DN mengambil masa yang lama untuk menulis entry ini. Lebih-lebih lagi untuk memasukkan gambar di sini. Buka folder gambar, tutup balik. Banyak kali DN buat begitu kerana tidak sanggup untuk melihat dan mengingat kembali apa yang DN pernah lihat. Apapun, kepada mereka yang berani dan ingin melihat apa yang ada di Tuol Sleng Genocide Museum ini, boleh baca sehingga habis entry ini.
Tuol Sleng Genocide Museum telah dibuka pada 19 Ogos 1979 selepas bermulanya tuntutan tribunal terhadap perlaksanaan Demokratik Kampuchea dan selepas Perang Cambodia-Vietnam. Tuol Sleng Genocide Museum dahulunya merupakan Pejabat Keselamatan 21 atau lebih dikenali sebagai S-21 yang diwujudkan atas arahan Pol Pot (Sa Lut Sor). Pada 17 April 1975, S-21 telah direkabentuk sebagai tempat penahanan, soal siasat, penganiayaan kejam dan membunuh setelah pengakuan dari orang-orang tahanan diterima dan didokumenkan. 
Sebelum Pol Pot menjadikan tempat ini sebagai S-21, ia merupakan tapak Sekolah Rendah Tuol Sleng dan Sekolah Menengah Tuol Svay Prey. Pada 7 Januari 1979 iaitu selepas kejatuhan Khmer Rouge di bawah kekuasaan Pol Pot, pihak kerajaan telah mengumpul segala bukti kekejaman di S-21 seperti gambar, filem, arkib pengakuan banduan, alat-alat penganiayaan dan 14 mayat mangsa (seorang daripadanya adalah perempuan). Kini segala bukti keganasan rejim Khmer Rouge dipertontonkan kepada rakyat Cambodia dan pelancong asing. S-21 dibahagikan kepada 4 bangunan iaitu Bangunan 'A', 'B', 'C' dan 'D'.

Gambar di atas merupakan bilik di Bangunan 'A' di mana pada tahun 1977-1978, Bangunan A telah diubahsuai menjadi bilik bersaiz 6 x 4 meter setiap satu. Tingkap pula berpanel dengan gelas untuk mengurangkan bunyi suara mangsa tahanan daripada didengari dari luar apabila sesi penganiayaan kejam sedang dilakukan.Mereka yang diletakkan di bilik ini adalah mangsa yang telah dituduh mengetuai pemberontakan terhadap revolusi Pol Pot. Bilik ini telah dibekalkan dengan sebuah katil, selimut, kusyen dan tikar. Baldi besi atau satu bekas air plastik disediakan untuk mereka membuang air di sini.

Bangunan 'B', 'C' dan 'D' diubahsuai berbeza dengan bangunan 'A'. Tingkat bawah dijadikan bilik tahanan kecil individu bersaiz 0.8 x 2 meter yang diperbuat daripada dinding batu, manakala tingkat satu dan dua dijadikan bilik tahanan yang lebih besar dimana mangsa ditahan dalam kumpulan. Bangunan ini dilindungi dengan jaring kawat berduri bagi mencegah banduan-banduan dari membunuh diri dengan terjun ke bawah.

Satu tiang kayu di atas sebelum dijadikan S-21 telah digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah sebagai pendidikan jasmani. Walaubagaimanapun, ia telah bertukar menjadi mesin soal siasat dan penganiayaan. Penyoal siasat akan mengikat kedua-dua belah tangan banduan di belakang mereka dan mengangkat banduan menyongsang. Tindakan ini dilakukan berulang kali sehingga banduan hilang kesedaran / pengsan. Kemudian, penyoal siasat akan mengangkat mangsa dan merendam kepala banduan ke dalam satu tong air kotor bertujuan untuk mengejutkan mangsa kembali. Apabila mangsa sudah sedar, mereka terus-terusan akan disoal siasat sehingga pengakuan dibuat.
Kubur yang boleh dilihat di atas merupakan kubur 14 mayat mangsa (seorang wanita) yang telah ditemui oleh Barisan Keselamatan Negara Kampuchea (UFNSK) pada 7 Januari 1979.Mayat tersebut tidak dapat dikenalpasti disebabkan keadaannya yang teruk dan mereka telah dikebumikan di depan Bangunan 'A'. 14 mayat (seorang wanita) adalah mangsa terakhir yang telah diseksa dan dibunuh oleh kakitangan S-21 sebelum mereka melarikan diri.
Gambar-gambar di atas adalah gambar mangsa, tengkorak mangsa dan alat-alat penganiayaan yang telah dikumpulkan oleh UFNSK pada 7 Januari 1979. Pol Pot mengarahkan semua mangsa tahanan perlu diambil gambar apabila mereka ditahan di S-21 dan apabila mereka telah dibunuh, gambar mangsa akan diambil sekali lagi. Begitulah bukti kekejaman yang dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan di bawah rejim Khmer Rouge diketuai oleh Pol Pot.
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah sehingga akhir hayat kita.
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah sehingga akhir hayat kita.
bilik tengkorak yang last sekali tu.. fuuuhh!!! bau tak ingaatt...
ReplyDeletepergh gler kejam adoi tak sanggup nak tgk klu lemah semangat ni huhu
ReplyDelete@KiD tahu xpe... huhu..
ReplyDelete@farid laham mmg kejap & xde perikemanusiaan langsung.. :(
ReplyDeletebilik seksaan diorang nie memang direka oleh manusia yang takde belas ihsan....giler arghhh
ReplyDeleteAssalamualaikum dn, ngerinya baca.. kesiannya mangsa2 diperlakukan begitu kejam. huwaaa takutnya peperangan dulu :(
ReplyDelete*next week keluar review blog dn. jangan lupa singgah dan baca ye. maaf sheila lambat up review :(
menyeramkan je. huhuhu. fyna suka dengan info2 tue. terbaik!!
ReplyDelete@hazman aka species1980 kan abg man... sedih tengok kekejaman camni... :(
ReplyDelete@Sheila Salim moga kita dijauhkan dari peperangan sebegini... sobsob..
ReplyDeleteala... segan la DN sheila buat entry.. xyah pun xpe lah... huhu...
@fyna kan fyna... ada juga org yg xde perikemanusiaan dlm dunia ini...
ReplyDeletezuan penakut.. :(
ReplyDeleteSejarah kekejaman Pol Pot menjadi sejarah hitam selamanya.
ReplyDeletePol Pot ko tolong tengok-tengokkan si Ariel Sharon tu. Maklumlah dia baru "sampai".
ReplyDeletenasib tengok dekat sini je..kalau tengok depan2..tak lalu makan
ReplyDeleteteringin nak pergi dan jelajahi sejarah di sini T_T
ReplyDelete@Muhammad Syazwan Norhalik tp g ramai2 takde rasa takut sgt zuan.. :)
ReplyDelete@akubiomed betul tu.. moga tiada pemimpin sebegini di masa depan.. :(
ReplyDelete@Malaysia Tercinta sama lah 2 org tu... huh..
ReplyDelete@Nadia Johari betul tu.. itu belum kira bau kt sana lg...
ReplyDelete@Farisya Anastasyia ada rezeki dtg la ke sini.. :)
ReplyDeletewaaaa!!! tertekan remove la... sori korang... :(
seram pula nak masuk tempat2 macam ni...huhu
ReplyDelete@Ezad Skytech mmg seram tapi nak tahu sejarah, masuk juga lah.. huhu...
ReplyDeletecam best je cite ni..
ReplyDelete@Afasz kalau disuruh dtg lg... xnak dah rasanya. huhu...
ReplyDelete