Review Filem : Jangan Pandang Belakang Boleh?

 "Jangan Pandang Belakang Boleh?" merupakan filem ke-89 bergenre komedi seram. Ia diparodikan daripada filem asal "Jangan Pandang Belakang" yang pernah menjadi fenomena industri filem tempatan dengan kutipan mencecah RM6.5 juta pada tahun 2007. Filem "Jangan Pandang Belakang Boleh?" di bawah pengarahan Ismail 'Bob' Hasim menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.
Filem "Jangan Pandang Belakang Boleh?" mengisahkan tentang teman wanita Dharma (Zalif Sidek), Rose (Adibah Yunos) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Rose dipercayai mati akibat bunuh diri tetapi Dharma dan kembar Rose, Seri (Shima Anuar) tidak percaya Rose akan membunuh diri. Oleh itu, Dharma dan Seri cuba mencari punca kematian Rose.
 Namun ketika pencarian itu, Dharma sering diganggu dengan benda-benda mistik. Ini menyebabkan Dharma tidak keruan dan terganggu segala aktiviti harian serta kehidupannya tidak terurus. Dharma mengadu tentang gangguan yang sering dihadapinya kepada Seri dan rakan sepejabat juga sahabat karibnya, Indra (Epy Kodiang) tetapi mereka tidak mempercayainya.  Akhirnya, Dharma memilih untuk pulang ke kampung bagi menenangkan dirinya. Walau bagaimanapun, dirinya tetap diganggu walaupun sudah berada di kampung.
Siapakah makhluk yang sering mengganggu dirinya? Dapatkah Dharma dan Seri mencari punca sebenar kematian Rose? Adakah Dharma berjaya melepaskan diri dari gangguan yang sering menghantui dirinya? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram "Jangan Pandang Belakang Boleh?" di pawagam pada 31 Januari 2014.
 Pendapat peribadi DN, filem ini sangat menghiburkan dan tidak seperti cerita seram lain. Mereka yang takut untuk menonton filem seram, boleh menonton filem ini kerana belum sempat hendak merasai keseraman tersebut, pasti sudah ketawa melihat telatah dan reaksi pelakon-pelakon berbakat ini. Kehadiran artis berpengalaman di dalam filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin menjadikan filem ini lebih menyeronokkan. Setiap saat mata ini seperti tidak mahu dilepaskan atau dialihkan daripada melihat aksi-aksi menghiburkan mereka. DN berikan 4.5/5 untuk filem bergenre komedi seram ini.
Saksikan di pawagam bermula 30 Januari 2014 ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. Jangan pandang belakang, nanti nampak DeqNoor

    ReplyDelete
  2. Hurmmm.... tinggi betul markahnya...mesti kelakar seram buat DN mengekek kuat la nie yea

    ReplyDelete
  3. @Bro Framestone hahaha... lain kli rapat skit ye... :p

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980 cerita genre sebegini tidak berat dan sesuai untuk hiburan... sebab DN xsuka cerita yg kena berfikir sedangkan tengok wayang untuk relax.. :)

    ReplyDelete
  5. ok...macam nak layan je cerita ni esok...macam best je..hee

    ReplyDelete
  6. kalau rapat bahaya... mula la Deqnoor xde geng nak tgk wyg sama.. tgk bro dengan orang lain je memanjang he..23x

    ReplyDelete
  7. @Ezad Skytech baru nak rasa seram, dah gelak... hee... best! sesuai utk hilangkan stress... ^_^

    ReplyDelete
  8. @Bro Framestone mcm la selalu tgk wayang sama dgn DN... hee... xpe, DN kasi can.. ;)

    ReplyDelete
  9. hahahahaa... ada2 je Bro Framestone.. (hope dia tak baca komen ni.. hik3)

    ReplyDelete
  10. @KiD bro mmg cenggitu.. layankan aje.. hee...

    ReplyDelete
  11. oh..tak seram sangat. tak bestlah.

    kalau terlampau seram baru best nak tengok

    ReplyDelete
  12. knp la diperodikn crita asl.x menrik lngsung tengk filem ni..

    ReplyDelete
  13. @Blogger Babyface nama pun komedi seram... harus lah baru nak seram, gelak.. hee...

    ReplyDelete
  14. @nor fiyka skrg semua hendak parodi, mereka cuba memparodikan filem seram ini supaya kena dengan genre komedi seram... semoga mereka akan mengeluarkan filem bergenre seram sahaja selepas ini

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^