Seharian Tanpa Organizer

Sibuk... Busy... Itu yang sering bermain di fikiran mereka yang bekerja. Begitu juga DN. Tetapi, bagi DN itu semua alasan sahaja. Setiap orang diberikan masa 24 jam dan segalanya bergantung kepada bagaimana untuk kita menguruskan masa dengan baik. Jika tidak mampu untuk mengingati segalanya dengan baik, gunakan organizer sama ada buku ataupun telefon sebagai 'reminder' untuk setiap aktiviti yang akan dilakukan. Bagi DN, hidup ini perlu ada perancangan supaya tidak rasa sia-sia atau bosan dengan hidup. Apa yang berlaku apabila perancangan tidak menjadi adalah diluar kehendak kita dan ketentuan Allah tentunya.

Ceh, mukaddimah bukan main panjang membebel kan. DN cuma hendak cerita yang DN dan organizer memang tidak boleh dipisahkan. Tetapi hari ini, entah macam mana DN telah terlupa untuk membawa organizer DN. Waaa!! Memang stress juga DN dibuatnya. Huhu...

Bila ingat semula pagi tadi, apa yang DN buat ye. Hmmm.. hantar adik ke sekolah, masuk ofis untuk uruskan pelan dan dokumen yang perlu dibawa bagi di hantar ke TNB Penang petang tadi, booking hotel, booking kereta sewa, balik rumah hantar kereta, kemas pelan, dokumen & baju dalam satu bag, terus ke airport untuk ambil flight pukul 1.55pm. Ok, memang kelam kabut juga dibuatnya.

Dah sampai TNB Penang baru perasan organizer tidak bersama DN. Tapi kerja tetap kena buat. Memang  sangat kekok apabila tidak menulis apa2 di dalam organizer semasa perbincangan bersama pihak TNB. Guna phone sahaja untuk mencatatkan apa yang patut. Terasa seperti sedang bermesej sahaja di depan mereka. Stress sungguh tahu. Huh...

Esok mesyuarat dengan klien lagi stress sebab mesti banyak yang akan dibincangkan. Nampaknya guna phone lagi lah untuk mencatat apa yang patut. Harap klien memahami keadaan DN yang pelupa seketika untuk membawa organizer. Dan harap DN tidak tertinggal segala maklumat yang diperlukan untuk tindakan DN nanti.
Gambar di atas adalah organizer DN sejak hari pertama DN kerja sehingga kini. DN nak organizer merah atas sekali tu. Waaaaa!!!! Inilah yang terjadi apabila sudah hidup dengan organizer sejak berumur 9 tahun. Baru sehari tiada, rasa macam hilang boyfriend tu. Rindu.. Heee.. Gedik DN! 

Semoga urusan DN dipermudahkan walaupun tanpa boyfriend disisi.. :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. peninglah kalau pakai organizer ni..
    selalunya saya cuma catat dlm phone.

    software kan ada dlm phone

    ReplyDelete
  2. @Blogger Babyface DN masih old school.. nak camne. hee... nanti DN cuba guna technology yg sudah ada skrg ye.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum DN, wahh rapat betul dengan organizer ni. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Cer bayangkan kalau bro yang hilang... apa jadi he..23x

    Kenapa nie Dn... banyak fikir benda lain la nie...

    Bro sejak xde iPhone nie.. terus tunggang langang jadinya.. event ke, kerje ke, temujanji ke, semua macam ke laut...

    ReplyDelete
  5. @Sheila Salim itu lah.. mmg xboleh tinggal except tinggal dlm kereta. hee... g mana2 mesti bawak..

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone bro yg hilang, iera jadi risau punya. hee...

    lama betul iphone bro tu... beli lain je lah... :D

    ReplyDelete
  7. itu la pasal.. xmampu nak beli yang lain... sebab kalau beli, kena beli 2... Iera pun nak...

    ReplyDelete
  8. Huwaa kalau xde rganizaer tak terorganize jugak hidup nad hehe

    nanti free2 nak ajk sis ke sini www.nadiasecreto.com

    ReplyDelete
  9. orang busy cam DN memang kena ada organizer memang kena standby note pada la yea...

    ReplyDelete
  10. @Cik Nad betul tu nad... insyaAllah DN singgah nanti ye.. :) thanks sudi singgah disini...

    ReplyDelete
  11. @hazman aka species1980 tahu xpe... xkeruan dibuatnya bila takde. haishh... :(

    ReplyDelete
  12. byk nye organizer.. huhu..kumpul kumpul

    ReplyDelete
  13. @Afasz ini sepanjang kerja.. kalau dari kecik, silap2 dah sama tinggi dah. hehe..

    ReplyDelete
  14. Memang rasa macam ada yang tak kena je kalau tetiba organizer takde dengan kita kan DN..bukannya memori kita ni boleh ingat apa nak buat..hee

    ReplyDelete
  15. huhu self management.. zuan fail bab ni.. tapi klu ada appointment, memang akan ingat saje..

    ReplyDelete
  16. @Ezad Skytech byk yang perlu difikirkan, sebab itu organizer perlu supaya organize skit... :)

    ReplyDelete
  17. @Muhammad Syazwan Norhalik kalau sehari 1 appointment, boleh la ingat.. kalau sampai 2-3, mmg pening xde organizer. huhu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^