Maaf, kesibukan atas urusan kerja menyebabkan entry travelog DN ke Ho Chi Minh City tertangguh. Hari ini DN akan sambung ceritera DN semasa di sana. Terima kasih kepada yang sudi menanti dan membaca.
Apabila malam menjelma, DN berjalan kaki menuju ke Golden Dragon Water
Puppet Theatre yang mengambil masa 15 minit perjalanan. Walaupun jam
baru menunjukkan pukul 6 petang, suasana di sini sudah gelap. Berpeluh
juga berjalan kaki tetapi laluan pejalan kaki yang lebar menyebabkan DN
tidak risau dengan kenderaan yang lalu lalang kecuali ketika hendak
melintas jalan.
Ramai kan orang datang menyaksikan Golden Dragon Water Puppet ini. Water Puppet Show ini boleh ditonton setiap hari dan dimainkan pada jam 5.00pm, 6.30pm dan 7.45pm. Jangkamasa persembahan ini adalah 50 minit. DN memilih 6.30pm untuk menyaksikan persembahan ini. Harga tiket adalah 150.000dong (~RM22.50) untuk seorang. Jika bercadang untuk menyaksikan persembahan tersebut, boleh rujuk maklumat berikut :-
THAI DUONG THEATER & ART CO., LTD.
43, No8, Ward 16, Go Vap Dist., HCM City, Vietnam
www.thaiduongtheatre.com
43, No8, Ward 16, Go Vap Dist., HCM City, Vietnam
www.thaiduongtheatre.com
E-mail: thaiduongtheatre@gmail.com
Tel: 84-8-827 2653
Tel: 84-8-827 2653
Cell: 0903 927 170 (Director Huynh Anh Tuan)
Menariknya tentang Golden Dragon Water Puppet Theater ini adalah puppet ini dimainkan di dalam air. Ia diiringi dengan alunan muzik dari alat tradisional Vietnam dengan suara yang berbeza-beza dari pemain alat muzik itu sendiri mengikut puppet yang sedang beraksi ketika itu. Cuma disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Vietnam, DN tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka. DN hanya membuat telahan sendiri dengan melihat aksi yang dilakukan oleh puppet tersebut.
Orang kata, tidak lengkap jika tidak menyaksikan Water Puppet Theater jika ke Vietnam. Maka, DN mengambil peluang masa yang tidak berapa nak banyak semasa di Ho Chi Minh City ini untuk menyaksikannya. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Bila orang bercerita, DN sudah menyaksikannya dengan mata sendiri dan merasai sendiri alunan muzik dan suara yang dimainkan oleh mereka. Amat mengasyikkan.
Mereka bermain puppet ini dengan penuh kegembiraan. DN merasakannya dari gelak ketawa dan interaksi antara setiap pemuzik dengan puppet yang sedang beraksi di dalam air tersebut. Pencahayaan lampu dan warna turut menarik mata untuk melihat mereka beraksi. Kanak-kanak paling gembira apabila melihat patung sedang bermain air. Ini dapat dibuktikan apabila DN sentiasa mendengar kanak-kanak ketawa sepanjang acara ini berlangsung.
Durasi masa 50 minit terasa sekejap sahaja berlalu. Walaupun DN tidak memahami bahasa yang disampaikan, dari pemerhatian DN, mereka cuba menerangkan kepada kita cara hidup penduduk Vietnam di kampung yang bercucuk tanam sebagai punca rezeki dan Sungai Mekong sebagai laluan utama penduduk di sini.
Inilah barisan pemain puppet yang berusaha menghiburkan pengunjung yang datang termasuk DN. Memang mereka betul-betul berada di dalam air. Basah kuyup bila keluar ke permukaan air. Air yang bewarna coklat menyebabkan kita tidak dapat menyaksikan mereka di dalam air tersebut.
Tips : Kalau agak-agak tidak mahu terkena percik air, jangan duduk depan-depan ye. Hehehe... :p
Tema malam tu Banjir xtually DN lol...
ReplyDeleteNanti jumpa kie nak dgr DN nyanyikan puppet punya rythym ni... dah kata DN asyik selama 50 minit kekeke...
Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
Deletedan terima kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
berikan Toto 4D (((7029 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya menang togel 237
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
INFO TOGEL KLIK DISINI
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747
INFO PESUGIHAN KLIK DISINI
angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Macam best jer show tu
ReplyDeletepernah g vietnam tp tempat ni xpernah sampai lg..
ReplyDeletehttp://norfaezah-zakaria.blogspot.com/
comel jee... water puppet tu yea...btw sian gak tengok DN gigih keje kat site
ReplyDelete@Zulqarnain Abu Hassan betul lah kiki... xelok main banjir kan.. hee...
ReplyDeleteDN xmampu nak buat suara nyaring mcm tu.. dengar boleh la.. :p
@Malaysia Tercinta kalau faham apa yg diperkatakan mesti lg best.. :)
ReplyDelete@FnF Centre owh, kena pegi lg skali tu. heee... ;)
ReplyDelete@hazman aka species1980 itu lh.. rasa nk amik bawa balik je tau..
ReplyDeletenak camne.. tanggungjawab kena laksanakan sebaik mungkin walaupun penat.. :)
klu wayang kulit pernah la tengok
ReplyDeleteklu puppet ni belum pernah
syok je tengok gambar, cam real tengok ada air bagai
@penaberkala lebih syok kalau faham apa puppet itu borakkan.. hee...
ReplyDeletesekarang ni teringin pulak nak pergi ke Ho Chi Minh ni...nak tengok benda ni..macam menarik je..hee
ReplyDelete@Ezad Skytech hahaha... ada benda lain yg menarik selain drpd shopping ezad.. lepas ni kena pegi sendiri la nampaknya.. :D
ReplyDelete