Kehidupan Di Atas Air Tonle Sap, Cambodia



 Selesai menziarahi Kemboja Islam di Masjid Ar-Rafee'ah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Tonle Sap. Tonle Sap adalah tasik air tawar yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia terletak sekitar 19km di selatan bandar Siem Reap. Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama bagi penduduk Kemboja selain daripada Sungai Mekong.
DN dan rakan blogger lain tiba di Tonle Sap sekitar jam 5.45 petang waktu tempatan. Disebabkan tiket sudah dibeli lebih awal di travel agent semasa di bandar Siem Reap, kami hanya perlu menunjukkan tiket ini sebelum menaiki bot. Tiket yang dibeli di travel agent lebih murah, iaitu hanya berharga USD 6. Jika dibeli di kaunter, ia boleh mencecah harga USD10-15.

Inilah bot yang dinaiki oleh kami. Sebelum menaiki bot ini, kami dinasihatkan hanya melihat sahaja dan jangan membeli atau memberikan apa-apa kepada mereka yang berada di sini. Hmmm... Pastinya akan terjadi sesuatu jika kami berbuat begitu. Kami dimaklumkan bahawa jika seorang kita beri, mereka akan memanggil kawan-kawan yang lain juga. Nasihat tersebut pasti dituruti oleh kami.

 
Bot ini membawa kami menyusuri tasik Tonle Sap yang luas. Jika pada musim hujan, keluasan tasik ini akan melimpah sekitar 12,000 km persegi dengan ketinggian air 12m. Tetapi jika di dalam musim kemarau, tasik ini hanya berkeluasan sekitar 250 km persegi dengan paras ketinggian air 1.5m sahaja. Tanda aras air diletakkan di beberapa tempat sebagai panduan kepada mereka untuk mengetahui keadaan paras air ketika itu.


Lihat sahaja kehidupan mereka di atas air. Mereka hidup, bersekolah dan mencari punca rezeki di atas air ini. Dianggarkan terdapat seramai 1,115 keluarga hidup di tasik Tonle Sap. Satu jumlah yang agak besar bagi DN dan DN tidak dapat membayangkan bagaimana mereka hidup di atas air tetapi mereka pastinya sudah biasa dengan kehidupan sebegini. Pepatah melayu ada mengatakan, alah bisa tegal biasa. Mereka hidup turun temurun di sini maka mereka sudah serasi dengan hidup sebegini.



Perjalanan diteruskan menyusuri tasik ini. Jika dilihat dari dalam bot seperti berada di lautan yang tiada berpenghujung. Tetapi hakikatnya, ia adalah tasik yang sangat luas. DN sempat melihat matahari yang semakin terbenam mengiakan akan hadirnya malam. Subhanallah... Indahnya ciptaan-Mu ini...



Akhirnya, perjalanan kami berhenti di satu tempat persinggahan. Kami naik ke tingkat atas untuk meninjau pemandangan tasik Tonle Sap dari atas. Kelihatan rumah-rumah terapung di mana-mana. Rumah-rumah ini boleh dialihkan mengikut kehendak mereka. Oleh itu, ia tidak berada di satu tempat sahaja. Di tempat persinggahan ini juga terdapat sangkar buaya. Hmmm... Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Ini pasti buaya yang berjaya ditangkap di Tonle Sap. Di luar sangkar ini semestinya terdapat banyak lagi buaya. Gulp! Sepanjang perjalanan DN berdoa semoga perjalanan ini akan berakhir dan kami kembali ke darat dengan selamat.

DN berharap agar segera kembali ke darat, tetapi kanak-kanak ini terus berdayung sampan tanpa rasa takut dan bimbang. Inilah bezanya hidup DN dan mereka. DN sangat-sangat bersyukur dengan hidup DN yang tidak perlu kais pagi makan pagi seperti mereka. Semasa di sana DN terfikir apa yang ada di dalam fikiran mereka. Pastinya mereka tidak perlu memikirkan apa yang DN fikirkan. Tentang kerja, kehidupan mendatang, keselesaan hidup dan macam-macam lagi.

Melihat mereka menghampiri bot kami dan meminta apa yang kami ada, hati kecil DN tersentuh. Hidup meminta-minta tetapi apabila teringatkan nasihat yang telah diberikan sebelum menaiki bot, DN keraskan juga hati ini. Risau juga jika dikerumuni oleh mereka nanti.

Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba ke jeti semula. Perjalanan kurang 2 jam yang sangat menginsafkan. Perjalanan yang membuatkan DN bersyukur mempunyai rumah yang selesa untuk berlindung dari hujan panas, kereta untuk bergerak ke mana-mana, makan minum yang mewah kerana boleh makan lebih 3 kali sehari dan kewangan yang mencukupi untuk diri sendiri serta keluarga. Sangat jauh berbeza kehidupan kami. Apa lagi yang DN inginkan? Syukur alhamdulillah... Semoga mereka terus diberikan kesihatan, rezeki dan keselamatan selama mereka hidup di atas air tasik Tonle Sap ini.

Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. bestnya bila lah dpt ke sini..nk tgk kehidupan dorg juga..

    ReplyDelete
  2. akak pernah pi sebuah perkampungan di Laos 2010, memang kena kerumun...x bagi apa2 diorang mcm carut2kan kita...malas nak layan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN, cantiknya.. kesian pun ada tengok kehidupan orang miskin di sana. best sangat DN berpeluang ke sana.. Tak sabarnya nak jejak sini dengan keluarga (",)

    ReplyDelete
  4. Nampak gempak je budak tu dayung sampan ... relax je dia

    ReplyDelete
  5. @hazwan hairy insyaAllah ada rezeki dapat ke sini satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  6. @Aniq Bukhary hee... xmo jeles2 ye... ada rezeki dapat ke sini gak nanti.. :)

    ReplyDelete
  7. @Amanda Suria sampai camtu ye kak.. hati2 bila di tempat orang. kadang hendak buat baik pun susah kan...

    ReplyDelete
  8. @Sheila Salim pemandangan mmg cantik tapi tersentuh hati bila tengok kehidupan mereka di sini. jgn lupa ke sini tau nanti.. :)

    ReplyDelete
  9. @hazman aka species1980 kan... seriau je DN tengok tapi bebudak ni relax je...

    ReplyDelete
  10. Pemandangan cantik, cuma kesian tengok kehidupan mereka.
    Their turn to prosper will come, In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  11. seronok jln ramai2 terutama dengan blogger

    ReplyDelete
  12. @Malaysia Tercinta insyaAllah... Everybody have their own destiny...

    ReplyDelete
  13. @alin marlini betul tu... harap ada lagi rezeki untuk berjalan2 dgn blogger.. :)

    ReplyDelete
  14. @Afasz itu yg nampak.. yg xnampak lagi byk kot.. huhu..

    ReplyDelete
  15. nampak sangat tasik2 di negara kita belum cukup besar kalau dibandingkan dengan tasik di negara lain

    ReplyDelete
  16. Memang cukup besar tasik ni ye DN..macam best je naik bot menikmati keindahan alam di sekitar tasik ni..

    ReplyDelete
  17. Teringin nak pergi tempat2 macam ni suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  18. Fuyooohh..buaya tu..gulp..seram sejuk pula tengok..huhu

    ReplyDelete
  19. @Blogger Babyface betul tu... tasik ini meliputi 4 buah negara...

    ReplyDelete
  20. @Ezad Skytech mmg sgt besar.. dh mcm laut tau.. kalau ada peluang, dtg la ke sini ye...

    buaya tu dlm kandang je... kalau merayau kt luar sure DN xberani nak turun ke tasik ni. huhu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^