Menziarahi Masjid Ar-Rafee'ah Tonle Sap, Siem Reap, Cambodia

 
Selepas melihat cara pembuatan kain sutera di The Silk Farm, DN dan rakan blogger lain meneruskan perjalanan menuju ke Tonle Sap. Perjalanan yang mengambil masa sekitar 1 jam dari bandar Siem Reap ini telah membawa kami melalui dan melihat sendiri kehidupan penduduk di sini. Rumah kayu yang kecil dan tinggi ini rata-rata merupakan rumah kebanyakan penduduk di sini.
 Jalanraya di sini masih di dalam pembinaan tetapi keadaannya lebih baik dari jalan tanah merah Phnom Penh-Siem Reap yang dilalui oleh kami sebelum ini. Kami sempat singgah menziarahi dan menyampaikan infaq di Masjid Ar-Rafee'ah sebelum meneruskan perjalanan menuju ke tasik.
 Inilah Masjid Ar-Rafee'ah yang turut bersambung dengan Madrasah Ar-Rafee'ah. Kewujudan masjid ini cukup untuk menampung penduduk Islam minoriti di sini. Adanya madrasah ini membolehkan ilmu agama dapat disampaikan kepada anak-anak disini supaya Islam tetap menjadi pegangan mereka dan terus berkembang di kalangan mereka.
Beginilah suasana di dalam Madrasah ini. Mereka belajar agama tidak mengira usia. Kanak-kanak dan dewasa kesemuanya berada di dalam madrasah ini untuk menuntut ilmu. Apa yang penting adalah ilmu yang diterima dan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
 Selesai menyampaikan infaq kepada pelajar-pelajar dan orang kampung beragama Islam di sini, kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Melihat wajah kanak-kanak di sini, mengingatkan DN tentang zaman kanak-kanak DN. Alangkah beruntungnya hidup di bumi bertuah Malaysia. Semoga mereka terus tabah menghadapi kehidupan yang masih belum pasti kelak.
Rombongan kami bukanlah yang pertama menziarahi mereka di sini. Masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu sesama Islam. Semoga usaha dan apa yang dilakukan untuk membantu umat Islam disini diberkati Allah. Selepas hampir 30 minit beramah mesra dengan mereka, kami meneruskan perjalanan untuk menaiki bot di Tonle Sap. Pengalaman DN di tasik yang besar akan DN ceritakan selepas ini.

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. Menarik pengalaman ini.. teringin nak terlibat dengan aktiviti sebegini

    ReplyDelete
  2. masih terngiang-ngiang mereka membaca surah al-fatihah dan tahiyyat akhir..

    ReplyDelete
  3. @Bro Framestone insyaAllah, bro akan ada peluang begini satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  4. @KiD itu lah.. semoga mereka menjadi anak yang soleh & solehah...

    ReplyDelete
  5. Bagus laa.... budak skolah sains pun boleh ada inisiatif yang mulia macam nie...

    ReplyDelete
  6. @hazman aka species1980 betul tu... dari usia muda perlu dididik untuk membantu org lain...

    ReplyDelete
  7. Sungguh beruntung kita tinggal di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  8. pegi ke mana2. asalkan ada masjid dan makanan halal. memang terasa nikmat kesyukurannya

    ReplyDelete
  9. @Blogger Babyface betul tu.. alhamdulillah tidak susah mendapatkan makanan halal di sini..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^