Benarkah Zukermi Jutawan Muda Bermula Dengan RM1

Ketiadaan modal bukan satu halangan untuk berjaya dalam perniagaan andai agama, ilmu pengetahuan serta semangat tidak mudah berputus asa sentiasa menjadi pegangan hidup.
Itulah yang cuba dibuktikan oleh usahawan muda, Muhammad Zukermi Edi apabila beliau berjaya membina empayar perniagaan atas talian dengan hanya bermodalkan RM. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140204/ke_02/Bermula-dengan-RM1#ixzz2sb7328iX
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai seorang anak muda berjaya menjadi jutawan bermula dengan RM1. Benarkah kenyataan di dalam akhbar tersebut? Adakah dengan RM1 boleh kaya dengan mudah? Pada pendapat DN, tiada kekayaan yang akan dikecapi dengan mudah tanpa usaha. Pastinya anak muda ini telah berbuat sesuatu untuk mengubah hidupnya.
  Muhammad Zukermi Edi merupakan pengasas MZ Secret Sdn Bhd. Ia telah ditubuhkan 10hb Oktober 2012 dan menjalankan perniagaan sebagai pengeluar produk kecantikan dan kesihatan yang dilabelkan atas jenama sendiri. Anak kelahiran negeri Pahang yang kini menetap di Negeri Sembilan ini hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk membawa MZSECRET ke tahap yang boleh dibanggakan. Beliau kini berusia 22 tahun dan baru sahaja berumahtangga. 
MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray merupakan produk keluaran beliau setakat ini. Zukermi jutawan muda ada berkongsi rahsia untuk kaya di laman sosial beliau. Walaupun begitu, beliau tetap tidak terlepas dari tohmahan dan pandangan negatif sesetengah pihak yang tidak percaya atau mungkin meragui kejayaan beliau. Kenapa perlu bersikap negatif dan mengenepikan segala usaha yang telah beliau lakukan? Seharusnya kita berbangga dan menyokong beliau supaya lebih maju dan tidak berputus asa. Semoga beliau terus tabah dan tidak mudah berputus asa dengan rancah perniagaan yang tetap ada pasang surutnya.

Tersentuh hati DN apabila membaca kisah perubahan hidupnya. Memang benar Zukermi bermula dengan RM1. Tetapi kisah RM1 beliau bukannya modal untuk memulakan perniagaan atau modal untuk membeli produk. RM1 digunakan Zukermi untuk melayari internet di cyber cafe. Itu sahaja baki duit yang beliau ada dan tidak disangka, RM1 yang digunakan membawa beliau untuk mula berniaga secara dropship di akaun Facebook. Langkah permulaan yang diambil telah mengubah keseluruhan hidupnya sehingga menjadi apa yang beliau miliki kini.
 
Tahniah diucapkan kepada jutawan muda Zukermi. Kisah kejayaan usahawan muda ini harus dicontohi supaya dapat memberikan aura positif dan sumber inspirasi kepada anak-anak muda yang ingin berjaya sepertinya kelak. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Setiap langkah pasti penuh berliku dan onak berduri. Hanya mereka yang cekal dan tabah dapat mengharunginya untuk menggapai kejayaan demi kejayaan.

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum DN, alhamdullilah. murah rezeki dia kan. berkat rm1 tu, boleh jadi kayoooo (^_^)

    ReplyDelete
  2. suka tgok anak2 muda berjaya mcm ni..akak pun bercita2 nak berjaya...nak menceburi dunia perniagaan..sedang buat tp belum nampak banyak kejayaan lagi...sikit2 ada la...insyaallah..

    ReplyDelete
  3. @Kisah Si Dairy alhamdulillah... rezeki beliau kan.. :)

    ReplyDelete
  4. @Sheila Salim betul tu.. yg penting usaha... semua org boleh berjaya.. :)

    ReplyDelete
  5. @Amanda Suria insyaAllah kejayaan itu pasti datang bagi mereka yang berusaha..semoga berjaya kak & jgn berputus asa ye.. :)

    ReplyDelete
  6. jual produk kecantikan??.. hurmm hurmm

    ReplyDelete
  7. tak mustahil bila nk berjaya kan hehe

    ReplyDelete
  8. @Al Kisah perempuan & kecantikan mmg tidak dapat dipisahkan... :)

    ReplyDelete
  9. rezeki.. hasil usaha dia.. murah rezeki dia.

    ReplyDelete
  10. @Afasz betul tu.. doakan yang baik2 sahaja.. :)

    ReplyDelete
  11. semoga dia berjaya menjadi jutawan di dunia dan juga di akhirat

    ReplyDelete
  12. Da rezeki dia..tak sia2 usaha dia..

    ReplyDelete
  13. @Blogger Babyface amin... semoga kita juga diberikan rezeki sepertinya dan dapat berbakti untuk mereka yang memerlukan...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^