Pada hari Ahad 5 Januari 2014, DN memulakan review pertama DN bagi tahun 2014 ini dengan ke Restoran Char Koay Teow Simply Delicious milik Puan Serina Datuk Redzuawan. Beliau merupakan Executive
Director YKS Film Maker Sdn Bhd, founder "ANGGUN SERINA" serta pemilik
Cosway pharmacy dan Char Koay Teow Simply Delicious Restaurant.
Apa yang menarik dari impresi pertama DN apabila ke sini adalah restoran ini sangat ceria dan luas. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan konsep warna merah jambu dan ungu dalam hiasannya. Ini kerana pemilik restoran, Serina Datuk Redzuawan sangat meminati warna merah jambu dan beliau merealisasikan warna kegemarannya di restoran ini. Serina ingin menjadikan restoran ini ala-ala butik yang tidak mahal serta santai. Pemilihan kerusi dan meja sebegini menjadikan restoran ini nampak lebih luas serta Serina sendiri yang mendekorasi kedai ini mengikut citarasanya.
Apabila buku menu sampai sahaja ke tangan DN...
"Wow! Pink tu..." memang cantik dan mengujakan mata melihat menu ini. Lebih-lebih lagi apabila melihat menu bergambar yang disediakan. Tengok sahaja boleh mengiurkan tekak dan perut yang sedang lapar ini. 
Bukan sahaja di buku menu, di kaunter pembayaran juga tersedia menu bergambar yang turut berwarna merah jambu. Selain itu, pekerja juga mengenakan pakaian dan topi berwarna merah jambu. Serba serbi berwarna merah jambu di dalam restoran ini.
Inilah pemilik Char Koay Teow Simply Delicious, Serina Datuk Redzuawan. Beliau juga berbaju merah jambu pada hari tersebut dan ini sudah membuktikan bahawa beliau memang peminat tegar merah jambu. Puteri Umno Bukit Bintang ini meletakkan prinsip bahawa setiap perniagaan pasti ada risiko maka, Go for it!. Beliau merancang untuk menjadikan perniagaan Char Koay Teow Simply Delicious ini sebagai francais di masa akan datang.
Rakan perniagaan Serina, Siti Salwa merupakan masterchef di dapur Char Koay Teow Simply Delicious ini. Serina membuka restoran Char Koay Teow kerana sejak Serina berumur 15 tahun, beliau sangat gemarkan masakan Char Koay Teow Siti Salwa. Oleh itu, Serina bernekad untuk membuka restoran ini supaya makanan kegemarannya dapat dinikmati oleh penggemar Char Koay Teow sepertinya.
Sedap sangat ke Char Koay Teow disini? Jom kita tengok antara makanan yang disediakan di Char Koay Teow Simply Delicious ini. Lebih tepat lagi, makanan yang DN makan pada hari tersebut. Makan kongsi ramai-ramai ye, bukan sendiri. Hee...
Sedap sangat ke Char Koay Teow disini? Jom kita tengok antara makanan yang disediakan di Char Koay Teow Simply Delicious ini. Lebih tepat lagi, makanan yang DN makan pada hari tersebut. Makan kongsi ramai-ramai ye, bukan sendiri. Hee...
Murtabak 'Simply Delicious' RM5
Pavlova RM6
Durian Crepe RM3.50
Red Velvet Rm3.50
Choc Moist RM3.50
Tiramisu RM4.00
Inilah antara makanan yang disediakan di Char Koay Teow Simply Delicious. Selain itu, terdapat juga masakan goreng seperti Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Udang serta pelbagai jenis pau seperti pau kaya, pau kacang, pau kari ayam, pau BBQ ayam dan pau rendang. Serina sendiri yang merasa dan menjadi 'Quality Control' bagi semua jenis makanan yang ada di sini. Lepas di tekak beliau, maka lepas untuk dirasai oleh pelanggan yang datang ke sini.

Sejujurnya dari tekak dan perut DN, memang sedap dan tidak mengecewakan Char Koay Teow Istimewa di sini. Sehingga ke hari ini DN masih teringatkan kelazatannya. Jika berhampiran dengan rumah atau pejabat DN, pasti seminggu 5x DN datang ke sini.
Durian Crepe RM3.50
Red Velvet Rm3.50
Choc Moist RM3.50
Tiramisu RM4.00
Inilah antara makanan yang disediakan di Char Koay Teow Simply Delicious. Selain itu, terdapat juga masakan goreng seperti Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Udang serta pelbagai jenis pau seperti pau kaya, pau kacang, pau kari ayam, pau BBQ ayam dan pau rendang. Serina sendiri yang merasa dan menjadi 'Quality Control' bagi semua jenis makanan yang ada di sini. Lepas di tekak beliau, maka lepas untuk dirasai oleh pelanggan yang datang ke sini.
Sejujurnya dari tekak dan perut DN, memang sedap dan tidak mengecewakan Char Koay Teow Istimewa di sini. Sehingga ke hari ini DN masih teringatkan kelazatannya. Jika berhampiran dengan rumah atau pejabat DN, pasti seminggu 5x DN datang ke sini.
Serina meluangkan masa sekitar 2 jam bersama blogger yang hadir pada hari tersebut. Beliau sangat ramah dan merendah diri. Beliau sendiri yang menghidangkan makanan kepada kami serta duduk berbual bersama kami. Celoteh beliau sangat menghiburkan dan pasti ada sahaja yang ingin diceritakan. Memang tidak jemu sepanjang kami di sini.
Kami juga sempat bertemu dengan Soffi Jikan pada hari tersebut. Pelakon filem Gangster Rock ini juga menikmati makan malam di sini sebelum majlis pelancaran filem tersebut keesokan harinya. Serina yang mempunyai pelbagai perniagaan seperti farmasi dan spa sangat sibuk dengan urusan perniagaan serta penerbitan filem sehingga restoran miliknya masih belum dilancarkan secara rasmi. Semoga Serina terus berjaya dalam usaha memajukan diri dan meluaskan perniagaan yang dimilikinya. 
Sebelum pulang,kami bergambar beramai-ramai bersama Serina Datuk Redzuawan. Pastinya DN akan kembali bersama keluarga dan teman-teman. Sesuatu yang sedap dan menyelerakan harus dikongsi bersama semua. Alamat dan untuk mengikuti perkembangan Serina Datuk Redzuawan, boleh rujuk maklumat seperti berikut :-
Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03 - 61514112
Waktu Operasi : 10 pagi - 1 pagi (Setiap Hari)
Fanpage : Serina Redzuawan Official
Twitter : serinaredzuawan
Instagram : serinaredzuawan
Nota kaki : Jika anda datang ke sini, jangan lupa kongsikan gambar anda dengan meletakkan hashtag #CharKoayTeowSimplyDelicious ^_^
Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03 - 61514112
Waktu Operasi : 10 pagi - 1 pagi (Setiap Hari)
Fanpage : Serina Redzuawan Official
Twitter : serinaredzuawan
Instagram : serinaredzuawan
Nota kaki : Jika anda datang ke sini, jangan lupa kongsikan gambar anda dengan meletakkan hashtag #CharKoayTeowSimplyDelicious ^_^
nampak menarik menu yang dihidangkan..
ReplyDeleteAssalamualaikum DN. sedapnya. terliur sheila tengok char kuew tiaw. tak kira... balik ni nak p cari. huwaaaaaa durian crepe sedap tak? tak pernah rasa. ohhh >_________<'
ReplyDeleteMantap lah.. memang sedap menu yang dihidangkan.. menarik hati..
ReplyDeletealhamdulillah. sedap nye tgk gambo makanan ... char kuew teow, lama tk makan >_<
ReplyDeletekalau duk pj mcm dulu, leh singgah :D
syok la dpt makan ngn retis2 ..
ReplyDeleteSalam deq noor, Thank you so much for coming to my restaurant..and food review yg begitu ikhlas, terharu serina.Apa pun sebarang komen yg negatif pun boleh beri demi perbaiki kualiti makanan di restoran i.So kepada yg belum dtg jemput dtg beramai, di The strand kota damansara,jalan pju 5/20A.Restoran Serina bersebelahan dgn Kedai tudung Aryani. Di buka dari jam 10 pagi di tutup jam 1 pagi.
ReplyDeleteconfirm entry nie ditulis ngan penuh semangat kan... puas tengok gambar... nasib baik kita tak terjah kat dapur kan.... hehehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaahhh. Leh cedok info sikit2 ni. Hehehee
ReplyDeletepasni konpom repeat blk ngn anak bini lak..
ReplyDeletesedih tak dapat hadir malam tempoh hari.. sebab ada urusan yang perlu dibuat..
ReplyDeletepape pun, inshaallah akan hadir juga suatu hari nanti.
menu2 pun sedap belakaaa!
sedih tak dapat hadir malam tempoh hari.. sebab ada urusan yang perlu dibuat..
ReplyDeletepape pun, inshaallah akan hadir juga suatu hari nanti.
menu2 pun sedap belakaaa!
Yummy..makanan sume sedappp..
ReplyDeleteTapi kempunan x makan murtabak tu..
wah...serina siap datang komen lagi..
ReplyDeleteramai yang cakap restoran dia makanan sedap2..
sedapnyaaaa :)
ReplyDeletebuka blog halaman DN sambil makan di Marrybrown Labuan dengan Ibu...
Ibu kie cakap sedapnyaa heheheh...
boleh cuba nanti ni...
@Kisah Si Dairy menarik & sedap... no doubt!
ReplyDelete@Sheila Salim dtg la ke sini sheila.. xjauh pun dgn rumah sheila kan...:)
ReplyDeletedurian crepe mmg sedap pada yg suka makan durian...
@KiD jom repeat lg... thumbs up!
ReplyDelete@Afasz turun sini jom lah... boleh makan sama2.. ^_^
ReplyDelete@Serina Redzuawan thanks serina sudi singgah & komen di blog i.. setakat ini tiada komen negatif kerana mmg semuanya sedap belaka. keep it up & hope u success in your business... :)
ReplyDelete@hazman aka species1980 mmg semangat sambil terliur je tgk CKT.. huhu...
ReplyDelete@Ishak Ismail boleh sgt2.. silakan... :)
ReplyDelete@JMR jgn lupa kongsi gambar dgn hashtag #CharKoayTeowSimplyDelicious... :)
ReplyDelete@Tengku Syukri bukan rezeki ST nak makan sama2 dgn kami... Ada peluang nanti datang la ke sini.. :)
ReplyDelete@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) DN kempunan xsempat nak makan sate.. huhuhu...
ReplyDelete@diana hee... mmg sedap2 belaka.. singgah la nanti awak.. :)
ReplyDelete@Zulqarnain Abu Hassan wahh!! jauhnya baca blog DN.. Thanks kiki... :)
ReplyDeleteNanti bawa ibu dtg mkn kat sini tau... ^_^
Nampak sedap wei
ReplyDeleteterliur sat..haha..dh dkt ngn umh ni nnti nk try pastu update :p
ReplyDelete@Malaysia Tercinta memang sedap sgt2... the best in town... :)
ReplyDelete@hazwan hairy good... try nanti baru tahu sedap atau x kan.. :)
ReplyDeletebwk org mkn kt sini nnt wehh
ReplyDeleteok serius terliur tengok. dah la x makan malam ni huhu
ReplyDeleteAkak suka CKT...tu deqnoor letak gambar terus terliur....ermmmmmm
ReplyDeleteSedapnya char koay teow.. Jom gi makan lagi.. hee
ReplyDelete@noorkhamisah boleh je... anytime.. :)
ReplyDelete@Mohd Rasul ABu Hanipah hee... sowi.. g lh mkn nanti ye.. :)
ReplyDelete@Amanda Suria hihihi... try lah char koay teow kt sini. sedap...
ReplyDelete@Anarm jom!!! mmg nk pegi lg ni...
ReplyDelete@deq noorin shaa Allah, weekend nak jalan sini. jumpa kak serina! heeeeeeeee :)
ReplyDeletetengok gmbar macam sedap. nak daok chef buat mesti sedap..
ReplyDelete@Bahrain bukan macam lg.. mmg sedap.. :)
ReplyDeleteboleh g try nie..
ReplyDelete@Al Kisah try lah... nanti share sedap ke x ye.. :)
ReplyDeletedurian crepe tu yang namapk sedap..nyum2
ReplyDelete@Nadia Johari sedap kan duria crepe.. rasa nak pegi makan lagi la. hee...
ReplyDeletewaaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(
belum berkesempatan nak try lagi char kuey teow ni...adehhh
ReplyDelete@Ezad Skytech kalau ada plan ke kota damansara tu, singgah la ke sini ye.. :)
ReplyDeleteeee bila nak try ni...
ReplyDelete@Afasz g lah try.. sedap...
ReplyDeleteInvestigate christie hausmann's board "imperial oak" on Pinterest. ... Wire Frame Dining Chair,Performance Velvet, Ink Blue, Antique Brass ... Ceramics Barn Kids children and infant room stylistic theme includes crisp style and exemplary ...... You should begin smoking. What is the best smoker to buy?
ReplyDelete