Lavender Hotel Ho Chi Minh City


Nampak tak Lavender Hotel sebelah kiri tu? Dekat sahaja dengan Ben Thanh Market kan. Tidak sampai 2 minit jalan kaki dah sampai. Kalau panas, tak sempat nak berpeluh pun. Heee....

Lavender Hotel ini bertaraf 3 bintang. DN mengambil bilik Superior Room yang berharga RM120 semalam. Harga bilik pun tidak mahal, sama harga dengan harga bilik 3 star di Malaysia. Cuma bilik yang DN terima tidak mempunyai tingkap dan agak sempit. Walaubagaimanapun, bilik tersebut masih selesa untuk DN seorang.

Lavender Hotel
208-210 Le Thanh Ton Street, District 1
Ho Chi Minh City, Vietnam.
Tel : 84.8.2.2228888
Fax : 84.8.2.2202121
Email : sales@lavenderhotel.com.vn
Website : www.lavenderhotel.com.vn


Beginilah suasana bilik DN. Berhadapan dengan katil ini terdapat satu meja panjang yang diletakkan dengan LCD TV, pantry, peti ais mini dan tempat meletak kasut. Dari sudut gambar ini diambil pula merupakan almari pakaian.

Apabila buka sahaja bilik mandi, berhadapan dengan pintu masuk terdapat basin dan cermin dengan ruang untuk meletak barang mandi yang agak besar. Di sebelah kanan pintu masuk terdapat tempat mandi shower yang boleh ditutup dengan pintu kaca manakala sebelah kiri pintu masuk adalah tandas.
Keseluruhannya memang nampak kecil sahaja bilik ini tetapi kemudahan seperti wifi percuma, Channel TV yang banyak (75 channel) dan breakfast percuma menjadikan berbaloi untuk menginap disini. Selain itu, terdapat banyak tempat makan halal sekitar hotel ini yang akan DN kongsikan kelak dan paling penting, dekat dengan tempat shopping. DN boleh ke Ben Thanh Market ini setiap hari. Hmmm... Perempuan dan shopping.. Ish3... :p
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. perempuan dan shopping, tiada terpisah,hehehe

    fuuuh, seronok baca blog DN
    asyik travel je ye
    patut la lama dh tak jumpa,hehe

    ReplyDelete
  2. bilik nampak selesa sangat tapi bila ada WIFI itu lagi buat traveler jadi happy

    ReplyDelete
  3. Owwhhh.. dekatlah kalau nak shopping.. hihihi

    ReplyDelete
  4. @penaberkala kan... shopping terapi utk perempuan. heee...

    thanks sudi baca blog DN.. ada rezeki kita jumpa lagi nanti... :)

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 kalau 2 org mungkin agak sempit. ada wifi mmg puas hati.. :)

    ReplyDelete
  6. @Malaysia Tercinta cantik & kemas... mmg berbaloi dgn harga & servis yg diberikan.. :)

    ReplyDelete
  7. erk, takde tingkap ke DN..?

    haa, sekarang ni apa yang penting dalam bilik mesti kena ada WIFI....hee

    ReplyDelete
  8. ezad tak suka sangat bershopping sakan...sebab tu takde mood sangat nak ikut office family trip ke Ho Chi Minh awal bulan Disember hari tu...hee...kalau tak, mesti ezad pun da jejak Ho Chi Minh...hee

    ReplyDelete
  9. @Ezad Skytech most of hotel di sini biliknya mmg tiada tingkap...

    xnak shopping, boleh pegi tempat2 sejarah kt sini ezad.. :)

    ReplyDelete
  10. DN booking hotel dr awal ke mse smp bru pg cek in terus ??

    ReplyDelete
  11. @Nurfatintermizi Termizi dari awal dah booking... risau juga bilik penuh sebab orang Malaysia suka datang ke HCMC.. :)

    ReplyDelete
  12. Wah murah yang amaats kalau rm120 per nite. Check kt booking ni RM559 2malam. Jauhnya beza dulu dan sekarang.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^