Menziarahi Sekolah Dubai Stoeng Kampung Cham Kemboja

  Bergerak meninggalkan Tanah Waqaf, kami berhenti solat di Masjid Dubai Stoeng, Kampung Cham, Kemboja. Selesai solat, kami menziarahi Sekolah Dubai Stoeng Kampung Cham yang terletak tidak jauh dari masjid. Ia perlu masuk ke dalam melalui rumah-rumah kayu penduduk Kampung Cham ini sebelum sampai ke sekolah tersebut.
 Setelah hampir 10 minit melalui rumah-rumah dan sungai, akhirnya kami tiba di Sekolah Dubai Stoeng. Sekolah satu tingkat ini hanya mempunyai 2 buah kelas sahaja. Di hadapan sekolah ini terdapat padang yang luas untuk mereka bermain.
 Beginilah keadaan pelajar-pelajar di dalam kelas ini. Mereka tidak mempunyai pakaian seragam dan bercampur lelaki serta perempuan tanpa mengira usia. Comel-comel kanak-kanak di sini kan. Rakan blogger DN mengagihkan sumbangan rakan-rakan dari Malaysia kepada mereka dan kelihatan mereka sangat gembira menerima kehadiran kami semua.
 Sebelum meninggalkan kanak-kanak ini, kami bergambar kenangan bersama rombongan Jejak Rehlah dan Dakwah Mujahadah. Sekitar 80 orang kanak-kanak berada di sekolah ini. Walaupun tidak ramai, semangat mereka untuk belajar harus dipuji. Semoga kehidupan mereka akan berubah kelak dan menjadi anak yang soleh solehah.
 Selepas 30 minit berada di sini, kami meninggalkan Sekolah Dubai Stoeng dan meneruskan perjalanan ke Phnom Penh. Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Dijangkakan tiba di Phnom Penh sekitar jam 7.30 malam. Maka, kami tidak dapat menaiki bas untuk menuju ke Ho Chi Minh City pada hari yang sama. Kami bermalam di Holiday Villa Hotel Phnom Penh untuk satu malam lagi. 

5.30 pagi - 7.30 malam... Pengalaman selama 14 jam perjalanan yang memenatkan tetapi sangat mengujakan. Tidak semua orang berpeluang merasai pengalaman sebegini dan DN sangat-sangat menghargainya. Tiba di Holiday Villa Hotel Phnom Penh, kami check-in dan keluar makan malam bersama seseorang yang sangat istimewa. Beliau teruja untuk makan bersama blogger dan kami sangat terharu mendengarnya. Siapakah beliau yang DN maksudkan? Tunggu entry DN selanjutnya. Adakah ia merupakan entry terakhir DN di Cambodia? Hmm... Baca je lah kalau ada lagi ye. Hehehe... :p

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

24 Blue Komen:

  1. Hurmm.... ada tetamu misteri la pulak yea...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum DN, kesiannya tengok keadaan depa belajar. hmm.. siapakan orang tu? okey cepat update next entri ya ~~~

    ReplyDelete
  3. bila kita tiba di situ, ada sesuatu yang agak tersentuh hati juga berlaku... huhuhu

    ReplyDelete
  4. kalu kat sini, keadaan sekolah macam tu. mesti diaorang ckp sekolah untuk orang miskin tegar.

    tapi nampaknya... semua kanak ni gembira dapat belajar

    ReplyDelete
  5. Bagi mereka..dapat pergi ke sekolah pun da cukup menggembirakan buat mereka...:)

    ReplyDelete
  6. Seseorang yang istimewa..siapakah itu..? Jeng jeng jeng..hee

    ReplyDelete
  7. Kemiskinan bukan alasan untuk bersedih.

    Ternyata Allah adil membahagi-bahagikan rezekinya pada hamba2nya.

    Ada yg duit banyak tapi tak mampu tersenyum seperti anak2 kecil ini

    ReplyDelete
  8. @Sheila Salim itu lah... tp kelihatan mereka sudah biasa dgn keadaan begini..

    org itu akan DN update nanti ye... :)

    ReplyDelete
  9. @Ezad Skytech betul tu ezad... kesungguhan mereka utk belajar harus dipuji..

    ReplyDelete
  10. @Muhammad Syazwan Norhalik sangat2... jika berpeluang ke sini, pergi tau...

    ReplyDelete
  11. @JomJalan setuju! semoga mereka terus diberkati kehidupan mereka...

    ReplyDelete
  12. kehidupan yang sangat sederhana sekali, selalu bersyukur dengan apa yang sudah kita alami.masih banyak yang kondisinya jauh di bawah kita.

    ReplyDelete
  13. @kamal betul itu.. melihat negara orang bisa menyedarkan kita betapa kita harus mensyukuri apa yang kita miliki...

    ReplyDelete
  14. @hazman fadzil

    Hallo,

    Kami dari tim mesin pencarian blog telah meninjau artikel blog anda dengan alamat link: [ http://www.deqnoor.com/2014/02/menziarahi-sekolah-dubai-stoeng-kampung.html ]

    Hasil tinjauan kami menyatakan bahwa artikel ini akan kami index ke mesin pencari kami. Silahkan terbitkan komentar ini untuk verifikasi mesin pencari kami. Terima kasih.

    Domino 99 | Domino 99 Online | Agen Domino QQ | BandarQ | onebetqq.com

    ReplyDelete
  15. isi artikel ini:
    http://www.deqnoor.com/2014/02/menziarahi-sekolah-dubai-stoeng-kampung.html
    SANGAT BERMANFAAT..!!

    NAGAQQ.COM | AGEN BANDARQ | BANDARQ ONLINE | ADUQ ONLINE | DOMINOQQ TERBAIK
    http://www.idblogpedia.com/nagaqq-com-agen-bandarq-bandarq-online-aduq-online-dominoqq-terbaik/

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^