Sekitar Perjalanan Phnom Penh - Siem Reap Melalui Jalan Darat

Hari kedua di Phnom Penh selepas ke Tuol Sleng Genocide Museum dan makan tengah hari di Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS), DN meneruskan perjalanan ke Siem Reap melalui jalan darat. Jarak antara Phnom Penh-Siem Reap sekitar 350km. Dijangkakan perjalanan mengambil masa selama 5 atau 6 jam. Bertolak sekitar jam 4.30 petang, dijangka sampai di Siem Reap jam 10.30 malam.
Perjalanan melalui jalan tanah merah sepanjang jalan menuju ke Siem Reap memang amat mencabar dan memenatkan. Terasa seperti menaiki kuda sepanjang perjalanan selama 6 jam ini. Di kiri kanan jalan kelihatan rumah penduduk di sini yang rata-rata tinggi dan berdinding kayu. Jalan tanah merah ini pastinya membuatkan rumah mereka berdebu.
 Dalam perjalanan ke Siem Reap, ada juga melalui jalan yang agak baik keadaannya tetapi tidak jauh mana. Sekitar 5km, kemudian kembali melalui jalan tanah merah. Pada mulanya DN ingatkan jalan ini merentasi tasik. Rupa-rupanya, ia merupakan tanah rendah yang tenggelam disebabkan banjir lalu membentuk kawasan berair yang luas. Sebab itu kelihatan tiang elektrik pun berada di dalam air.
Bukan itu sahaja, dalam pada melalui jalan berliku dengan kelajuan sekitar 80km/j, van yang DN naiki perlu memperlahankan kenderaan dan kadangkala berhenti seketika. Ini kerana untuk memberi laluan kepada lembu-lembu ini melintas jalan. Ironiknya, kadangkala lembu-lembu ini memberi laluan kepada kenderaan lalu dahulu baru mereka melintas jalan. Lembu juga tahu bertimbang rasa di jalan raya.
Memandangkan malam hampir menjelma, pastinya lembu-lembu ini melintas jalan untuk pulang ke rumah mereka. Selamat tinggal... DN meneruskan perjalanan lagi menuju ke Siem Reap.
 Jam sudah menunjukkan pukul 6.20 petang dan suasana di sini sudah gelap. Tiada lampu jalan, tiada rumah-rumah yang terang benderang. Hanya dengan bantuan lampu dari van kereta untuk menerangi malam yang gelap dan kelam. Kadangkala, bertembung juga dengan kenderaan lain yang berlampu seperti bas, kereta dan motor. Adakalanya, bertembung juga dengan kereta lembu dengan cahaya lampu yang malap sahaja. 

Van yang DN naiki tidak berhenti di mana-mana sepanjang jalan. Hanya beberapa kali berhenti untuk ke tandas terbuka (lelaki sahaja) dan sebelum sampai ke Siem Reap, berhenti sekali di stesen minyak. Sampai sahaja di Siem Reap, tempat pertama yang dituju adalah ke Muslim Family Restoran untuk menikmati makan malam. DN akan kongsikan mengenai restoran ini di dalam entri yang berbeza.
Sekitar jam 10.30 malam, sampailah ke penginapan DN di Siem Reap. DN menginap di Ta Prohm Hotel untuk 2 malam. DN akan berkongsi mengenai hotel ini dalam entri yang berbeza juga.

6 jam perjalanan yang memenatkan tetapi pengalaman yang sangat berharga untuk DN. Entah bila DN berpeluang untuk melaluinya lagi. Semoga jalan yang DN lalui dari Phnom Penh ke Siem Reap akan segera siap untuk kemudahan penduduk Cambodia ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. Pukul enam lebih dah gelap gelita, tiada pencemaran cahaya. Macam duk kampung masa keci-kecil dulu.

    ReplyDelete
  2. entah kenapa lah gatal lidah kie ni...

    duk ulang2 nyebut Siem Riep huhuhu...

    hotel kemain dah macam filem morilyn monroe ?

    Haaa!!! itss Marilyn Monroe <3 ehehhee

    ReplyDelete
  3. Memang jenuh laaa.... mostly jalan tanah merah nie....kena pakai la kalau naik moto kat sini

    ReplyDelete
  4. @Malaysia Tercinta betul tu... tp org skrg mana boleh xde cahaya g mana2. hee...

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 sbb tu org2 naik motor kt sini pakai mask muka... xyah mekap, sampai rumah mmg penuh debu kt muka. hihihi...

    ReplyDelete
  6. memang kaki kita masa tu dok lunjur.. dok bengkok.. lunjur.. minum pun dengan kuantiti sikit.. hehehee..

    ReplyDelete
  7. Agak ketinggalan infrastruktur asas disana. Masih lagi suasana kampung.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum DN, tanah pun masih tak bertar. jauh beza dengan Malaysia kan.. cepatnya gelap kat sana, ada perbezaan masa dengan Malaysia tak?

    ReplyDelete
  9. @KiD itulah.. kenangan betul kan... :)

    ReplyDelete
  10. @akubiomed in fact, kampung di Malaysia lebih maju dari di sana...

    ReplyDelete
  11. @Sheila Salim mmg jauh sgt2 sheila... beza sejam dgn Malaysia.. Malaysia pukul 7, kat sini baru pukul 6..

    ReplyDelete

  12. waaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(

    ReplyDelete
  13. i/Allah bulan 10 2014 kita orang akan ke SR dan PP , banyak info yang berguna dari entry ni . boleh singgah blog saya nnt

    mamatselekeh.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. @mamat selekeh semoga selamat pergi dan pulang.... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^