil tidak berpenghuni. Kemudahan yang disediakan di bilik ini selain daripada katil seperti gambar di atas adalah lampu di katil, soket dan locker untuk meletak barang. Toilet di mana? Haaa... Toilet di luar dan berkongsi dengan semua pengunjung perempuan lain. Bilik yang DN menginap berada di tingkat 3, toilet perempuan di tingkat 2. Tidak menjadi halangan bagi DN kerana toilet di sini bersih dan kemas.

Jika memilih Single Bed in Standard Quadruple Dormitory Room, harganya hanya SGD20 (~RM50). Bezanya bilik ini bercampur lelaki dan perempuan. Tidak sesuai untuk orang seperti DN maka, lebih baik membayar harga katil lebih sedikit. Apa yang penting tidak bercampur. Lebih selesa dan selamat. Harga ini belum termasuk 10% surcharge tau.
 
 Apabila menginap di sini, segala kemudahan dapat digunakan. Selain daripada wifi percuma, pantry ini boleh digunakan setiap masa untuk membuat air dan membasuh baju. Peti ais juga disediakan jika membawa sebarang makanan untuk disimpan di dalam peti ais. Yang penting, tandakan makanan tersebut supaya tidak tertukar atau terambil oleh pengunjung lain yang berada di sini.
 Ada juga ruang untuk menonton TV, membaca buku atau menggunakan komputer yang disediakan di tingkat bawah sekali berhampiran dengan kaunter pendaftaran. Selain itu, di sini juga disediakan perkhidmatan untuk meletak bag jika kita bercadang untuk bersiar-siar di Singapore tetapi hendak check-out lebih awal. Tidak perlulah membawa/galas bag besar ke mana-mana. Nak balik boleh ambil di sini kemudian. Bag tersebut akan ditandakan dan disimpan di stor penyimpanan bag yang disediakan di sini.

Puas hati bukan dengan segala kemudahan di sini? Walaupun ianya tidaklah selesa seperti di hotel tetapi tetap selesa kerana setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, bersih dan kemas. Pasti DN akan kembali lagi satu hari nanti.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. Cukup memuaskan entry ni informasi lengkap...

    dan kie rasa xjauh juga kalau hendak ke bandar kan?

    one fine day kie ke sana, mesti check in kat sini...

    In Shaa Allah..

    tQ DN...

    ReplyDelete
  2. Oh patut la DN xnak amik RM50 sama dengan Pak Lan.. Tak selesa dengan Pak Lan he..23x

    Tpi macam best je.. Memang best.. WiFi laju x?

    ReplyDelete
  3. @Zulqarnain Abu Hassan owh, lupa nak beritahu. nak ke MRT dlm 15minit berjalan kaki.. Berdekatan dengan Arab street di mana banyak terdapat makanan halal di sini.. :)

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone wifi paklan kata xlaju.. tp DN rasa laju je... hihihi...

    ReplyDelete
  5. tempat macam nie mesti pilihan golongan backpackers kan.... tapi bila ada WIFI tu dah kira best la

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Padang Bukittinggi dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke Padang Bukittinggi untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke bumi Padang sehinggalah anda meninggalkan bumi Minang.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp)
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info tentang Padang Bukittinggi:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. @aziman omar thanks singgah di sini... :)

    InsyaAllah satu hari nanti... ^_^

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^