Sekitar Perjalanan dan Suasana di Cambodian Islamic Centre (CIC)

Hari pertama tiba di Phnom Penh, DN sudah dibawa ke satu tempat yang dikenali sebagai Cambodian Islamic Centre (CIC). Perjalanan seperti biasa agak sesak di bandar Phnom Penh tetapi bagi penduduk di sini, ia sudah menjadi kebiasaan. Sesak di sini agak berbeza dengan di Malaysia kerana di sini motosikal memenuhi jalan raya di samping basikal, tuk-tuk manakala kereta paling sedikit di jalan raya.
Kelihatan perjalanan DN ini meninggalkan jalan raya yang sibuk dengan kenderaan di bandar Phnom Penh. Akhirnya ia menuju ke satu-satunya tol yang DN jumpa di Phnom Penh ini. Tol yang hanya mempunyai 3 kaunter. Pada telahan DN, selepas ini jalanraya pasti besar dan lancar. Sebab dikenakan tol kan. Berapa harga tol yang dikenakan, DN tidak pasti kerana DN tidak memahami apa yang ditulis di depan kaunter tol tersebut.
"Akhirnya, ada pun flyover di sini" kata DN kepada rakan-rakan di dalam van. 
Mungkin sebab ini tol dikenakan. Apabila diperhatikan, ia bukanlah flyover di jalan raya besar atau seperti di kotaraya besar lain. Ia merupakan jambatan yang merintangi Sungai Sap dan menjadi laluan utama penduduk untuk menyeberangi sungai tersebut dengan menggunakan jalan darat. Selepas menyeberangi sungai tersebut, kami melalui jalan yang lancar dan besar di mana di kiri kanan jalan hanya padang lalang serta pokok-pokok sahaja. Tiada bangunan tinggi-tinggi di jalan yang lancar ini.
Perjalanan lancar tidak terlalu lama. Akhirnya van yang DN naiki tiba di simpang tiga jalan yang keseluruhannya merupakan tanah merah. DN diberitahu bahawa jalan raya ini dibina oleh China dan masih belum siap. Ia menjadi laluan utama penduduk di sini dan laluan ini juga perlu dilalui oleh kami untuk menuju ke CIC. Sepanjang perjalanan ke CIC, kelihatan rumah kayu yang tinggi bersaiz kecil ada di mana-mana. Penduduk di sini kebanyakannya tinggal di rumah sebegini di mana di bawah rumah dijadikan tempat untuk menternak haiwan seperti lembu, atau menyimpan beras juga sebagai tempat untuk bersantai. Apabila DN mengintai di dalam rumah-rumah ini, di dalam rumah pula tiada bilik-bilik tetapi hanya dipisahkan oleh tabir. DN tidak dapat membayangkan bagaimana jika DN hidup di dalam rumah kayu sebegini.
Perjalanan tanah merah dengan lubang di merata-rata jalan melambatkan lagi perjalanan ini. Kami yang berada di dalam van terasa seperti menaiki kuda. Walaubagaimanapun, DN kagum dengan van yang DN naiki kerana tayar van ini tidak mempunyai apa-apa masalah walaupun banyak lubang yang telah dirempuhnya. Apabila DN melihat kenderaan lain yang juga melalui jalan ini, mereka turut tiada masalah seperti tayar pancit, terbabas dan sebagainya. Pasti kenderaan di sini semuanya tahan lasak.
Selepas perjalanan kurang dari 2 jam, tibalah ke lokasi yang ingin ditujui iaitu Cambodian Islamic Centre (CIC). CIC merupakan salah satu cabang latihan dan pembelajaran yang diusahakan oleh Cambodian Muslim Cooperative (CMC). Ia terletak di daerah perkampungan Muslim yang dikenali sebagai Chroy Metrey, Cambodia.
Turun sahaja dari van, DN dapat melihat suasana CIC yang kemas dan bersih dengan tumbuh-tumbuhan menghijau. Taman ini dikelilingi bangunan satu tingkat yang merupakan kelas pembelajaran bagi pelajar-pelajar atau lebih tepat kanak-kanak yang menuntut di CIC ini. DN dimaklumkan bahawa tapak asal CIC ini dahulu telah dibina oleh saudagar Arab. Setelah ditinggalkan atas beberapa faktor, CMC telah mengambilalih tempat ini menjadikan tempat pembelajaran bagi penduduk Muslim di Kemboja ini.
 Lihatlah mereka di dalam kelas yang kecil ini. Di sebalik tingkap, kita dapat melihat kanak-kanak ini sedang belajar tanpa menggunakan pakaian seragam sekolah. Mereka memakai pakaian yang mereka ada dan yang penting, ilmu yang didapati tidak melihat jenis pakaian yang mereka pakai.

Selepas beberapa minit di sana, DN diajak berjalan kaki menuju ke bangunan satu tingkat yang berbeza dengan bangunan tadi. Kelihatan kawasan ini sangat lapang tetapi berdebu. Tanah merah di jalan besar menyebabkan kawasan ini perlu diberi perhatian lebih supaya terjamin kebersihannya.

Dalam perjalanan menuju ke kelas, kelihatan bangunan 2 tingkat terletak di belakang bangunan satu tingkat ini. DN difahamkan bangunan 2 tingkat tersebut menempatkan pelajar-pelajar lelaki yang menuntut di CIC ini. Terdapat beberapa lagi asrama sedang di dalam pembinaan bagi menempatkan lebih ramai pelajar.

Inilah kelas-kelas pelajar yang menuntut di CIC. Bangunan 1 tingkat ini menempatkan pelajar dalam kategori Sekolah Menengah jika ingin membuat persamaan dengan pelajar di Malaysia berbanding dengan tempat mula-mula DN pergi tadi, ia merupakan kelas bagi pelajar sekolah rendah. DN sempat menjenguk bagaimana keadaan di dalam kelas tersebut.
Kelas memang berdebu dengan tanah merah, dengan ruang yang boleh dikatakan separuh daripada kelas di sekolah kita. Terdapat papan putih, 2 buah lampu kalimantang dan sebuah kipas, serta meja kayu untuk duduk dan belajar.
Dari pemerhatian DN, tiada buku teks, alat tulis dan kemudahan belajar lain yang lengkap. Hanya berbekalkan buku tulis untuk mereka mencatat ilmu yang dipelajari. Kasut sekolah? Lupakan... Mereka hanya berselipar datang ke sekolah. Pastinya semangat yang ditanam di dalam diri harus dipuji apabila melihat segala kekurangan yang mereka miliki.
Inilah barisan insan-insan yang prihatin hadir memberi sinar harapan kepada mereka. Sebahagian dari mereka adalah wakil dari Inpens International College. Mereka memberi taklimat kepada pelajar-pelajar ini dimana lima orang pelajar yang berjaya dalam pelajaran serta ko-kurikulum akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran di kolej tersebut. Segala keperluan untuk mereka menyambung pelajaran di Inpens International College ini akan ditanggung sepenuhnya. Antara kursus yang ditawarkan kepada mereka adalah seperti berikut :-
Juruteknik Kenderaan Motor
Juruteknik Elektrik
Juruteknik Motosikal
Juruteknik Elektronik Industri
Juruteknik Sistem Komputer
Juruteknik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
Pendandan Rambut


Inpens International College
Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
No. Tel. : 03-32812619 / 20
No. Fax : 03-32812627
Email : inpens@inpens.edu.my
Website : www.inpens.edu.my

Setelah selesai memberi taklimat di CIC, kami menuju ke lokasi seterusnya tidak jauh dari CIC ini. DN akan berkongsi lokasi seterusnya di entry yang lain. Panjang sangat nanti jemu pula kalian hendak membacanya. Harap sabar menanti...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. Semakin banyak yang saya baca, semakin teringin pula nak ke sana. Nak tengok sendiri keadaan saudara seagama...

    ReplyDelete
  2. @Malaysia Tercinta jika ada peluang ke sana, jangan lupa ziarah mereka.. :)

    ReplyDelete
  3. sememangnya.... kemudahan persekolahan di situ perlu diberikan bantuan agar dapat diorang belajar lebih selesa

    ReplyDelete
  4. Bangunannye same ngan Tuol Sleng kan?... Giorgio ade gak ke Cambodia Bulan April lalu...

    http://giorgio-izas.blogspot.com/2013/06/cambodia-here-i-come-bag-packer-team.html

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 betul tu... bantuan yg tidak seberapa dari kita pasti dapat dimanfaatkan oleh mereka...

    ReplyDelete
  6. @Giorgio Izas lebih kurang sama je patern bangunan kt sini... maybe tahun dibuat tidak jauh berbeza...

    ReplyDelete
  7. @Muhammad Syazwan Norhalik best dapat peluang tengok tempat orang begini.. zuan jika ada peluang pergi tau.. :)

    ReplyDelete
  8. Kesusahan tidak melemahkan semangat anak muda Kemboja untuk menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  9. @akubiomed betul tu... semangat yg harus dipuji...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dn.. jalannya masih banyak tanah merah kan? dn ada pergi perkampungan Islam Champa?

    ReplyDelete
  11. @Sheila Salim byk lg jalan tanah merah.. Dijangka 2015 baru siap.. ada ke sana. Nanti DN update entry semasa di sana ye.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^