Bersiar-siar di Marina Bay dan Merlion Park Singapore

Sebelum keluar dari Singapore, DN sempat lagi bersiar-siar di Marina Bay dan Merlion Park. Selepas bersarapan pagi, DN mengambil MRT di Bugis untuk menuju ke Bayfront.
Bugis - City Hall (tukar train) - Marina Bay (tukar train) - Bayfront
Selesai tangkap gambar, DN berhasrat untuk ke Merlion Park pula. Dari jauh boleh nampak singa tetapi untuk berjalan ke sana sangat jauh. Maka, DN turun di Esplanade.
Bayfront - Promenade (tukar train) - Esplanade
Untuk menuju ke Merlion Park selepas turun di MRT Station Esplanade, DN perlu melalui jalan di shopping mall. Kelihatan pelbagai gambar yang menarik perhatian semasa DN berjalan menuju ke sana. Kebetulan semasa DN ke sini, sedang berlangsungnya Kalaa Utsavam Indian Festival of Arts dari 15 - 24 November 2013. Maka, pelbagai gambar tarian India kelihatan di sini. Memang tidak berasa jemu berjalan di sini dan tidak panas langsung. Cuma untuk ke Merlion Park perlu keluar dari shopping complex dan mengharungi cuaca Singapore yang sangat panas.
Dalam perjalanan menuju ke Merlion Park, dapatlah DN mengambil gambar ini dari atas jambatan. Hmm... Gambar di waktu malam pasti cantik kan. Malangnya DN terlupa membawa EZLink Card malam sebelumnya. Jadi, gagal misi DN untuk melihat suasana Marina Bay di waktu malam. Kena datang lagi ni. Heee....
Selepas 5 minit berjalan dengan berpayung untuk menahan terik matahari, sampailah DN di Merlion Park ini.
Misi terlaksana untuk menangkap gambar singa ini yang menjadi lambang kebanggaan Singapore. Di bawah jambatan terdapat Starbucks maka DN menghabiskan masa merehatkan diri dan membasahkan tekak sebelum pulang kembali ke shopping complex yang DN lalui tadi.

Apa yang DN dapat pelajari semasa ke sini adalah, turun di City Hall Station MRT lagi dekat untuk ke sini berbanding Esplanade. Lebih jimat $$$ dan masa. Ini kerana semasa pulang, DN naik MRT dari City Hall. Hanya satu station, DN sudah kembali ke Station MRT Bugis. Apapun, terima kasih kepada yang membantu menunjukkan jalan kepada DN walaupun jauh... :)

Selesai cerita DN di Singapore. DN akan berkongsi cerita travelog DN ke Ho Chi Minh City pula selepas ini. Teruskan membaca dan komen di sini kepada yang sudi. :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. Welcome home back to Malaysia DN hehehe...

    whoaa SG banyak betul pertukaran train ya...

    kalau backpack lone ranger sesat kowt kikie hehehe..

    tapi macam best je....

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar DN.. oh lupa, ada orang amik kan gambar rupanya...

    ReplyDelete
  3. @Zulqarnain Abu Hassan hee.. xde sesat lah kikie... kalau tahu xde jauh pun sbnrnya. apapun, belajar dari pengalaman.. :)

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone xde jugak.. camera mahal, mana nk tangkap gambar DN yg xcantik ni bro. hee... :p

    ReplyDelete
  5. untuk post entry nie mata lebih leka tengok gambar DN yang first tu

    ReplyDelete
  6. seronok dapat ke Singapura..kak alin belum ada rezeki nak ke sana

    ReplyDelete
  7. @Alin Marlini insyaAllah satu hari nanti akan ada peluang ke sana.. :)

    ReplyDelete
  8. Saya belum pernah sampai Singapore huhu

    ReplyDelete
  9. @Malaysia Tercinta ada peluang dan rezeki, dtg la ke sini.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^