Ta Prohm Hotel
Pokambor Avenue, Mondul I,
Sangkat Svay Dangkum,
Siem Reap-Angkor, Kingdom of Cambodia.
Tel: (855) 63 760 087
Fax: (855) 63 963 528
E-mail : info@taprohmhotel.com
Website: www.taprohmhotel.com
Lokasinya adalah di :-
View Ta Prohm Hotel Siem Reap in a larger map
Ta Prohm Hotel diambil nama bersempena dengan salah satu kuil. Ta Prohm (Khmer: ប្រាសាទតាព្រហ្ម)ialah nama moden kuil di Angkor, Wilayah Siem Reap, Kemboja. Ia dibina lewat kurun ke-12 dan awal kurun ke-13 dan pada asalnya ia dikenali sebagai Rajavihara (Khmer: រាជវិហារ). Terletak kira-kira satu kilometer di sebelah timur Angkor Thom dan di tepi selatan Timur Baray, ia telah ditubuhkan oleh Raja Khmer, Jayavarman VII sebagai satu biara penganut Buddha Mahayana dan Universiti. Kelihatan senibina di Ta Prohm Hotel keseluruhannya daripada ukiran kayu.

Di dalam bilik juga keseluruhannya menggunakan kayu. Kelihatan bilik twin standard room di atas menggunakan katil kayu dengan ruang keliling yang luas.

Berhadapan dengan katil tersedia meja solek, TV, tempat meletak bag, almari kecil dengan di dalamnya terdapat peti ais mini. Di dalam peti ais mini tersedia pelbagai jenis minuman yang tidak boleh diminum oleh DN. Gelas wine disediakan, tetapi untuk kemudahan cerek dan cawan tidak disediakan disini.

Kerusi santai juga disediakan di bilik ini. Keseluruhan perabot di sini memang diperbuat daripada kayu. Arah kiblat tiada, jadi perlu menggunakan kemudahan di dalam phone untuk menentukan arah kiblat. Mujur di bilik tersedia wifi percuma maka, tiada masalah untuk menentukan arah kiblat. Ruang yang luas disini menjadi tempat untuk DN menunaikan solat.

Selain itu, terdapat juga almari yang besar dengan di dalamnya disediakan dengan selipar dan peti keselamatan.
Di dalam bilik air pula, lengkap dengan semua kemudahan di bilik mandi. Keadaan bilik mandi ini bersih dan selesa untuk membuang air serta mandi. Hair dryer juga disediakan di dalam bilik mandi ini. Bilik twin standard room ini berharga USD40 (~RM130) semalam. Hmm... Harga bilik 3 star Ta Prohm Hotel ini sangat berpatutan.
Maklumat lain yang boleh DN kongsikan adalah Ta Prohm Hotel ini terletak bersebelahan dengan Old Market (Phsar Chas). Apabila malam menjelma, hotel ini berhampiran dengan pub yang popular di kawasan tersebut dan juga hanya perlu berjalan kaki sahaja ke Night Market. Di hadapan Ta Prohm Hotel ini terdapat sungai yang telah diubahsuai menjadi taman untuk bersantai menikmati suasana malam dengan cahaya lampu yang cantik di sepanjang jalan. Jika bercadang ke Siem Reap, boleh ke Ta Prohm Hotel ini atau mencari hotel berhampiran kerana kemudahan tuk-tuk dan lain-lain kenderaan mudah untuk didapati di sini.
Assalamualaikum DN, thanks bagi info. lawa juga biliknya, nampak kemas dan bersih. heeeeeeee
ReplyDeleteLapang sungguh bilik nie.... apa yang penting wifi free tetap ada....
ReplyDeletesempoi.. 3 bintang je ni?
ReplyDelete@Sheila Salim w'salam.. mmg lawa, kemas & bersih.. tp iron xde.. hihihi... :D
ReplyDelete@hazman aka species1980 betul tu... wifi penting kt mana2 skrg kan.. :)
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik yup.. 3 bintang je.. kalau 5 bintang macam mana la rupanya kan... hee...
ReplyDeletehotel kemas (y)
ReplyDeleteNampak menarik hotel ni,,kemas dan bersih..suasana pun sedap mata memandang..macam tak nak keluar bilik je ni.
ReplyDelete@Atiqah Wadiah mmg kemas dan bersih.. :)
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor mmg selesa dan harga juga berpatutan.. nak keluar shopping pun senanf.. ;)
ReplyDeletewaaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(
its ok DN...mungkun DN tak perasan tertekan masa tu...:D
ReplyDelete@Ezad Skytech itulah... sowi... :(
ReplyDeletesyok nye tgk hotel dia. rasa nak p tido otel la. hehe. lama dah tk p becuti. nk bwak baby :D
ReplyDelete@Afasz pergi lah cuti2... boleh merehatkan diri sambil melihat tempat orang.. :)
ReplyDeleteMane lagi best ye..siem reap atau Phnom Penh?
ReplyDelete