Review Filem : 3 Peas In A Pod

 Tahun 2014 ini DN mulakan dengan review filem yang bertajuk 3 Peas In A Pod. Terima kasih kepada MIG Online kerana sudi menjemput DN ke Majlis Pratonton filem di bawah :-
 Filem 3 Peas In A Pod adalah filem terbitan Huat Film Production di bawah pengarahan Michelle Chong. Walaupun masih baru dalam dunia perfileman, ia bukan satu alasan untuk bersaing dengan syarikat penerbitan lain sekaligus mampu menghasilkan karya yang bermutu. Filem 3 Peas In A Pod merupakan karya kedua dihasilkan oleh Michelle Chong selepas mencipta kejayaan daripada filem komedi pertama mereka berjudul Already Famous. Untuk karya kedua, mereka mempertaruhkan filem bergenre romantik yang mampu memberi impak sejajar dengan penerimaan penonton terhadap filem bergenre sebegini.
Filem 3 Peas In A Pod menggabungkan pelakon dari 3 negara iaitu Taiwan, Korea dan Singapura. Mereka adalah pelakon popular Calvin Chen (Taiwan), bekas ahli kumpulan K-pop U-Kiss Alexander Lee Eusebio (Korea) dan pendatang baru yang sedang meningkat naik Jae Liew (Singapura). Hasil gabungan pelakon-pelakon dari 3 negara ini telah menjadikan filem ini sangat unik dan menarik.
 
 3 Peas In A Pod mengisahkan tentang 3 orang pelajar yang sedang menuntut di Universiti Melbourne, Australia dengan latar belakang dan negara yang berbeza. Penny (Jae Liew) berasal dari keluarga sederhana di Singapura mula bersahabat baik dengan Peter Park (Alexander Lee Eusebio) semasa sesi orientasi. Peter Park pula merupakan seorang pelajar lelaki kacak dan kaya yang akan mewarisi empayar hotel milik bapanya berasal dari Korea. Dalam diam, Penny meminati Peter Park dan sanggup menghadiri kelas Peter untuk mencatat nota dan membuat tugasannya.
Pada suatu hari, Penny telah tertukar keputusan peperiksaan dengan Perry (Calvin Chen) yang merupakan seorang pelajar miskin tetapi rajin berasal dari Taiwan. Perry tertarik dengan Penny, sebagaimana Penny bersama Peter menyebabkan hubungan mereka menjadi semakin rapat. Keakraban mereka bertiga menyebabkan mereka dikenali sebagai '3 Peas' di universiti kerana nama mereka bermula dengan huruf P.
 Masa berlalu terlalu pantas dan mereka hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum menamatkan pengajian. Peter tidak mahu pulang ke Korea untuk menghadapi kehidupan dan perkahwinan yang sudah diaturkan oleh keluarganya. Oleh itu, Peter memujuk Penny dan Perry untuk bercuti bersama-sama sebagai percutian terakhir sebelum mereka berpisah. Penny dan Perry akhirnya bersetuju dan mereka berjalan-jalan melihat tempat-tempat menarik di Australia.
 
 Dalam tempoh percutian, mereka mula menyedari perasaan di antara satu sama lain dan hubungan mereka menjadi semakin rumit. Apakah yang berlaku di dalam hubungan mereka? Siapakah yang menjadi pilihan Penny, adakah Perry atau Peter? Bagaimana kehidupan mereka bertiga akhirnya? Adakah mereka terus bersahabat baik atau hubungan yang semakin rumit menghancurkan persahabatan mereka? Kesudahannya...... Saksikan 3 Peas In A Pod di pawagam mulai 16 Januari 2014.
 Pendapat peribadi DN, cerita ini sangat unik apabila digabungkan pelakon dari 3 buah negara ini. Kadangkala DN rasa seperti sedang menonton cerita cina, tetapi ada satu-satu masa DN rasa sedang menonton cerita Korea. Pengarah sangat kreatif apabila pandai memilih tempat-tempat penggambaran di Melbourne Australia yang cantik dan ini telah mengagumkan dan membuatkan DN terpesona sepanjang menonton filem ini. Perjalanan cerita juga santai dan menghiburkan serta terselit elemen sedih sehingga menyentuh perasaan kewanitaan DN. Pelakon berjaya membawa watak mereka sehingga DN tidak menyangka pengakhiran ceritanya memeranjatkan semua yang menonton filem ini. DN berikan 4.5/5 untuk filem bergenre romatik ini.
"Yaaa!! English please... " Hahaha... DN sehingga hari ini teringat laungan Peter. Jangan lupa saksikan dipawagam berhampiran bermula 16 Januari 2014 ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. Masha Allah tengok trailer kie dah mula touching babe!!!

    OMG DN.... mula lah perasaan jiwang kie ni hahaha...

    gugur iman jap Astagfirullah... mula lah menggamit kenangan silam,... ceh!!

    xnak lepaskan peluang ni!

    ReplyDelete
  2. @Zulqarnain Abu Hassan cerita ini sgt unik.. Nak kata romantik, takde la romantik sgt tapi tersentuh gak bila tengok.. kiki pegi la tengok.. :)

    ReplyDelete
  3. @Bro Framestone iyelah bro.. sampai hati diorang buat perasaan wanita begitu.. sobsob...

    ReplyDelete
  4. @Muhammad Syazwan Norhalik comel sgt.. lagi2 bila sorang cakap cina, sorang cakap korea... :D

    ReplyDelete
  5. Apa-apa pun bro xkan buat perasaan Wanita DN jd macam tue...

    kalau perasaan bajet comel, cute muda tue... maybe la he..23x

    ReplyDelete
  6. Sayatak berapa suka dengan filem/drama yang tajuknya mempunyai double meaning (biasanya melibatkan nama heroin/hero) -Cinta Qaseh, PapaDom, 3 Peas In A Pod ni dan yang sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  7. kalau dah kawin karib ade perasaan dah tak tau mana satu nak pilih..hurmm

    ReplyDelete
  8. Hurmm.... nasib baik ada subtitle baru la senang faham tengok citer nie... hohooho

    ReplyDelete
  9. @Bro Framestone ececece... yeke? nak DN belanja coffee latte lg lah tu.. :p

    ReplyDelete
  10. @Malaysia Tercinta jadi tajuk bagaimana menjadi pilihan awak ye??

    ReplyDelete
  11. @Nadia Johari itu lah.... sebab itu bila dah berkawan sukar untuk bertukar menjadi kekasih..

    ReplyDelete
  12. @hazman aka species1980 kena ada subtitle sebab kadang cakap cina, korea & english... :)

    ReplyDelete
  13. @hazman aka species1980 kena ada subtitle sebab kadang cakap cina, korea & english... :)

    ReplyDelete
  14. dn dn dn...so sape yang penny tu pilih. cite lahhhh

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum DN, macam best je cerita ni. hehe ntah nak ke tak suami sheila tengok. hihi (",)

    ReplyDelete
  16. @mamawaiz errr.... tinggal tanda tanya sampai ke akhirnya... :D

    ReplyDelete
  17. @Sheila Salim perempuan suka la cerita ni.. tapi ada gak lelaki yg suka. kalau suka tengok cerita korea, mesti suka cerita ni.. :)

    ReplyDelete

  18. waaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^