BBQ Atas Bot Menyusuri Sungai Sap

Hari pertama di Phnom Penh Cambodia sebelum kembali ke Holiday Villa Hotel, DN dibawa singgah di tepi Sungai Sap. Cuaca malam berangin sekitar 24°C memang menyejukkan dan menyegarkan malam DN. DN ke Sungai Sap untuk menaiki bot dan berBBQ didalamnya menyusuri Sungai Sap sambil menikmati pemandangan malam.
http://www.phoceamekong.com
Inilah salah satu bot yang digunakan untuk membawa penumpang di Sungai Sap. Penumpang boleh memilih sama ada duduk di bawah atau di atas. Jika diperhatikan di depan bot tersebut, terdapat tempat BBQ dan disitulah mereka yang menaiki bot ini berBBQ.
http://www.kujie2.com
Bot yang DN naiki pula mempunyai tempat bersantai yang lebih besar di atasnya dan tidak berbumbung. Bayangkan apabila bot sudah bergerak dengan cuaca berangin pada suhu 24°C, memang menggigil dibuatnya.
Sebelah kiri gambar adalah keadaan di dalam bot di sebelah bawah manakala gambar sebelah kanan di sebelah atas bot. Meja panjang disediakan untuk bersantai sambil makan malam. Di atas bot lampu lebih suram menghasilkan suasana romantik sepanjang menyusuri Sungai Sap ini. Jika dibandingkan suasana malam di Sungai Sap dengan di Shanghai, memang jauh berbeza. Mungkin kerana kemajuan yang dikecapi antara keduan-dua negara berbeza. Walaupun begitu, menyusuri Sungai Sap menaiki bot lebih tenang dan seronok kerana hanya kumpulan kami sahaja di atas bot ini.
Selepas sejam berBBQ di atas bot, baju pun sudah berbau asap. Kembalilah DN ke Holiday Villa Hotel untuk merehatkan diri. DN akan sambung hari kedua DN di Phnom Penh dan perjalanan DN ke Siem Reap pula. Jumpa lagi nanti... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. Mana makanan BBQnya DN ? tapi kalau makan dalam bot bergerak nie mesti thrill kan.... tapi nyaman sebab open air...

    ReplyDelete
  2. waaaa.... kemain BBQ atas boat... bestnyer...

    ReplyDelete
  3. masa ni memang menggigil habis dah.. sejukkk!! dengan tshirt sehelainya...

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980 Nak masak lambat... Tunggu punya tunggu... Bila nak sampai baru siap da... hihihi... :p

    ReplyDelete
  5. @KiD kikikiki... tahan je la sejam atas bot tu.. :D

    ReplyDelete
  6. @Nurramizah fadzil siap ada satu bot tu... diorg menyanyi sambil menari tau...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dn..sheila teringin nak datang sini. mak sheila suka travel sini sebab ada ahli keluarga yang bekerja kat sini :)

    ReplyDelete
  8. @Sheila Salim owh, ada ahli keluarga kt sini.. patut selalu ke sini. sheila ikut la sekali... :)

    ReplyDelete
  9. angin kuat tak bertiup atas bot tu...atau damai sepoi2 bahasa!

    ReplyDelete
  10. tu no fon DN ke apa kat Boat belakang tu?

    hehehe...

    bestnyaaa cruise kat sana.... interesting nyaa...

    owh Cambodia kat ng Shanghai ya?

    ReplyDelete
  11. @Zulqarnain Abu Hassan nk book boat ni kena call no tu lah...

    DN compare dgn naik bot kt shanghai... mmg jauh berbeza...

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone tunggu fisya besar, boleh g jln2 kat sini... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^