Melihat Keunikan Senibina Angkor Wat

  Semasa di Siem Reap, DN berpeluang untuk melihat keunikan senibina kuil Budha Angkor Wat. Ia dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat ini memakan masa selama 30 tahun. Kini, Angkor Wat menjadi tarikan utama pelancongan di sini.
Untuk memasuki Angkor Wat, setiap pengunjung perlu mengambil gambar terlebih dahulu. Kemudian, gambar tersebut akan dicetak di atas pas masuk seperti di atas. Harga tiket bagi pelancong adalah seperti berikut :-
USD 20 - pas 1 hari
USD 40 - pas 3 hari (sah selama seminggu)
USD 60 - pas 7 hari (sah selama sebulan)



Untuk sampai ke kawasan ini, DN perlu melalui laluan jalan raya yang mana di kiri kanan jalan masih hutan menghijau. Dianggarkan keluasan tanah Angkor Wat ini adalah sebesar 203 ekar. Angkor Wat mempunyai 4 pintu masuk selain daripada pintu yang dilalui oleh DN untuk masuk ke sini.
 Dari kejauhan kelihatan Angkor Wat berdiri megah dengan senibina yang unik. Sebagaimana dongeng Gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia.

Akhirnya, DN tiba di pintu masuk atau laluan utama untuk ke Angkor Wat. Jalan masuk utama ke Angkor Wat sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat akan melalui pintu gerbang, dimana DN difahamkan menurut kepercayaan Budha ia mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.

Sebelum menyambung perjalanan menjelajah senibina Angkor Wat ini, kita bergambar beramai-ramai dahulu. Jika ingin mengelilingi keseluruhan Angkor Wat ini, seharian berada di sini pun masih tidak cukup masa. Oleh itu, kami menghadkan masa selama 2 jam sahaja untuk mengelilingi kawasan ini. Selebihnya, kami akan melihat dari jendela van sahaja.
 Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara.
Laluan berbatu seperti di atas adalah laluan asal yang masih kekal sehingga kini. Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.
 
 Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan Gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Dengan itu, menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Jika ke Siem Reap, kalian akan dapati keseluruhan bangunan di sini akan dipastikan lebih rendah dari puncak menara Angkor Wat, iaitu kurang dari 4 tingkat sebagai tanda penghormatan mereka kepada kuil Budha ini.
 
 Hampir keseluruhan dinding di Angkor Wat mempunyai ukiran seperti membentuk sebuah cerita. Pasti ia menceritakan sesuatu dan jika DN ingin mengetahuinya pasti mengambil masa yang lebih lama. Ukiran disini sangat kemas, teliti dan terperinci sehingga boleh kekal sehingga kini untuk menjadi tontonan pelancong yang datang seperti DN.

 Suatu ketika dahulu, ia merupakan kawasan taman bunga yang sangat cantik. Kini, hanya rumput hijau menghiasi kawasan-kawasan lapang di Angkor Wat ini. Beberapa gambar senibina unik di dalam Angkor Wat akan DN kongsikan di bawah ini.





Selesai 2 jam mengelilingi Angkor Wat, DN berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mengelilingi kawasan dan kuil lain di sekeliling Angkor Wat ini. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya. DN melihat kuil-kuil lain seperti Ta Prohm yang menjadi tempat pembikinan filem Lara Croft : Tomb Raider lakonan Angelina Jolie dengan menaiki van sahaja.
Sebelum meninggalkan kawasan Angkor Wat, DN melalui barisan rumah dipercayai menjadi tempat gundik raja. Terdapat 12 buah rumah sebegini. Ini bermakna, raja dahulu menyimpan 12 orang gundik di dalamnya. Yang mana merupakan isteri pertama, DN tidak pasti pula.

Selesai di sini, DN bergerak menuju ke tempat lain pula. Pengalaman melihat senibina ukiran batu yang unik ini menjadi pengalaman yang sangat berharga untuk DN. Jika berpeluang ke Siem Reap, jangan lupa ke sini untuk melihat sendiri keunikan rekabentuk Angkor Wat yang menjadi bahan dan kajian sejarah kini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:


  1. waaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat melawat ke tempat2 macam ni DN..:D

    ReplyDelete
  3. @Ezad Skytech ada rezeki dtg ke siem reap, jgn lupa ke angkor wat ini... :)

    ReplyDelete
  4. memang besar angkor wat. kiranya pada zaman ia dibina..kuil ni dah dikira sebagai bangunan yg melampaui zaman pada ketika itu

    ReplyDelete
  5. @Blogger Babyface betul tu.. sehingga kini ia menjadi bahan kajian sejarah tentang keunikan senibina yang sangat teliti ini...

    ReplyDelete
  6. @Blogger Babyface betul tu.. sehingga kini ia menjadi bahan kajian sejarah tentang keunikan senibina yang sangat teliti ini...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^