Bermula Catatan Kembara ke Kemboja

Bismillahirrahmanirrahim...
Selepas 6 hari 5 malam terlibat dengan Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah dengan tema 'Blogger Mengemban Tanggungjawab Sosial' ke Phnom Penh, Siem Reap dan Ho Chi Minh City (Saigon), DN akan memulakan catatan perjalanan, pengalaman dan pelbagai kisah menarik serta terkesan di hati untuk dikongsi bersama pembaca. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan sedikit sebanyak dapat menyelami apa yang DN lihat serta rasa sepanjang kembara ini.
Perjalanan bermula pada 18 Disember 2013 yang lalu pada jam 9.25 pagi ke Phnom Penh dengan menaiki penerbangan MAS MH0754. Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 50 minit tidak terasa lama kerana terdapat hiburan yang boleh ditonton sepanjang perjalanan ke sana di samping sarapan pagi di dalam penerbangan ini. Sebelum sampai ke destinasi, kad ketibaan / pelepasan perlu diisi terlebih dahulu.

 Selamat datang ke Kemboja!
DN tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh sekitar jam 10.15 pagi (waktu Kemboja). Sela masa antara Malaysia dengan Cambodia adalah lewat 1 jam. Jika Cambodia 10.15 pagi, Malaysia sudah jam 11.15 pagi.

Kesemua 11 orang yang terlibat dengan kembara ini telah dijemput oleh pihak Cambodian Muslim Cooperatives (CMC). CMC merupakan satu badan bebas dan tidak bersifat politik yang ditubuhkan bertujuan untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan kemanusiaan seperti kerja-kerja amal, bantuan kepada mereka yang memerlukan, mereka yang terlibat dengan bencana alam dan banyak lagi. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 2009 bagi memenuhi keperluan golongan minoriti Islam di Cambodia ini. Dianggarkan mereka yang beragama Islam hanya 6% dari keseluruhan penduduk Cambodia yang mempunyai seramai sekitar 15 juta orang.

Inilah kesemua blogger dan sahabat Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah. Setelah selesai memasukkan segala bag yang dibawa, kami dalam perjalanan menuju ke penginapan kami.

Semasa dalam perjalanan, kelihatan jalan sesak dengan pelbagai kenderaan. Jangan terkejut apabila basikal juga turut berada di atas jalan raya dan terlibat dengan kesesakan lalu lintas ini. Mereka kebanyakannya membawa kenderaan tanpa memakai topi keledar. Ia bukan satu kesalahan di sini. Apabila di simpang jalan pula, kelihatan kenderaan bersimpang siur. Mereka di sini mengamalkan sikap toleransi ketika membawa kenderaan, oleh itu tidak banyak kemalangan dapat dilihat disini.


Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya tidak tinggi. Sekitar 2-4 tingkat. Walau bagaimanapun, terdapat juga bangunan tinggi tetapi tidak sebanyak di Kuala Lumpur. Kemajuan di sini sangat jauh ketinggalan dengan pembangunan yang telah kita kecapi di Malaysia. Kenderaan pula kebanyakannya menggunakan pacuan empat roda. Keadaan jalan raya di sini yang tidak lancar mungkin menyebabkan kenderaan tersebut banyak digunakan di sini. Selain itu, terdapat juga motor teksi untuk membawa penumpang. Jika kelihatan pembonceng tidak memakai topi keledar tetapi yang membawa motor memakai topi keledar, mereka sebenarnya membonceng penumpang dibelakangnya.

Tuk-tuk juga digunakan di sini. Selain tuk-tuk, terdapat juga kenderaan seperti tuk-tuk yang boleh muat lebih 10 orang. DN tidak sempat mengambil gambar kenderaan tersebut. Yang pasti tempat duduknya hanya beralaskan papan dan lebih panjang dari tuk-tuk. Papan tanda di sini kebanyakannya mempunyai dua bahasa. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk memahami tanda arah jika ingin ke sesuatu tempat. Di kiri-kanan jalan raya juga terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman.

 Selepas perjalanan kurang dari 2 jam, sampailah kami ke tempat penginapan kami. Holiday Villa Hotel Phnom Penh yang merupakan salah satu rangkaian hotel dimiliki oleh Hamzah Datuk Azman Shah.

Cukuplah setakat ini dahulu. DN akan berkongsi lagi dengan semua tentang aktiviti yang DN lakukan sepanjang di sini, perjalanan yang mencabar, hotel yang DN kunjungi, tempat-tempat menarik dan banyak lagi. Teruskan membaca tanpa jemu kerana banyak lagi yang DN ingin kongsikan dengan semua. Terima kasih kepada saudara Denaihati kerana memberi peluang kepada DN untuk turut serta di dalam kembara Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah ini. Jumpa lagi nanti...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. Tak sabar untuk baca cerita seterusnya

    ReplyDelete
  2. Masih terngiang hari pertama touchdown di Kemboja..

    ReplyDelete
  3. Alaaa.... aritu masa hantar DN kat airport terlupa pulak nak amik gambar berdua...hehehe....btw semoga gigih dan update kisah travel kali nie yea...

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980 itu lah abg man.. DN pun lupa.. huhu...

    Insya Allah DN akan berusaha dgn gigih utk bercerita pengalaman DN di sana

    ReplyDelete
  5. Jauh perjalanan luaskan pandangan kata orang tua-tua. :-)

    ReplyDelete
  6. Syoknya berjalan ke sana. Tak sabar nak tunggu sambungan cerita dan pengalaman kat sana. Ambil gambar yang best-best OK!

    ReplyDelete
  7. @akubiomed Betul tu... Syukur alhamdulillah DN diberi peluang melihat negara orang.. :)

    ReplyDelete
  8. @Mohd Shubhi insyaAllah... DN cuba berkongsi pengalaman dan gambar2 di sana semampu DN.. :)

    ReplyDelete
  9. selamba je tak pakai topi keledar kat sana kan DN...kat sini tak boleh tak pakai topi keledar...kena saman satu hal...lagi satu, bahaya kot kalau tak pakai topi keledar...kenderaan kat Malaysia ni da la terlampau banyak...setakat pusing2 kawasan dalam taman perumahan boleh la kan tak pakai topi keledar..hee

    ReplyDelete
  10. Hurmmm macam bandung juga lah ya dari segi pembangunan dan jalan raya nya...

    ReplyDelete
  11. @Ezad Skytechkt sini sikat toleransi tiada ketika memandu.. sbb tu byk eksiden...

    ReplyDelete
  12. @Zulqarnain Abu Hassan bandung lg maju dr cambodia kiki.. DN akan berkongsi lg nanti.. :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dn.. nak pergi gak! huwaaaa

    ReplyDelete
  14. @Sheila Salim hee... ada rezeki sheila pergi lah nanti... :)

    ReplyDelete
  15. huhu..jalan raya kat sana memang sesak nampaknya. lagi menguji kesabaran memandu kat sana berbanding di sini

    ReplyDelete
  16. @Blogger Babyface betul tu... kalau disuruh memandu di sana, DN surrender dulu. hee...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^