Holiday Villa Hotel Phnom Penh Cambodia

Semasa di Phnom Penh, DN telah menginap di Holiday Villa Hotel. Hotel ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang dimiliki oleh warganegara Malaysia. Oleh itu, tidak ada sebarang masalah untuk makan di sini dan switch socket outlet (S/S/O) disini merupakan plug 3 pin. Siap ada sticker SIRIM lagi sebagai bukti S/S/O ini dibawa khas dari Malaysia maka, tidak perlu menggunakan adapter semasa di sini. 
Holiday Villa Hotel Phnom Penh
89 Monivong Boulevard, Sangkat Monorom Khan, 7 Makara,
Phnom Penh, The Royal Kingdom of Cambodia.
(Postal Address: P.O. Box 2208, Phnom Penh 3, Cambodia)
Tel: (855-23) 990 888
Fax: (855-23) 990 999
Email : monoromsales@camnet.com.kh
DN ditempatkan di bilik Superior Twin yang berharga RM108.92 semalam. Bilik yang mempunyai 2 katil ini turut dilengkapi dengan meja kecil di sisi katil serta ruang untuk santai yang mempunyai meja kecil serta 2 buah kerusi.
Berhadapan dengan katil tersebut terdapat meja solek, pantry di sebelah kanan meja solek dengan peti ais mini di bawahnya serta meja yang diletakkan dengan LCD TV di sebelah kiri meja solek. Arah kiblat diletakkan di dalam laci meja solek tersebut.
Berhampiran dengan pintu masuk, terdapat almari pakaian yang dilengkapi dengan penyangkut baju, peti keselamatan serta selipar.
Bilik air pula dilengkapi dengan basin yang mempunyai ruang meletak barang mandi disekelilingnya. Bersebelahan dengan basin adalah bath tub dengan tabir putih manakala berhadapan dengan bath tub terdapat tandas. Penyidai tuala diletakkan di atas tandas tersebut.

Inilah serba ringkas mengenai bilik yang DN duduki semasa berada di Phnom Penh, Cambodia. Free wifi hanya di lobby hotel sahaja. Jika ingin menggunakan wifi di dalam bilik, perlu membayar USD5 di reception counter.

Lokasi boleh merujuk http://www.holidayvillaphnompenh.com/googlemap.htm. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh ke website Holiday Villa Hotel Phnom Penh.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. murah betul kadar sewa bilik kat hotel ni...tapi still boleh tahan juga la kan...kalau kat Malaysia ni mungkin 2-3 kali ganda da harganya kan...hee

    ReplyDelete
  2. Simple dan padat penerangan review DN..

    kie teruja dan gemar baca review hotel dari DN...

    kie sekarang tengah belajar wat review travel... DN skunk dah jadi kie punya ikon selain Bro dan Paklan...

    ReplyDelete
  3. @Ezad Skytech itu lah.. terkejut gak DN bila tgk harga... Hotel ini menjadi pilihan warga Malaysia jika ke Phnom Penh..

    ReplyDelete
  4. @Zulqarnain Abu Hassan hihihi.. malu DN.. thanks kiki.. DN berkongsi sekadar apa yg DN mampu.. yg baik, jadikan contoh.. yg xbaik jgn tiru ye... ^_^

    ReplyDelete
  5. Kalau tengokkan gambar-gambar di atas, harga tu sangat-sangat berpatutan.

    ReplyDelete
  6. Memang berbaloi la dapat tidor kat bilik dengan rate macam nie...jimat skit kos penginapan

    ReplyDelete
  7. Tidak perlu risau sangat bab makan sebab tentu ada tukang masak dari Malaysia.

    ReplyDelete
  8. @hazman aka species1980 DN pun xsangka harga bilik camni... :) mmg jimat kan...

    ReplyDelete
  9. @akubiomed tukang masak DN xpergi tgk la pula.. Tp makanan di hotel ini tiada masalah utk dimakan.. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dn.. lawa gak hotelnnya. depa guna dollar kan?

    ReplyDelete
  11. @Sheila Salim w'salam... kt sini guna mmg semuanya guna dollar... :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum DN...murah juga harganya...tapi teringin nak pi...:)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^