Sambutan Tahun Baru Cina 2014 dan Majlis Kesyukuran MIG Bersama Media

Pada 21 Januari 2014, DN dan beberapa rakan blogger lain telah dijemput oleh pihak MIG untuk menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina 2014 dan Majlis Kesyukuran MIG Bersama Media. Bertempat di N'dah Catering & Services Shah Alam, tema yang dikenakan pada malam tersebut adalah merah putih. Setelah 14 tahun MIG bertapak di dalam industri dengan kejayaan menerbitkan 100 buah filem dalam tempoh tersebut, pastinya ia merupakan pencapaian yang cukup memberangsangkan dan boleh dibanggakan.
Beginilah suasana pada malam sambutan tersebut. Ketika ini para jemputan masih belum hadir kerana DN sudah berada di sini seawal 7 malam. Sambutan Tahun Baru Cina 2014 dan Majlis Kesyukuran MIG Bersama Media ini khas diadakan bagi meraikan seluruh warga MIG termasuk kakitangan, pelakon serta krew yang selama ini telah bertungkus lumus mengerah tenaga dan idea untuk menghasilkan filem-filem bermutu. Tahniah DN ingin ucapkan kepada warga MIG yang telah menerima bonus rumah, wang tunai dan selainnya.
 Seperti tradisi yang telah diamalkan setiap tahun, MIG sekali lagi berkongsi rezeki bersama pihak yang telah sama-sama menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh MIG. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG), Mejar (K) David Teo. Tahniah juga diucapkan kepada filem paling cemerlang 2013 iaitu Adnan Sempit 3, Minyak Dagu, Highland Tower dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!. Semoga tahun 2014 menjanjikan filem-filem yang menarik dan menghiburkan untuk tontonan semua.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. waaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(

    ReplyDelete
  2. Eh mana komen bro... adeh, apa yang bro komen ek?

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim sori ye sheila... hope lepas ni xkan berlaku lg... sobsob... :(

    ReplyDelete
  4. @Bro Framestone bro komen....

    wahhhhh ada angpow ek...

    Betul x bro? heee...

    ReplyDelete
  5. Eh, mana DN tahu bro komen macam tue?

    ReplyDelete
  6. wah..dapat angpow dari Mr David..hee

    ReplyDelete
  7. Rajin baca email ek, apa kata masukan balik komen2 kami yg terdelete tue...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^