Separuh Hari Menjelajah Ho Chi Minh City - War Museum, Reunification Palace, Nothe Dame, Thien Hau Pagoda

Hi semua! Entry terakhir DN untuk ceritera travelog DN ke Ho Chi Minh City adalah penjelajahan separuh hari di sana. Selain daripada aktiviti shopping setiap hari tanpa rasa jemu, DN mengambil pakej yang disediakan oleh pihak hotel.
Saigon Halfday City Tour dari jam 1.30pm sehingga 6.00pm yang berharga 485,000 dong (~RM75) seorang. Pagi jalan shopping dahulu di Ben Thanh Market, lepas lunch pukul 12 tengah hari, balik ke hotel untuk menunggu mini-van yang akan mengambil DN di hotel. DN seorang sahaja dari hotel tempat DN menginap yang mengikuti pakej ini, tetapi di dalam mini-van terdapat 5 orang lagi dari hotel lain. Mereka pelancong dari England, China dan DN pula dari Malaysia.
Inilah tempat pertama yang dibawa. Kalau ikut pakej, begini lah jadinya. Pergi ke tempat yang kita tidak mahu pergi tetapi disebabkan sudah ada di dalam pakej, ikut sahaja lah. DN hanya menunggu di luar sahaja. Nama tempat ini adalah Thien Hau Pagoda. 
Kemudian DN di bawa ke War Remnants Museum. Jikalau diperhatikan 5 orang pelancong yang sedang menaiki tangga itu, mereka lah yang turut bersama DN di dalam mini-van mengikuti pakej yang disediakan. War Remnants Museum ini dibuka dari jam 7.30am - 12.00pm dan 1.30pm - 5.00pm. Harga tiket adalah 15,000 dong (~RM3) seorang.
Bangunan 2 tingkat ini dibahagikan mengikut beberapa bahagian iaitu  :-
Tingkat bawah - Gambar-gambar sokongan antarabangsa terhadap peperangan di Vietnam dan jentera-jentera yang digunakan semasa peperangan.
Tingkat satu - pencerobohan terhadap jenayah perang dan jenayah-jenayah perang yang agresif
Tingkat dua - kebenaran sejarah, zaman kejatuhan, koleksi gambar perang yang agresif di Vietnam, kesan yang berlaku selepas peperangan dan keadaan fizikal, mental serta suasana selepas perang.
Beberapa gambar di War Remnants Museum boleh dilihat di bawah ini.
War Remnants Museum
28 Vo Van Tan, Dist. 3, HCMC
Tel : (84.8) 39305153 - 39306325 - 39305587
Fax : (84.8) 39305153 - 39302340
Email : wrm@baotangchungtichchientranh.vn
Selesai di War Remnants Museum, kami dibawa ke Reunification Palace pula. Ia dibuka setiap hari dari jam 7.30am - 11.00am dan 1.00pm - 4.30pm. Harga tiket adalah 15,000 dong (~RM3) seorang. Sejak tahun 1975, Reunification Palace telah digunakan oleh kerajaan komunis sebagai istana untuk tujuan istiadat sahaja. Kini, tempat ini dibuka untuk pelancong bagi melihat sendiri bagaimana keadaan tempat ini yang digunakan sebagai tempat berkumpul suatu ketika dahulu. Beberapa gambar di Reunification Palace boleh dilihat di bawah ini.
Memang menarik apabila dapat melalui kubu bawah tanah dan melihat sendiri bilik presiden serta tempat mereka merancang strategi peperangan suatu ketika dahulu. Segalanya masih baik dan ada juga yang sudah musnah semasa serangan udara pada tahun 1962 tetapi sudah diperbaiki dan hasilnya boleh dilihat kini.
Akhir sekali, kami melalui Nothe Dame ini. Kerana cuaca hujan, kami dibawa ke tempat pembuatan pelbagai cenderahati yang unik dari serpihan kaca, telur, kayu dan macam-macam lagi. Hasil kerja yang halus dan teliti haruslah harganya mahal. Oleh itu, DN memilih membeli barangan di Ben Thanh Market sahaja kerana harganya sekitar 70% lebih murah dengan kualiti yang sangat berbeza. Hmmm... Tidak kisah lah. Yang penting ada cenderahati dari Vietnam. Hehe...

Selesai separuh hari travelog DN ke Ho Chi Minh City. DN tidak berpeluang untuk menyusuri Sungai Mekong semasa DN di Ho Chi Minh City. InsyaAllah DN akan kembali untuk merasainya satu hari nanti. Jom imbas kembali ceritera DN. Semoga dapat menjadi panduan untuk mereka yang ingin ke sana. Maaf jika cerita DN banyak yang syok sendiri ye.. ^_^
 
Esok bermula travelog kembara DN bersama rakan blogger lain. Ke mana? Nantikan ceritera travelog DN seterusnya.... Harap sabar menanti...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. untuk pakej trip nie ... siapa yang suka pasal sejarah memang seronok la kan

    ReplyDelete
  2. hmm paspot dah nak expired.. tapi hati rasa nak travel lagi >_<

    ReplyDelete
  3. Tapi bro nampak 4 orang je naik tanya.. sorang turun tangga dan sorang lagi xpasti tengah naik or jadi prop je he..23x

    ReplyDelete
  4. Travel ikut pakej ada pro dan kontranya. Pakej sesuai untuk first time...

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 betul tu.. tetapi jika ke negara orang, tidak lengkap jika kita tidak menambil tahu latar belakang sejarah negara mereka...

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone 4 org naik tangga, yg org putih depan DN tu baru nk naik tangga. jln lembab mcm DN.. hehe.. :p

    ReplyDelete
  7. seronok jugak travel pergi negara orang ni...melawat tempat2 sejarah...tapi kalau da ikut pakej macam tu la...ikut je la..hee

    ReplyDelete
  8. Owhhh rupanyaa

    Mekong & Pagoda berasala dari Negara dya orang heheheh...

    ReplyDelete
  9. @Ezad Skytech mmg seronok... shopping, sambil mengikuti perkembangan sejarah negara mereka.. :)

    ReplyDelete
  10. @Zulqarnain Abu Hassan xsilap DN, sg. mekong sgt besar meliputi 4 buah negara China, Vietnam, Cambodia & Thailand... Betulkan DN kalau silap.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^