Artisans Angkor - The Silk Farm

 Semasa di Siem Reap Cambodia, DN telah dibawa ke The Silk Farm. Ia terletak di Puok District, Siem Reap iaitu sekitar 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari bandar Siem Reap.
 The Silk Farm mempunyai keluasan sebesar 8 hektar dan ia dibahagikan kepada 19 bahagian seperti berikut :-
1. Padang pokok Mulberi
2 & 3. Bengkel Latihan
4,5 & 6. Persediaan Benang Sutera dan Bengkel Tenunan
7. Bengkel Pintal dan Pewarnaan
8 & 9. Bengkel Pengeluaran / Penghasilan
10. Pejabat - Bengkel Pengkajian
11. Bengkel Jahitan
12. Bengkel Membuat Mesin Tenunan
13. Ruang Menyambut Tetamu
14. Restoran
15. Butik
16. Dewan dan Muzium Sutera
17. Kawasan Kebudayaan Kokun (Kepompong)
18. Latihan
19. Pejabat
 DN diberi pas masuk sebelum memasuki The Silk Farm. Pas ini perlu dipulangkan sebelum meninggalkan kawasan ini. Jom ikut DN melihat kawasan sekitaran di sini.
 Inilah pokok-pokok mulberi yang ditanam di The Silk Farm. Sebesar 5 hektar digunakan untuk menanam pokok-pokok ini bagi membolehkan ulat sutera membiak di sini. 
 Ini adalah jadual kitaran hayat ulat sutera. Ia mengambil masa 47 hari sebelum proses yang sama berulang kembali.
 Ulat-ulat sutera ini akan mengawan, bertelur, menetas, menjadi ulat sutera, membuat kepompong dan akhir sekali keluar dari kepompong.
 
 Kepompong yang ditinggalkan ini akan diambil untuk dijadikan benang sutera.
 
 Inilah proses yang akan dilakukan untuk mendapatkan benang sutera. Kepompong ini akan dimasak di dalam air panas dan jaluran yang terpisah dari kepompong akan digelungkan secara manual. Proses yang sangat menarik dan mengagumkan.
 Benang sutera yang terhasil terbahagi kepada 3 jenis iaitu sutera kasar, sutera bercampur dan sutera halus. Ia akan diasingkan supaya kualiti sutera yang terhasil berbeza mengikut jenis benang sutera.
 Kemudian, benang-benang sutera ini akan melalui proses pewarnaan. Proses pewarnaan secara semulajadi akan dilakukan di sini. Contohnya :-
Daun lavender + air mendidih - benang sutera ungu
Lapisan getah + air mendidih - benang sutera merah
Daun buah garcinia + air mendidih - benang sutera kuning
Daun indigo + air mendidih - benang sutera biru
 
 Setelah dikeringkan, benang sutera yang telah diwarnakan akan digelungkan seperti di atas. Hasil yang didapati setelah melalui proses pewarnaan sangat cantik. Benang-benang sutera ini kelihatan berkilat dan halus.
 Benang-benang sutera yang sudah siap akan dihantar ke Bengkel Membuat Mesin Tenunan untuk menghasilkan kain sutera. Mesin tenun tradisional orang Cambodia ini dikenali sebagai "Kei Thbanh" bersaiz (1.2x5.2)m dengan bingkai segi empat tepat. Suatu ketika dahulu, ia diperbuat daripada buluh atau kayu ringan tetapi selepas digunakan secara professional, ia diperbuat dari kayu yang lebih kuat bagi menghasilkan fabrik sutera berkualiti tinggi. Gambar di atas merupakan proses yang sedang dilakukan dalam penghasilan kain sutera.
Selain itu, terdapat satu lagi jenis proses membuat kain sutera yang dikenali sebagai Teknik Ikat. Ia merupakan sejenis kain tradisi orang Kemboja yang dinamakan sebagai Hol Lboeuk. Ikat adalah teknik yang digunakan untuk mencelup corak ke dalam benang sebelum menenun kain. Benang akan diikat bagi mengelakkan warna menembusi ruang yang telah diikat tersebut semasa proses pewarnaan sedang dijalankan. Setelah selesai mencelup, ikatan pada benang tersebut akan dibuang dan benang telah sedia untuk ditenun menjadi kain. Gambar di atas merupakan benang sutera yang telah menjalani proses pewarnaan dan sedia untuk dibuka ikatannya.
 Akhirnya, inilah hasil kain sutera yang telah sedia untuk digunakan. Sila abaikan orang yang ditengah-tengah itu. Hehehe... Kain sutera ini banyak digunakan semasa upacara kebudayaan di Kemboja selain menjadi pakaian tradisional di sana. 

Maklumat berkaitan The Silk Farm adalah seperti berikut :-
Dibuka setiap hari 8.00am - 5.30pm
No. Tel : (+855) 63 5555 768
(+855) 12 222 404

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

27 Blue Komen:

  1. Walaupun tiap-tiap hari aku tengok ulat , tapi geli pulak tengok gambar kepompong tu .

    Sejak sekolah rendah lagi dah belajar pasal ulat sutera nie , tapi ini kali pertama tahu proses mendapatkan benang .

    Dulu ingat ulat tu sendiri yang keluarkan macam cerita pokemon .

    ReplyDelete
  2. Oh kepompong rupanya tue. ingatkan makanan tadi...

    tertiba teringat dekat tarian sutera masa MiGCNY2014 baru2 nie

    ReplyDelete
  3. @Wanyob hahaha... tinggi imaginasi smpai ingat mcm pokemon ye... asalnya dari kepompong benang sutera ni.. :)

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone tarian sutera yg tu mana pakai kain sutera pun... dapat nama dari mana entah tarian tu...

    ReplyDelete
  5. oo baru tahu proses dia... >_<

    geli lak tgk kepompong ty

    ReplyDelete
  6. DN : Nampak unik gak prosesnya... tapi yang pintal benang lawa gak aweknya....ehhehehe

    ReplyDelete
  7. pengalaman yg berharga.... tak pernah tahu pon kitaran mcm mane nk bt sutera ni... rasa mcm nk tengok live je...

    Recent Post from MQ~Live : Bahagiamu Deritaku – Hafiz #Lirik

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum DN, pernah tengok dalam majalah 3. cantik betul kain sutera sana (",)

    ReplyDelete
  9. peoses nak buat benang memang susah kan...no wonder bila dah jadi kain harganya mahal...

    ReplyDelete
  10. @Afasz mcm ulat kan kepompong tu... heee...

    ReplyDelete
  11. @Manan Qayyim insyaAllah, ada rezeki boleh pegi tengok sendiri pembuatan kain sutera ini... :)

    ReplyDelete
  12. @Sheila Salim cantik kan sheila... nak beli mahal & tak tahu bila nak pakai so tengok je lah...

    ReplyDelete
  13. @Amanda Suria itu lah.... semua main harga ratus ke ribu... memang tak beli lah...

    ReplyDelete
  14. sebab tulah..kalau ada benang sutera tiruan (penghasilan melalui kimia)..ianya mungkin tidak semahal benang sutera yang dihasilkan oleh ulat sutera.

    prosesnya pun dah nampak susah

    ReplyDelete
  15. eh..komen dah terus approve erk..hoho

    nampak sangat dah lama tak singgah di sini

    ReplyDelete
  16. Untung dapat merasai pengalaman proses membuat tenunan sutera dari proses awal sehinggalah akhir.

    ReplyDelete
  17. mula2 baca Puok District tu tetiba terbaca Port Dickson...adehhh...HAHA

    ReplyDelete
  18. erk...geli pula tengok gambar kepompong ulat sutera tu...hee

    ReplyDelete
  19. bestnya dapat tengok depan mata cara penghasilan sutera daripada kepompong sampai la ke proses terjadinya benang sutera..:D

    ReplyDelete
  20. entah.. bro hari tue pandang n membahan bobo je he..23x

    ReplyDelete
  21. @Blogger Babyface kainnya juga keras.. tidak seperti kain sutera asli...

    ReplyDelete
  22. @akubiomed alhamdulillah... semoga berpeluang ke sini satu hari nanti...

    ReplyDelete
  23. @Ezad Skytech dh kena pakai spek tu ezad. hahaha...

    tengok depan2 lg geli tau.. :D

    ReplyDelete
  24. @Bro Framestone dia camtu pun sign dgn mig.. bro ade? :p keh3!

    ReplyDelete
  25. kita masuk kat tempat dah siap dulu.. kan... hehehehe

    ReplyDelete
  26. @KiD itulah... Mujur DN boleh tangkap proses dari mula hingga akhir walaupun kita start akhir dulu. huhu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^