Lawak Ke Der 3 Kini Di ESCAPE

4 Disember 2013 baru-baru ini, DN telah diberi peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya bersama rakan blogger yang lain. Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberi peluang kepada kami semua bergelak ketawa menyaksikan pementasan di sini. Lawak Ke Der 3 terdiri daripada Nabil (Hos), Kumpulan Jambu, Douglas Lim dan Harith Iskandar.

Lawak Ke Der 3 akan berlangsung selama 5 hari di Istana Budaya, iaitu sehingga 8 Disember 2013. Sehingga hari ini, DN masih teringat lawak yang berjaya mencuit hati DN. Antaranya ialah :-

Nabil : What did the fox say?
Jambu : Lagu kebangsaan Doraemon
Douglas : Awak artis Aqasha kan?
Harith : Race (Bangsa) itu apa?

Kredit untuk www.utusan.com.my

Baca sahaja memang tiada perasaan kan. Kalau pergi tengok pementasan Lawak Ke Der 3 pasti faham apa yang DN maksudkan di atas. Memang rugi siapa yang tidak dapat menyaksikan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lebih kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Hendak tahu best atau tidak, kenalah tengok.

Mereka di atas adalah antara artis yang hadir menjayakan pementasan Lawak Ke Der 3 ini. DN difahamkan banyak tiket yang habis terjual. Betul ke? Itu lah... Lambat lagi beli tiket. Kan dah habis.

Kepada mereka yang tidak dapat menyaksikan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, jangan frust ok. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Lama tu! Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

Apa itu ESCAPE?
  • ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.
Apa yang ada di ESCAPE?
  • Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!
  • Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta).
  • Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.
Bagaimana untuk melayari ESCAPE?
  • Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.
  • Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.
  • Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
  • Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.
Kelebihan ESCAPE?  
  • Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua
Berita baik untuk pengguna Celcom!
Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari! 
Ulang sekali lagi, RM5,000 setiap hari!

Bagaimana caranya?
Mulai 7 - 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tidak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Mudah bukan? Pengguna Celcom jangan lepaskan peluang untuk menang hari-hari. RM5,000 tu... Masyuk!!!


Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE dengan klik disini
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. saya pun pengguna Celcom macam mana boleh x nak collect RM5,000 tu? hehehe...

    ReplyDelete
  2. rugi betul la tak dapat datang aritu... kalau tak dapat berebut amik gmbr ngan mek neelofa....hahahaha

    ReplyDelete
  3. @Zulqarnain Abu Hassan Boleh sgt2 kiki... apa lagi? klik link youtube & jawab soalan yg diberikan, hantar ke 20888. Mana tahu rezeki kiki nanti.. :)

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980 hee... bukan rezeki abg man.. nak tengok Lawak Ke Der 3 ni, tengok dekat ESCAPE je nanti... :)

    ReplyDelete
  5. kalau la dapat tengok LAWAK KE DER 3 hari tu kan best...huhu

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^