Ziarah dan Makan Malam di Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS) Cambodia

Selesai di Cambodia Islamic Centre (CIC), DN dibawa menziarahi Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS) pula. Ia merupakan sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar Muslim perempuan. Tidak jauh dari Cambodian Islamic Centre (CIC).
Inilah pelajar-pelajar yang menuntut di NICS. Comel-comel belaka mereka kan. Kelihatan mereka semua memakai pakaian seragam sekolah sama seperti pelajar di Malaysia. Terima kasih kepada mereka yang prihatin memberikan pakaian sekolah ini kepada mereka. Pastinya mereka yang prihatin itu adalah warga Malaysia.
 
DN dimaklumkan pelajar yang menuntut di NICS ini adalah seramai 400++ orang. Di bahagian bawah inilah kelas mereka dan kelihatan lebih bersih dan kemas berbanding kelas-kelas di CIC. Mungkin kerana NICS menempatkan pelajar perempuan, sebab itu keadaan kelas mereka lebih bersih dan kemas. Kini pembinaan sedang giat dijalankan di tingkat atas kelas tersebut bagi menempatkan dewan dan pejabat pengurusan NICS.
Beberapa tempat lain juga terlibat dalam pembinaan bagi membesarkan lagi kawasan tersebut untuk menampung lebih ramai pelajar dan menjadikan tempat belajar di sini lebih selesa.
 
 Jika diperhatikan di hujung laluan ini, kelihatan Sungai Mekong yang sangat besar. Memang suasana dari NICS sangat cantik dengan pemandangan sungai serta angin yang menyegarkan.
Walaupun begitu, pemandangan yang cantik ini tercemar dengan sampah sarap merata-rata. Amat menyedihkan apabila melihat mereka bermain di samping sampah di sekeliling mereka manakala orang tua mereka keluar menaiki sampan untuk mencari rezeki. Tetapi beginilah suasana di sini dan mereka sudah biasa dengan keadaan begini. Dalam hati DN, apalah nasib mereka kelak. Mungkin mereka semuanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Syukur DN dilahirkan di bumi Malaysia.
Apabila malam menjelma iaitu sekitar jam 6 petang, kami dijamu makan malam oleh pihak NICS. Makan malam berupa Nasi Daging dan buah-buahan tempatan. Semua DN boleh makan tetapi pisang yang kelihatan masih mentah tidak terusik oleh kami semua. Mereka di sini makan pisang berwarna hijau tetapi kita biasanya tunggu masak baru makan. Bagaimana rasanya makan pisang yang masih mentah, DN tidak pasti pula. Hee...

Sekitar jam 7 malam, kami meninggalkan NICS. Kami datang menziarahi mereka selang beberapa hari kemudian. Mereka di sini sangat ramah dan mesra dengan tetamu yang hadir. Seronok semasa berada di sini. Jika ada peluang, DN ingin menziarahi mereka lagi.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

17 Blue Komen:

  1. sedihnyaaa tengok suasana di sana... hurmmmm..

    ReplyDelete
  2. sayangnya tepi sungai tu tak terjaga sangat... walaupun student pompuan tu nampak lawa... tapi cantik lagi DN....

    ReplyDelete
  3. Membaca entry DN kali ni diawal 2014

    membuat kie bersyukur.... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Ingatkan tersalah gambar, rupanya seragam sekolah mereka sama :).
    Pisang tu saya rasa pisang dah masak kot, cuma kulitnya hijau. Pisang nangka dan pisang bunga contohnya memang masak hijau :)

    ReplyDelete
  5. @✿AINAA ROSEBERRY✿ kan ainaa... mmg berbeza sgt2 dgn kita kt sini...

    ReplyDelete
  6. @hazman aka species1980 itu lah.. kalau dimajukan jadi taman tepi sungai mesti sgt cantik kan...

    amboi! nak bodek nampak... hahaha.. :p

    ReplyDelete
  7. @Zulqarnain Abu Hassan Alhamdulillah... moga kita terus bersyukur dgn rezeki yg kita ada.. :)

    ReplyDelete
  8. @Malaysia Tercinta hasil derma dari rakyat malaysia, mereka menggunakannya sebagai seragam sekolah mereka.. :)

    mmg ada tapi bila buka tengok pisang tu putih lagi, terus tak jadi makan. hee...

    ReplyDelete
  9. rasa nak singgah ke sana lagi laaaa...

    ReplyDelete
  10. @KiD kan kid... bila lah ada peluang nk ke sana lg... huhu..

    ReplyDelete
  11. Nampak ada cahaya Nur pada wajah mereka.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dn. sedihnya hati tengok keadaan mereka kat sana.. syukur alhamdullilah Malaysia tidak sebegitu

    ReplyDelete
  13. @Sheila Salim w'salam... betul tu.. kena melihat negara org, baru kita bersyukur lahir di Malaysia...

    ReplyDelete
  14. bertuah DN dapat melihat sendiri bagaimana mereka melalui zaman persekolahan di sana.

    pakai tudung labuh semua kan. ciri2 muslimah yg cemerlang ni.

    ReplyDelete
  15. @Blogger Babyface betul tu.. moga mereka terus istiqamah... :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Saya akan pergi ke cambodia tidak lama lagi untuk satu aktiviti kemasyarakatan dari unimap. Boleh saya tahu bagaimana taraf pendidikan di sekolah nurul iman tu?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^