Review Filem : Muka Surat Cinta

 "Muka Surat Cinta" merupakan filem ke-88 terbitan MIG. Kejayaan mendominasi 30% dari kutipan keseluruhan filem melayu di Malaysia pada tahun 2013 menyebabkan MIG mempertaruhkan genre romantik buat pengikut-pengikut filem Melayu tempatan. Ia menjadi pembuka tirai barisan filem-filem yang sedang menanti untuk ditayangkan bagi tahun 2014 ini.  Filem "Muka Surat Cinta" arahan Pierre Andre membariskan muka-muka baru sebagai peneraju utama seperti Mikail Andre, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, Azwan Kombos dan Afiera Riana. Filem ini secara tidak langsung menggabungkan artis dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
 Filem  "Muka Surat Cinta" mengisahkan tentang Putra (Mikail Andre), seorang pensyarah fakulti penulisan di sebuah kolej berkahwin dengan Luna (Nina Iskandar) atas pilihan keluarga. Kehidupan mereka hambar kerana tiada perasaan cinta di dalam diri Putra. Walaubagaimanapun, Luna berusaha untuk memikat hati suaminya dengan pelbagai cara. Suatu hari, Putra bertemu kembali sahabat lamanya, Issac (Izwan Kombos) dan meluahkan isi hatinya. Issac menasihati Putra untuk menghargai kehadiran Luna dan mencari kembali perasaannya melalui penulisan. Ini kerana selepas berkahwin, Putra tidak lagi menulis novel seperti dahulu. Dalam pada Putra sedang mencari kekuatan cinta, Nurul (Atikah Suhaime) yang merupakan pelajar Putra sering mengganggu untuk menarik perhatiannya. Usaha Nurul gagal kerana Putra telah jatuh hati dengan penulis catatan di dalam novel berjudul 'Mencari Cinta' yang telah dibelinya di sebuah kedai buku terpakai. Putra mengembara untuk menjejaki siapakah pemilik buku sebelum ini.

Berjayakah Putra menjejaki pemilik buku tersebut? Benarkah Putra sudah jatuh cinta dengan penulis catatan novel itu? Bagaimana hubungan Putra dan Luna selanjutnya? Saksikan di pawagam bermula 16 Januari 2014 ini.

 Bagi DN, jalan cerita filem ini agak perlahan dan membosankan. Bagi penggemar filem bergenre romantik, pasti tidak mempunyai masalah untuk menonton filem ini. Segala perbuatan banyak melalui kata hati. Oleh itu, banyak mendiamkan diri tetapi hanya suara dari hati sahaja yang kedengaran. DN agak terganggu dengan pergerakan kamera di dalam filem ini. Banyak gangguan dan DN kerap hilang fokus ketika menontonnya. Kadang di sebalik kerusi, menerusi tingkap dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, pelakon berjaya membawa watak dengan baik. Riak muka dan setiap gerak geri menunjukkan perasaan yang sedang dirasainya. Ketika sedih, resah, gelisah, pendam dan terseksa, semuanya dapat dilihat dengan jelas dari riak muka mereka. DN berikan 2.5/5 untuk filem "Muka Surat Cinta" ini. Antara gambar-gambar babak di dalam filem ini boleh dilihat di bawah :-
Saksikan "Muka Surat Cinta" di pawagam berhampiran bermula 16 Januari 2014 ini...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. Salam singgah dr blog sheila...
    sy kureng sket bab2 crite mcm nih...cpt bosan

    ReplyDelete
  2. Rajin betul David Teo bawak pelakon baru kan.... rating tu macam tu biasa je nampaknya..... hehehe

    ReplyDelete
  3. hurmmm sinetron sangat bunyi nyaa...

    kuat monolog kie pun xmasuk jiwa tu ehehhe...

    tp kalau yang 3 Cup Pin Peas? ahahahha bunyi macam tu lah.. haaa yang tu oMG!!!!!!

    speechless jatuh cinta!!!!

    ReplyDelete
  4. @Mimi Azirah genre romantik pasti mempunyai peminatnya yg tersendiri...

    ReplyDelete
  5. @Bro Framestone sorang je bro... ingat bro dpt tp xdapat pegi...

    ReplyDelete
  6. @hazman aka species1980 pelakon dicipta, bukan dilahirkan... hehehe... biasa je sbb DN tidak gemarkan filem genre romantik..

    ReplyDelete
  7. @Zulqarnain Abu Hassan 3 peas in a pod la kiki... hihihi... memang best lagi2 view yg cantik tu... perghhh.. mmg nak pegi sana je rasanya

    ReplyDelete
  8. ok...filem macam ni bukan favourite ezad...mahu tertidur kat dalam panggung wayang ni DN...hee

    ReplyDelete

  9. waaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^