Tempat Yang Sudah Dilawati Sepanjang Tahun 2013

DN meninggalkan tahun 2013 dengan kenangan melihat negara dan negeri orang dengan kekerapan yang lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya. Memang tidak dinafikan DN akan travel setiap bulan sama ada atas urusan kerja atau bercuti. Tetapi sebelum ini DN tidak atau jarang kongsikan dengan pembaca di sini. Tahun lepas, sebolehnya DN ingin berkongsi dengan pembaca supaya sedikit sebanyak kalian mendapat gambaran dan merasai sama apa yang DN rasa. Tempat-tempat yang DN lawati adalah seperti berikut :-

1. Solo, Indonesia
DN memang sudah jatuh cinta dengan Solo. Solo merupakan tempat pertama DN keluar dari Malaysia sendirian dan DN kembali sekali lagi kerana DN sukakan suasana serta penduduk di sini. Mungkin kebanyakan dari mereka berbahasa Jawa, maka DN terasa seperti pulang ke kampung. Spa menjadi tempat yang akan DN kunjungi setiap hari apabila berada di Solo. Entri lanjut DN kongsikan semasa di Solo boleh baca di 'Kembali Solo'

2. Seoul, Korea
Inilah percutian musim sejuk yang DN tidak akan lupakan. Boleh dikira berapa kali mandi semasa DN di Korea. Ooppsss! Hehehe... Semasa DN disini, salji sudah berkurang tetapi suhu di sini tetap sejuk sekitar 0 - 6 °C. Kisah mengenai DN di Korea boleh baca di 'Informasi Berguna Melancong ke Korea'

3. Bali, Indonesia
DN pergi ke Bali menggunakan membership club maka, DN hanya perlu membeli tiket flight dan perbelanjaan makan, shopping serta jalan-jalan semasa di sana. Di sini memang penuh dengan warga asing oleh itu, tidak terasa sunyi semasa berada di Bali. Memang destinasi percutian yang romantik jika kalian bercuti dengan pasangan. Entri DN di Bali boleh baca di 'Kunjungi Tempat Menarik di Bali, Indonesia'

4. Kuala Terengganu, Malaysia
 DN juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti di dalam Malaysia bersama rakan blogger. Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kuala Terengganu tidak terkecuali. Walaupun ofis DN ada di sana, DN tidak singgah pun menjenguk mereka. Hihihi... DN kongsikan cerita DN semasa di Kuala Terengganu 'Bersiar-siar di Kompleks Muzium Negeri Terengganu'

5. Bandung, Indonesia
Bandung dikenali sebagai Paris De Java kerana memang merupakan tempat shopping yang terkenal di Indonsia selain terdapat juga tempat menarik untuk dilawati. Memang banyak factory outlet (FO) di sini dan DN kerap ke sini untuk mencari baju-baju baru menggantikan baju lama. Baju yang DN pakai di atas juga DN beli di Bandung. Tempat-tempat di Bandung yang telah DN jejaki boleh baca disini :-
Shopping Heaven di Bandung
Bersukaria di Trans Studio Bandung
Mamak Kitchen di Heritage Factory Outlet Bandung


6. Singapore
Singapore berjiran dengan Malaysia memang kerapkali DN kunjungi. Dalam setahun pasti paling kurang 2x DN ke Singapore. Apa yang menarik di Singapore? Boleh baca kisah dan perjalanan DN di sana seperti di bawah :-
Bersiar-siar di Marina Bay dan Merlion Park Singapore
Pengalaman ke Sentosa Island Singapore (WaterFront-Imbiah-Beach)
 Selamat Pagi Singapura
Label : Singapore


7. Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam
Ho Chi Minh City atau dahulunya dikenali sebagai Saigon memang telah menjadi tumpuan bershopping rakyat Malaysia. Memang murah-murah di sini dan DN juga turut terpengaruh membeli pelbagai kain, jubah, telekung dan cenderahati. Selain itu, DN sempat lagi menjelajah melihat tempat-tempat bersejarah di sana. DN kembali kali kedua ke sini dan entry tersebut masih belum sempat DN kongsikan. Kunjungan kali pertama ke sini DN kongsikan di Separuh Hari Menjelajah Ho Chi Minh City - War Museum, Reunification Palace, Nothe Dame, Thien Hau Pagoda
8. Phnom Penh, Cambodia
Bulan lepas DN dan beberapa rakan blogger lain Shakiddo, Kak Ku Jie dan Norazlina menziarahi Cambodia Islamic Centre (CIC) di bawah kendalian Cambodian Muslim Cooperative (CMC). Kami juga dibawa melawat beberapa tempat semasa di sana. DN dalam usaha menyiapkan entry untuk berkongsi dengan pembaca semua. Beberapa entry yang sudah DN kongsikan adalah seperti berikut :-
Bermula Catatan Kembara ke Kemboja
Sekitar Perjalanan dan Suasana di Cambodian Islamic Centre (CIC)
Ziarah dan Makan Malam di Nurul Iman Chroy Metrey School (NICS) Cambodia
BBQ Atas Bot Menyusuri Sungai Sap
 Shopping di Central Market Phnom Penh

 9. Siem Reap, Cambodia

Siem Reap juga tempat yang menarik untuk dikunjungi. Disinilah terletaknya Angkor Wat yang mengambil masa seharian jika ingin menjelajah seluruh Angkor Wat ini. Entry di Siem Reap masih belum DN kongsikan lagi. DN akan kongsikan sedikit masa lagi. Harap sabar menanti ye... :)

10. Kuala Lumpur, Malaysia

Siapa kata tidak boleh melancong ke Kuala Lumpur? Walaupun duduk di Selangor, siapa yang pernah pergi ke tempat-tempat bersejarah di Kuala Lumpur? DN ke Kuala Lumpur kali ini dengan menaiki bas KL Hop On Hop Off. DN masih belum kongsikan pengalaman DN dengan pembaca. Hee...

Nampak tak banyak lagi entry yang bertangguh kan? Tapi DN akan cuba berkongsi semampu DN. Tempat yang sudah DN lawati sepanjang tahun 2013 memang kenangan yang sangat berharga untuk diri DN. 2014? Akan DN kongsikan kelak.

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...

Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

24 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN. alhamdullilah. murah rezeki dapat berjalan di negara orang. bestnyaaa. sheila sambung berjalan lepas pantang nanti. hihi.

    ReplyDelete
  2. dalam banyak-banyak tu naik bas HOP IN HOP OFF yang paling gempak kot... sebab bukan semua yang penah naik walaupun kat negara kita sendiri kan

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa DN...jauh perjalanan luas pemandangan kan!!!

    ReplyDelete
  4. @Sheila Salim selamat berpantang sheila.. pantang betul2 tau... :) nanti senang nk g jln mana2...

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 tahu xpe.. pengalaman yg sgt menarik walau di negara sendiri.. :)

    ReplyDelete
  6. @Nurramizah fadzil betul tu... boleh tgk pelbagai ragam manusia.. :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, rezeki dpt ke sana sini.. ...

    tahun ni kemana plak?

    ReplyDelete
  8. @Afasz tahun ni belum rancang lg hendak ke mana...

    ReplyDelete
  9. Untunglah pada usia muda sudah pergi tempat-tempat menarik didalam negara dan diluar negara.

    ReplyDelete
  10. @akubiomed alhamdulillah... ada rezeki pergi lah ye.. :)

    ReplyDelete
  11. byk tul tempat dia pegi bejalan. in shaa Allah tahun ni (2014) acul dan iluvtour akan bergerak secara aktif ehhe

    ReplyDelete
  12. @deq noor hehe baiklah. tak sabar nak jalan semula lepas berpantang nanti. *padahal lama lagi tu :(

    ReplyDelete
  13. tahun 2013 akak x banyak jalan2, cuma jalan2 area KL dan Sarawak jer...tahun 2014 ni x tau lagi...ekonomi tgh x cantik kan...

    ReplyDelete
  14. @Mohd Rasul ABu Hanipah alhamdulillah.. rezeki utk melihat negara org.. good luck! semoga terus maju jaya.. :)

    ReplyDelete
  15. @Sheila Salim hee... pejam celik 2x, kejap je sheila.. dh boleh g jln2 dah.. :)

    ReplyDelete
  16. @Amanda Suria hee... insyaAllah ada rezeki, boleh g tempat2 lain plak tahun ini.. :)

    ReplyDelete
  17. banyaknyer tempat dah pergi..nad ni tak pernah pun lagi keluar dari malaysia ni ha..bila agaknyer..huhu

    ReplyDelete
  18. @Nadia Johari insyaAllah ada rezeki boleh je keluar dari Malaysia.. :)

    ReplyDelete

  19. waaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^